Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak mengambil inisiatif menganjur Program Derma Darah MAKSAK 2021 pada 16 September 2021 untuk bersama-sama membantu menambahkan bekalan tabung darah Bank Darah Hospital Umum Sarawak yang semakin berkurangan dan amat diperlukan pada masa kecemasan ini.
Program Derma Darah merupakan program tahunan MAKSAK dan kali ini MAKSAK Sarawak bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Transfusi dan Bank Darah Hospital Umum Sarawak.
Program yang diadakan di Pasaraya Mydin Vista Tunku, Petrajaya Kuching mendapat sambutan di luar jangka dengan disertai oleh seramai 101 penderma sekitar Kuching turut menyasarkan kakitangan awam dan ahli-ahli kelab gabungan dengan harapan mereka menjadi lebih peka terhadap pelbagai faedah kebaikan derma darah terhadap kesihatan tubuh badan.
Atas sambutan yang begitu menggalakkan pihak mereka terpaksa menutup awal kaunter pendaftaran 3 jam lebih awal kerana borang yang dikeluarkan sebanyak 146 keping borang untuk mengelakkan tempoh menunggu yang terlalu lama di samping mengekalkan kualiti darah.
Daripada jumlah tersebut pihak mereka telah berjaya memperolehi 101 beg darah dan selebihnya tidak berjaya atas faktor-faktor kesihatan.
Sebagai acara simbolik, majlis pertukaran cenderamata turut diadakan bersama Pegawai Perhubungan Awam, Puan Aidawatie Mustapha yang mewakili Ketua Jabatan Perkhidmatan Transfusi dan Bank Darah, Hospital Umum Sarawak dan mewakili MAKSAK Sarawak, Setiausaha Kerja MAKSAK Sarawak, Encik Nazrie bin Abdullah@Sulaiman.