- Advertisement -spot_img
4,836
published news
and counting

Ketahui Beberapa Kategori Maklumat Palsu

Must read

Maklumat palsu (disinformation) ditafsirkan sebagai maklumat yang direka atau diada-adakan secara sengaja dengan niat untuk memanipulasi dan mengelirukan.

Sebagai contoh, penyebaran maklumat palsu amat signifikan dalam arena politik apabila kedua-dua belah pihak, iaitu kerajaan yang memerintah dan pihak pembangkang cuba untuk memenangi hati rakyat dengan membuat propaganda yang disebarkan melalui media cetak mahupun media digital.

Bukan sahaja dalam politik, malah maklumat palsu juga disebarkan untuk tujuan dan niat tertentu sama ada kepada individu mahupun sekumpulan orang.

Maklumat palsu dikategorikan kepada beberapa bentuk.

  1. Satira dan Parodi.

     Pada dasarnya, tiada niat jahat di sebalik satira dan parodi. Kandungan yang dicipta berdasarkan kebebasan berkarya yang ditujukan kepada orang atau merujuk pada situasi sebenar sedangkan gaya persembahan yang berlebihan menjadikan kandungan yang disebarkan kelihatan tidak realistik. Namun, ada juga pencipta kandungan menggunakan gaya satira dan parodistic dalam menyebarkan maklumat salah dengan niat untuk memanipulasi pihak-pihak tertentu. Oleh itu, kandungan penulisan yang berunsur sindiran dan parodi dengan niat jahat juga boleh dikenal pasti sebagai maklumat salah. Maklumat berbentuk sebegini banyak didapati di media sosial dalam bentuk ‘meme’. Meme ialah gambar atau video pendek yang disertakan dengan teks pendek, bertujuan untuk mempersendakan. Namun, jika gambar dan video pendek tersebut diambil di luar konteks dan diedit dalam bentuk meme, penyebarannya boleh mendatangkan kesan negatif kepada peribadi dan ekonomi.

  • Perkaitan yang salah.

     Umpan klik (clickbaits) direka untuk menimbulkan rasa ingin tahu pengguna dalam talian dengan tujuan untuk membawa pengguna ke laman web melalui paparan tajuk utama yang mengujakan. Taktik umpan ini menjadi kebiasaan di media sosial dan mendorong pengguna untuk mengetik artikel tertentu. Ia sering kali melibatkan pengumuman berita yang tidak diduga. Tujuannya adalah untuk menghasilkan lalu lintas pada keseluruhan laman sesawang. Oleh itu, clickbaits sering kali merujuk pada individu mahupun syarikat gergasi dengan kisah sensasi bagi meraih lebih banyak klik.

  • Kandungan yang mengelirukan.

     Sesetengah kandungan sengaja mengelirukan dan berunsur manipulasi. Kandungan sedemikian mempunyai tujuan untuk membina hubungan di antara orang dan fakta yang boleh menyebabkan kerosakan kepada mereka.

  • Konteks yang salah.

     Maklumat mengandungi konteks yang salah merujuk pada kandungan yang benar diisi dengan maklumat palsu seterusnya disebarkan dalam konteks yang salah. Melalui cara ini, maklumat statistik, tesis dan kenyataan subjektif yang menonjol dapat diperkukuhkan. Maklumat berbentuk begini amat berbahaya kepada organisasi kerana penerima maklumat sukar untuk membezakan di antara kandungan yang betul dengan kandungan palsu yang dicipta secara bebas. Taktik menggabungkan maklumat benar dan maklumat salah dan meletakkannya dalam konteks yang salah, maklumat palsu kononnya mempunyai lebih kredibiliti.

  • Kandungan dan penulis yang menipu.

     Maklumat palsu dalam kategori ini menggunakan kandungan sedia ada yang ditiru untuk tujuan menipu. Tujuannya adalah untuk memperdaya pengguna dan mendapatkan datanya. Sebagai contoh, e-mel phishing (memancing) digunakan yang kononnya dihantar oleh organisasi atau individu tertentu kepada pelanggan dengan niat untuk mendapatkan wang mahupun maklumat dengan cara menipu. Taktik begini sering digunakan oleh scammer dalam talian.

  • Kandungan yang dimanipulasikan.

     Kandungan yang dimanipulasikan merujuk pada teks, rakaman audio, foto dan video dipalsukan dengan menggunakan program suntingan tertentu. Teknologi moden membuatkan kandungan seperti ini tidak lagi dianggap sebagai kandungan yang dimanipulasikan. Dalam kes-kes tertentu video yang dimanipulasikan (palsu), teknologi kecerdasan buatan (AI) digunakan untuk meniru penampilan individu, ekspresi muka, gaya bahasa mahupun suara personaliti sebenar.

  • Kandungan rekaan.

     Maklumat palsu dalam kategori ini ialah fakta yang didakwa direka dan disebar luas kepada umum. Kandungan palsu selalunya bertujuan untuk memanipulasi kumpulan atau orang tertentu dengan niat untuk mencalarkan reputasi pihak yang disasarkan. Sekiranya laporan palsu yang sengaja disebarkan ‘meletup’, ia akan mudah dikongsikan di media sosial dengan begitu pantas dan tersebar dengan meluas. Contoh maklumat seperti ini ialah berita palsu yang juga disebut sebagai ulasan palsu contohnya ulasan, testimonial, pengalaman dan pendapat daripada pengguna sesuatu produk yang sengaja direka.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article