- Advertisement -spot_img
4,836
published news
and counting

Perkhidmatan Awam Pengerak PCDS 2030

Must read

Komitmen Perkhidmatan Awam amat diperlukan untuk memacu pelaksanaan rancangan Strategi Pembangunan 2030 Pasca COVID-19 (PCDS 2030)serta memberikan sokongan yang diperlukan kepada Kerajaan negeri, sektor swasta dan rakyat.

Strategi Pembangunan 2030 Pasca COVID-19 (PCDS 2030) yang telah dilancarkan baru-baru ini ialah langkah ke hadapan untuk Sarawak menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Sudah pasti, di sebalik pelaksanaan strategi-strategi PCDS 2030 ini didorong oleh inovasi dan berdasarkan data-data yang konkrit dengan erti kata lain, perlunya aspek pendigitalan perkhidmatan dan penggunaan teknologi terkini.

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg ketika berucap merasmikan  Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei Sarawak 2021 (HIITS 2021) pada 6 September 2021 memuji inovasi Land and Survey Information System (LASIS) sebagai contoh terbaik transformasi perkhidmatan sebagai persediaan kita berhadapan dengan apa jua keadaan, seperti pandemik COVID-19.

Ketua Menteri bergambar bersama pemenang-pemenang anugerah sempena Hari Inovasi dan Integriti Jabatan Tanah dan Survei 2021

Ini berdasarkan situasi sebenar di mana LASIS akan memastikan perkhidmatan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak berjalan seperti biasa dan tidak akan menjejaskan sepenuhnya urusan antara perkhidmatan awam dengan pihak swasta mahupun rakyat, khususnya bagi urusan yang melibatkan sektor ekonomi.

Pada perkara berkaitan, menurut Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, Encik Abdullah Julaihi ciri-ciri di dalam mobile LASIS yang dilancarkan oleh Ketua Menteri pada HIITS 2018 di mana ketika itu sembilan (9) ciri seterusnya dikembangkan kepada 10 ciri  dan kini ianya telah pun menjangkau kepada 12 ciri.

Menurut beliau, semua perkhidmatan utama JTS kini boleh dicapai secara elektronik dan akan memastikan jabatan tersebut menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran perniagaan untuk kekal relevan dengan kepesatan teknologi.

Bukan itu sahaja,  selain LASIS, sesi libat urus bersama pihak yang berkepentingan dan rakyat akan diteruskan dan pada masa yang sama mewujudkan saluran menyebarkan maklumat antaranya yang terkini saluran Youtube Jabatan Tanah dan Survei \dikenali sebagai LANDAS Youtube berobjektifkan hebahan, pendidikan dan tutorial di dalam pelbagai bahasa.

Bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, usaha untuk memastikan pelaksanaan arahan para 2.3.3 Pekeliling Perjawatan Negeri Sarawak Bilangan 12 Tahun 2021 bertarikh 14 Julai 2021, Jabatan Tanah dan Survei telah pun membangunkan satu sistem yang dikenali sebagai Sistem Janji Temu bagi memudah dan mengkoordinasi keperluan perkhidmatan kepada orang awam diurus dengan sistematik.

Antara inisiatif lain, perkhidmatan yang diselia melalui sistem janji temu ini di samping mobile LASIS tadi ialah kaunter pendaftaran surat cara tanah (Land Registry Counter) yang dibuka sebagai pelengkap kepada aktiviti ekonomi essential kerana perkhidmatan ini berperanan memudah cara keperluan perbankan untuk urusan cagaran, sewaan dan pindah milik hartanah.

Nilai ini merujuk kepada suntikan aliran tunai ke dalam pasaran yang sekaligus menunjukkan betapa pentingnya peranan kaunter pendaftaran ini.

Untuk rekod, nilai transaksi yang dicatat sehingga 31 Ogos 2021 merekodkan nilai sejumlah RM35.5 bilion, berbanding RM10.5 bilion pada tempoh yang sama pada tahun lepas.

Untuk rekod,  setiap tahun nilai transaksi melibatkan hartanah direkodkan tidak kurang daripada RM29 bilion.

Pada Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei Sarawak 2021 (HIITS 2021), Ketua Menteri turut menyampaikan anugerah kepada pemenang-pemenang Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) dan Pegawai Integriti.

Johan Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Jabatan Tanah dan Survei Sarawak 2021

Kumpulan Land Tahai Q Hybrid Ta’rom (Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang Hybrid Jabatan Kerja Raya Bahagian Limbang) dengan tajuk projek Kutipan Royalti Lesen Memindahkan Bahan Batuan (Tanah) bagi Projek-Projek Kerajaan Adalah Rendah telah dinobatkan sebagai Johan.

Naib Johan Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Jabatan Tanah dan Survei Sarawak 2021

Manakala Kumpulan Accurate (Jabatan Tanah dan Survei, Mukah ) dengan tajuk projek Permohonan Pengeluaran Surat Hakmilik di dalam SPS dan SPK yang rendah mendapat naib Johan dan tempat ketiga Kumpulan Innotech Q9 (Jabatan Tanah dan Survei, Bahagian Bintulu) dengan tajuk Projek Kesukaran Mengenalpasti Garisan Pengukuran Semasa Kerja Ukur di Kawasan Hutan.

Tempat ke 3 Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Jabatan Tanah dan Survei Sarawak 2021

Selain anugerah KIK JTS, anugerah-anugerah lain turut disampaikan kepada penerima seperti Anugerah Khas Pencapaian kepada Awang Nazri Bin Awang Saperi, Anugerah Khas Sosio Ekonomi kepada Knights of Batang Lupar dan Anugerah Khas Inovasi Digital kepada Jejari 7D.

Bagi Persembahan Video Terbaik dimenangi oleh Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang Hybrid Jabatan Kerja Raya, Bahagian Limbang.

Keputusan Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Jabatan Tanah dan Survei Sarawak 2021

Info Tambahan

LASIS Mobile Apps

LASIS ialah sistem maklumat tanah yang komprehensif dan efisien. Cabaran seterusnya adalah untuk memanfaatkan teknologi internet untuk mengubah penyampaian perkhidmatan ke tahap yang baru.

Projek eLASIS bertujuan untuk menyediakan alternatif perkhidmatan secara dalam talian yang cekap dan mudah kepada rakyat dan masyarakat perniagaan dengan mengembangkan serta melanjutkan perkhidmatan melepasi halangan fizikal pejabat Tanah dan Survei.

Ini boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa. Perkhidmatan ini boleh dicapai melalui atas talian internet menggunakan komputer peribadi, komputer riba dan peranti mudah alih.

Lima (5) perintis perkhidmatan dalam talian adalah seperti berikut:

  1. eMap – Jualan pelan kadastral, peta cartographic, foto udara dan orthophoto dalam bentuk raster dan vektor.
  2. eSearch – Jualan dan pencarian maklumat surat cara tanah.
  3. eLodgement – Penyerahan surat cara tanah secara atas talian oleh firma undang-undang.
  4. eXtraction – Pengekstrakan data ukur secara atas talian yang berkaitan daripada Master Survey Database (MSDB) oleh juruukur swasta sebelum menjalankan ukur lapangan.
  5. eSubmission – penyerahan secara atas talian kerja-kerja survei kepada Jabatan Tanah dan Survei apabila selesai ukur lapangan.
LASIS Mobile Fasa 2
LASIS Mobile Fasa 1
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article