- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Generasi Kedua Dan Ketiga Nikmati Kesan Pembangunan Tanah

Must read

Pelbagai usaha giat dilaksanakan oleh Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) bagi memastikan peserta-peserta skim penanaman kelapa sawit SALCRA hidup dalam keadaan selesa, kesan daripada projek pembangunan tanah yang telah dilaksanakan.

Pembangunan yang dilaksanakan oleh SALCRA sentiasa memberi fokus kepada aspek menaik taraf kehidupan dan pada masa yang sama menambah baik kemudahan infrastruktur terutamanya di kawasan luar bandar.

Ketika tinjauan RAKAN Sarawak, rata-rata mereka gembira dengan setiap kemudahan infrastruktur yang telah dilaksanakan oleh SALCRA termasuk menaik taraf jalan, membina jambatan dan laluan-laluan baharu yang dilihat dapat memudahkan pergerakan mereka.

Encik Janting@John anak Chupong

Encik Janting@John anak Chupong, dari Buai Melanjan Padeh Betong yang mula menyertai skim SALCRA pada tahun 1992 berkata, SALCRA telah menjalankan tanggungjawab dengan sangat baik dalam mengurus serta membangunkan tanah bagi manfaat para penduduk.

Beliau sangat menyokong tindakan kerajaan membangunkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) menerusi skim SALCRA kerana peluang pekerjaan telah dapat diwujudkan

Setelah menyertai skim SALCRA, beliau kini sudah mampu meraih pendapatan yang lumayan apatah lagi setiap tahun, secara berkumpulan mereka akan menerima bonus sekurang-kurangnya RM26 ribu hingga RM28 ribu (14 pintu).

Sebagai peserta skim, beliau sudah tentu tidak dapat lari daripada berdepan dengan cabaran antaranya hasutan daripada pihak-pihak tertentu agar beliau tidak menyertai skim kerana SALCRA dan kerajaan dituduh berniat merampas tanah mereka.

Namun begitu, beliau tidak pernah menghiraukan kata-kata mereka sebaliknya meneruskan hasrat untuk menyertai skim SALCRA kerana yakin, apa yang dibuat oleh SALCRA bukan bertujuan untuk menindas rakyat.

Encik Paulus Meringanak Chabo

Seorang bekas Pengetua dan Pegawai Pelajaran Daerah, Encik Paulus Mering anak Chabo, dari Sekuau, Sibu mengakui banyak faedah yang mereka dapat setelah menyertai skim SALCRA.

Perubahan terbesar yang dapat dilihat ialah kemajuan daripada segi kemudahan infrastruktur kerana sebelumnya tidak ada jalan tetapi selepas menyertai skim SALCRA, banyak jalan sudah dibina.

Perkara seterusnya, beliau melihat para peserta tidak lagi berdepan dengan masalah kewangan kerana sudah ada pendapatan yang tetap sebaik menyertai skim SALCRA malah ramai di kalangan peserta sudah memiliki kenderaan masing-masing.

Kerana itu, beliau menyifatkan langkah kerajaan membangunkan tanah mereka dengan mewujudkan skim SALCRA ialah satu inisiatif yang sangat baik untuk membantu masyarakat luar bandar yang sebelum ini sukar mendapatkan pekerjaan dan menyara kehidupan mereka.

Penghulu Inchang anak Ancheh

Jika dulu, pendapatan penduduk kampung banyak bergantung kepada getah yang tidak seberapa, namun pada hari ini, apabila tanah mereka sudah dibangunkan dengan penanaman kelapa sawit, pendapatan mereka kian bertambah.

Bukan setakat itu saja, ramai anak-anak muda dapat melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat pengajian tinggi kerana ibu bapa sudah mampu menyekolahkan anak-anak mereka.

Seorang bekas Pengurus Estet SALCRA, Penghulu Inchang anak Ancheh dari kampung Sebeliau Lemanak, Lubok Antu, pula berkata majoriti ahli keluarga peserta skim SALCRA sudah dapat menikmati pelbagai faedah termasuk pembinaan jalan raya dari rumah panjang ke ladang sawit.

Daripada segi taraf hidup, rata-rata peserta skim SALCRA sudah memiliki kenderaan sendiri, bukti kemampuan mereka daripada segi ekonomi.

Selain daripada itu, SALCRA turut memberikan bantuan kepada para peserta skim yang masih berdepan dengan masalah kewangan dan hidup susah untuk dapat menyekolahkan anak-anak mereka.

Penghulu Wilfred Ullie Sila

Penghulu Wilfred Ullie Sila, yang berasal dari kawasan Wak Pakan (Kawasan Baharu), Saratok berkata banyak kemajuan di Saratok dapat dilihat terutama dari segi ekonomi, infrastruktur dan sebagainya sebaik SALCRA memperkenalkan skim penanaman sawit.

