- Advertisement -spot_img
4,836
published news
and counting

Meningkatkan Produktiviti Melalui Digitalisasi

Must read

‘Meningkatkan Produktiviti Melalui Digitalisasi’ merupakan tema yang dipilih untuk program MyReskill IoT Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun ini.

Pemilihan tema ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan teknologi di kalangan syarikat dari pelbagai saiz dan sektor ekonomi yang berkaitan.

Penggunaan teknologi yang lebih tinggi di kalangan syarikat pelbagai saiz membuka peluang yang lebih luas untuk memacu pertumbuhan produktiviti negara.

Menurut Bank Digital Dunia, penggunaan teknologi di kalangan perniagaan Malaysia masih rendah

Justeru, melalui program MyReskill IoT MPC ini, dijangka akan lebih banyak syarikat berpeluang untuk melaksanakan pendigitalan bagi menghasilkan impak digital teknologi yang lebih signifikan terhadap pertumbuhan produktiviti.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), YBhg. Dato’ Lokman Hakim Ali

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), YBhg. Dato’ Lokman Hakim Ali, untuk meningkatkan produktiviti ini, banyak usaha yang perlu dilakukan agar penerimagunaan teknologi kepada syarikat-syarikat dapat dipercepatkan.

Justeru, untuk mempercepatkan penerimagunaan teknologi ini, sudah tentu ia memerlukan ramai tenaga kerja yang berkemahiran tinggi di pasaran buruh.

Oleh sebab itu, respons dasar yang bersesuaian adalah dengan menggalak dan menyokong peningkatan kemahiran semula tenaga kerja sedia ada.

Tambah beliau, adalah perlu untuk kita memastikan para pekerja ini dibekalkan dengan kemahiran untuk melengkapkan teknologi baharu berbanding digantikan oleh teknologi-teknologi tersebut.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Program MyReskill IoT Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang diadakan secara maya pada 2 September 2021.

Beliau menyifatkan Program MyReskill IoT yang dianjur oleh MPC ini amat diperlukan bagi membantu pekerja sedia ada kekal relevan di pasaran buruh dan merangsang produktiviti di peringkat perusahaan, sektor dan negara.

Program MyReskill IoT ini dilihat mampu menyumbang kepada produktiviti yang lebih baik melalui penggunaan teknologi yang lebih tinggi di kalangan pemain industri.

Malah, ia dapat menggalak dan menyokong peningkatan kemahiran (upskilling) dan pemahiran semula (reskilling) tenaga kerja semasa untuk memenuhi keperluan semasa dan masa depan industri

Hal ini kerana, ia merupakan peluang terbaik untuk mengubah Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi dengan mengadaptasi digital dan dipacu produktiviti.

Beliau berkata, dengan memanfaatkan kelebihan teknologi, ia dijangka dapat menyumbang 30 peratus peningkatan produktiviti di semua sektor menjelang 2030.

Anda perlu melatih pekerja anda untuk meningkatkan produktiviti

Oleh itu, adalah penting untuk kerajaan mereka bentuk dan melaksanakan campur tangan dasar yang efektif untuk menyokong transformasi ini.

Tambah beliau, pengenalan dasar Industri 4WRD oleh MITI dilengkapi dengan Rangka Kerja Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat negara dijangka memangkinkan pemulihan ekonomi melalui aplikasi dan penerimagunaan teknologi digital yang lebih tinggi.

Sehubungan itu, antara komponen penting yang diterapkan dalam program ini ialah Aku Janji Penggunaan Digital yang merupakan inisiatif di bawah Nexus Produktiviti Digital (DPN).

Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan ketua organisasi memupuk perubahan minda ke arah prestasi yang lebih cemerlang melalui penggunaan teknologi digital.

Manakala, pembentangan mengenai pengenalan program dan penggunaan Internet Pelbagai Benda (IoT) untuk meningkatkan produktiviti akan disampaikan oleh pakar produktiviti serta wakil industri.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article