- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Muzium Menghidupkan Sejarah, Warisan dan Budaya Masyarakat

Must read

Muzium menjadi institusi penting dalam pembangunan sosioekonomi sesebuah negara. Melalui Muzium, memberikan gambaran awal dan juga menjadi salah satu kriteria penting pembentukan sebuah kota raya selain kemudahan sosial seperti perpustakaan, universiti, kemudahan sukan dan sebagainya.

Muzium mempunyai peranan dan fungsinya tersendiri serta kini tidak lagi bersifat umum (pengisian umum) tetapi telah berciri khusus menjurus kepada kelebihan dan keunikan sesebuah negara ataupun kawasan.

Muzium menyumbang kepada pembangunan sosial kerana menceritakan sesuatu yang tulen, menyatukan padukan masyarakat dan menjadikan masyarakat atau bangsa di dalam menghargai sejarah dan ketamadunan mereka.

Berbalik kepada kita di Sarawak, banyak tinggalan legasi Brooke menjadi khazanah yang tidak ternilai buat kita yang perlu dilihat semula dan diperkemas” jalan ceritanya” melalui pemuliharaan muzium dan kubu-kubu yang masih lagi ada.

Pengarah Muzium Sarawak, Encik Tazudin bin Mohtar

Menurut Pengarah Jabatan Muzium, Encik Tazudin bin Mohtar beberapa usaha giat dilaksanakan terutama pemuliharaan kubu-kubu tinggalan Brooke ini dalam Rancangan Malaysia ke-11 yang lepas menandakan satu lagi persiapan kita dan komitmen kerajaan untuk memulihara khazanah ini.

Melalui usaha “menyelamat” kubu-kubu ini sebenarnya kita “menghidupkan:” sejarah yang dibawa melalui era tersebut di kubu-kubu ini.

Sebagai contoh, Kubu Alice (Sri Aman), Kubu Emma (Kanowit), Kubu Hose (Marudi), Kubu Brooke (Julau) dan Kubu Lily (Betong) mempunyai jalan ceritanya yang sendiri dan khusus berdasarkan sejarah dan geologi. Ada kubu yang dulunya dijadikan Mahkamah Majistret, Pentadbiran Brooke, Penjara dan sebagainya.

Kubu Emma, Kanowit

Berdasarkan kepentingan juga, ada kubu yang dinaiktarafkan menjadi muzium (seperti Kubu Hose dan Kubu Alice) disebabkan kepentingan dan bahan yang sarat dengan sejarah penting sesebuah kaum, budaya di Kawasan tersebut.

Sudah semestinya, ini perlu dilakukan secara berhati-hati kerana kita ingin mengekalkan sejarah daripada segi fizikal (seni bina) dan kandungan di dalamnya perlulah khusus berkenaan dengan kubu itu sahaja seperti bila dan apa yang berlaku di sekitar kubu tersebut.

Begitu juga usaha untuk mentransformasikan Limbungan Brooke Dockyard yang masih kekal hari ini kepada Muzium Maritim ialah lambang atau bukti kepesatan revolusi perindustrian perkapalan ketika itu 1912 ada kapal-kapal dari British dan Eropah singgah ke Sungai Sarawak.

Ini adalah khazanah sejarah kita (4 limbungan masih wujud di dunia dan ke dua di Asia) ketika ini, daripada segi mesin-mesin lamanya yang masih kekal di situ, bagaimana kita dapat mentransformasikan menjadi sesuatu berguna untuk pendidikan terutama pelajar kejuruteraan kita malah kita boleh “berkongsi” sejarah ini dengan negara luar.

Kisah dan jalan ceritanya perlu dilakukan dengan teliti amat memerlukan banyak kajian daripada segi sejarah sosialnya, bagaimana kita mengembalikan memori lama, mencungkil kisah bagaimana dan siapa yang bekerja di sini.

Santubong kaya dengan sejarah dan tapak warisan, kini mempunyai 3 tapak warisan antaranya Taman Arkeologi Bongkissam dan Bukit Maras, selain Pusat Wallace dan Taman Arkeologi Sungai Jaong

Pembinaan Pusat Arkeologi Wallace di Santubong (dibina dalam Rancangan Malaysia ke 11), diabadikan sempena penulis tersohor dunia, Alfred Russel Wallace dipercayai telah menghabiskan beberapa minggu di Sarawak pada tahun 1855 akan membuka satu lagi sejarah dan meletakkan Sarawak ke hadapan tumpuan dunia.

Mengikut sejarah, naturalis British abad ke-19 tersebut telah meletakkan Sarawak di atas peta dengan bukunya ‘The Malay Archipelago’ dan kertas monumennya ‘Sarawak Law’. Kertas kerja ini mendorong Charles Darwin menerbitkan ideanya mengenai ‘Asal Usul Spesies’.

Contoh sebeginilah menggambarkan komitmen kita untuk menghidupkan semula sejarah melalui pembangunan semula struktur fizikal dan penyediaan kandungan cerita di dalamnya.

Ketika ditanya tentang usaha kerajaan negeri untuk membangunkan Muzium Lombong Emas, Bau, beliau berkata ia suatu usaha yang baik terutama daripada aspek pembangunan sosioekonomi memberikan nilai sejarah dan pelancongan kepada kawasan tersebut.

Pua Kumbu, mempunyai nilai sejarah dan sosial yang tinggi

Sarawak mempunyai lebih 30 kaum etniknya selain produk warisan lain seperti Pua Kumbu, Kain Songket dan lain-lain mempunyai nilai sejarah yang tinggi dan digalakkan usaha perkembangannya.

Perlu ditekankan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan ini perlulah dipikul bersama kerana tidak semua tempat berada di bawah tanggungjawab muzium kerana tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan dan juga agensi tertentu selain jenis bahan-bahan juga ada klasifikasinya yang tersendiri

Kita perlu bekerjasama terutama dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah, manakala masyarakat boleh mencadangkan ke Jabatan Muzium kenapa ia perlu dipelihara mungkin daripada segi nilai sejarahnya dan usianya.

Walaupun kerajaan tidak memiliki bangunan atau struktur bersejarah tersebut, masyarakat boleh memainkan peranan dengan memelihara dan kita juga sedia memberikan khidmat nasihat. 

Sebagai contoh, Inisiatif ‘Old Kuching Smart Heritage’ atau dikenali sebagai OKSHE kita turut bekerjasama dengan jawatankuasa khas terutama dalam merancang dan menyelaras segala pembangunan prasarana Warisan pintar termasuk lah memelihara bangunan bersejarah, mengazetkannya selain merancang pelan pemuliharaan.

Muzium juga perlu berubah mengikut peredaran masa dan paling kritikal bagaimana untuk menarik minat dan perhatian kanak-kanak untuk memahami dan mempelajari semua ini.  Muzium perlu berubah baik daripada segi pengolahan bahan pameran, pemikiran yang dibawa melaluinya dan sejauh mana relevan mengikut zaman dan sebagainya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article