Beliau sangat menghargai bantuan SALCRA terhadap kaum Dayak di Saratok kerana menganggap SALCRA ialah pembela dalam mempertahankan tanah adat.

Kerana itu, setiap kali berbincang dengan peserta, beliau pasti akan meyakinkan mereka bahawa SALCRA satu-satunya yang mampu menolong penduduk meningkatkan taraf hidup.

Pada masa yang sama, beliau tidak pernah lupa menunjukkan “surat tanah” yang dimiliki sebagai bukti atau testimoni untuk ditunjukkan kepada penduduk kampung.

Beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri Sarawak terutamanya dalam hal tanah adat bumiputera kerana langkah-langkah kerajaan ini sangat tepat lebih-lebih lagi dengan isu NCR sekarang ini.

Di kawasan beliau, tidak ada terlalu banyak cabaran yang dihadapi cuma ia memerlukan sedikit kebijaksanaan atau kepakaran untuk mengubah minda penduduk misalnya berbual secara bersemuka dengan berkunjung ke rumah-rumah.

Ketua Kaum Augustine anak Minin

Semasa masih berkhidmat di Pejabat Daerah Pakan suatu ketika dulu, beliau memanggil semua penghulu di kawasannya untuk berbincang apa yang perlu dibuat untuk manfaat masyarakat.

Ketua Kaum Augustine anak Minin, yang berasal dari kampung Mentu Tapu, Estet Mungkos 1 sangat berterima kasih kepada SALCRA yang telah memperkenalkan skim SALCRA di kampung mereka kerana ia telah dapat mengubah hidup serta meningkatkan ekonomi penduduk.

Beliau berasa bangga, kerana jumlah lebih daripada lebih 1,000 orang penduduk di kampung mereka, kini sudah hampir separuh daripada penduduk sudah menyertai skim penanaman kelapa sawit.

Bagi yang mempunyai tanah yang luas, mereka boleh sahaja menyertai skim SALCRA dan tanah selebihnya (tidak terlibat dalam pembangunan tanah) mereka boleh bangunkan untuk projek mereka sendiri.

Beliau juga memberitahu, peningkatan ekonomi penduduk sangat memuaskan kerana pendapatan setahun peserta skim boleh mencecah sehingga RM70 ribu mengikut harga pasaran.

Jacinta Graley Jutien, dari Kampung Stenggang, Bau adalah salah seorang daripada anak peserta ladang kelapa sawit Stenggang yang kini sudah bekerja dengan SALCRA selama 13 tahun.

Sebagai anak muda SALCRA, beliau tidak menafikan bahawa SALCRA banyak menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda.

Bukan setakat itu saja malah, SALCRA juga banyak membantu anak-anak peserta skim dengan menyediakan pinjaman, biasiswa untuk anak-anak mereka melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Diploma, Ijazah dan Sarjana.

Sehingga hari ini, SALCRA sudah melahirkan ramai anak-anak peserta yang berjaya dalam pelbagai bidang tersebut dan sebahagian daripada mereka sudah bekerja dengan SALCRA.

Beliau berharap mereka yang tidak bekerja dengan SALCRA juga akan dapat membantu SALCRA dalam meningkat dan menjanakan ekonomi di kawasan luar bandar.

Pegawai dari SALCRA kerap menjalankan pemantauan ke atas ladang-ladang sawit peserta

Foster Langi anak Martin, dari Kampung Ulu Paku, Spaoh menyifatkan kewujudan skim SALCRA adalah sesuatu yang sangat positif dan diterima baik oleh golongan masyarakat di rumah panjang

Hal ini kerana, sebaik skim ini dilaksanakan sudah ada banyak kemajuan yang dapat disaksikan seperti penambahbaikan infrastruktur, peningkatan ekonomi, dan sebagainya.

Harapan mereka adalah untuk melihat kawasan rumah panjang bertambah maju pada masa yang sama berharap agar SALCRA memperluaskan skim penanaman sawit di tanah mereka walaupun keadaan geografi agak berbukit untuk manfaat dan kebaikan penduduk rumah panjang.

Kilang Kelapa Sawit di Lubok Antu

Artikel ini disesuaikan daripada artikel asal yang diterbitkan di RAKAN Sarawak keluaran Oktober-Disember 2019.

Generasi Kedua Dan Ketiga Nikmati Kesan Pembangunan Tanah- m/s 68
Generasi Kedua Dan Ketiga Nikmati Kesan Pembangunan Tanah m/s 69
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article