- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Malaysia Naik ke Kedudukan 26 dalam Indeks Daya Saing Bakat Global 2020

Must read

art 89-01-20

Laporan Indeks Daya Saing Bakat Global 2020 (GTCI 2020) menunjukkan Malaysia berada di kedudukan ke-26 daripada 88 negara, naik dua tangga dari kedudukan tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Surina Shukri dalam satu kenyataan pada 16 April 2020 memaklumkan, pengiktirafan tersebut yang diraih Malaysia dalam pembangunan bakat telah mendominasi beberapa kategori.

Malaysia juga merupakan satu-satunya negara berpendapatan pertengahan atas yang berada di kuartil teratas laporan berkenaan dengan mengatasi negara-negara ekonomi berpendapatan tinggi seperti China, Korea Selatan, Sepanyol dan Portugal.

Laporan GTCI 2020 dihasilkan secara bersama oleh INSEAD University, Google dan Adecco yang mengenal pasti dan mengukur prestasi bakat dunia.

Dari segi ranking prestasi, Malaysia mencatatkan skor yang tinggi dalam tonggak Kebolehan, Tarikan serta Kemahiran Vokasional dan Teknikal.

Pencapaian tersebut didorong oleh usaha bersepadu negara membangunkan bakat teknologi digital dan penambahan kemahiran tenaga kerja generasi masa depan.

Selain itu, Malaysia juga meningkatkan kedudukan yang ketara dalam tonggak Kekal.

Menurut MDEC, semua tonggak tersebut merupakan teras utama pelaburan berterusan Malaysia dalam pembangunan bakat selain berperanan penting untuk memperkasakan perniagaan dalam penggunaan teknologi baharu yang mengupayakan dan mengekalkan kesinambungan dan prestasi perniagaan.

Laporan GTCI 2020 turut memuji kemampuan luar biasa Malaysia yang secara konsisten dapat menyesuaikan penawaran dan permintaan pasaran buruh apabila berada di tangga keenam global untuk kategori Keboleh Pekerjaan.

Pencapaian ini jelas mengukuhkan fakta bahawa Malaysia berada di landasan yang betul untuk membangunkan bakat digital yang bersedia untuk industri.

Oleh itu, negara perlu terus meningkatkan tenaga kerja dan menyediakan persekitaran kondusif untuk inovasi digital dan kreativiti berkembang maju.

Jelas Surina Sukri, perniagaan hari ini memerlukan bakat memandangkan keseluruhan industri mesti didigitalkan kerana ekonomi global meneroka norma baharu bagi era pasca pandemik Corona atau COVID-19.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article