- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Pelbagai Infrastruktur Dibangunkan di Sarikei Menerusi Projek RTP

Must read

Meliputi hampir semua kawasan luar bandar di Bahagian Sarikei telah dibangunkan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan prasarana menerusi pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang telah diperkenalkan sejak 2015.

Melalui pendekatan pembangunan yang lebih tersusun ini, banyak kemudahan asas telah dibangunkan di Sarikei seperti pembinaan gelanggang futsal, dewan serba guna, sistem perparitan, jeti, jambatan, naik taraf jalan, naik taraf prasarana rumah panjang, membaik pulih atap dan sebagainya.

Jika dilihat dalam tempoh tiga tahun iaitu dari 2019 hingga 2021, sebanyak 245 projek RTP telah diluluskan dan dilaksanakan di Bahagian Sarikei di mana 76 projek dilaksanakan pada 2019, 108 projek dilaksanakan pada 2020 dan 61 projek dilaksanakan pada 2021.

Projek bina baharu padang futsal Kerubong, Rh. Jawa

Sudah pasti, dengan pelaksanaan kesemua projek ini telah menjadikan Bahagian Sarikei begitu pesat membangun sekali gus telah meningkatkan taraf sosioekonomi dan taraf hidup penduduk di sini.

Projek RTP yang dilaksanakan di Bahagian Sarikei ini jika diamati, ia benar-benar telah memberi impak yang positif kepada rakyat misalnya projek naik taraf jalan Rambai.

Jalan Rambai yang sudah dinaiktaraf bukan saja menyumbang kepada pemanduan yang lebih selesa, selamat dan menjimatkan masa perjalanan, pada masa yang sama ia telah merancakkan kegiatan sosioekonomi penduduk setempat seperti menjual hasil tanaman atau tangkapan ke bandar Sarikei.

Projek bina baharu jeti Rh. Lisa Sg. Ilas dan Rh. Jackson, Teluk Bulat Meradong pula telah memberi keselesaan, juga kondusif untuk penduduk sekitar memunggah barang, menjadi laluan yang selesa dan berjaya mengatasi masalah bot-bot yang berlabuh semasa air pasang surut.

Projek bina baharu jeti Rh. Sungai Ilas-Meradong
Projek bina baharu jeti Rh. Jackson

Projek naik taraf Jalan Rh. Encharang, Ulu Pedanum dan Jalan Rh. Kunjan, Pakan juga telah menyediakan laluan dan ruang tempat letak kereta yang luas, teratur, selamat serta mewujudkan persekitaran yang bersih kepada penduduk rumah panjang.

Secara tidak langsung, ia juga telah dapat mengatasi masalah ketiadaan ruang untuk meletak kenderaan di mana melalui naik taraf jalan tersebut, ia dapat digunakan oleh pengunjung untuk meletak kenderaan mereka semasa musim perayaan atau semasa berlangsungnya program keramaian.

Projek bina baharu dewan serbaguna di SK Nanga

Sementara projek bina baharu jambatan gantung Sekolah Kebangsaan (SK) Semawang, Pakan telah dapat menyediakan laluan yang selesa dan selamat kepada para guru, murid-murid dan para ibu bapa yang menyeberangi sungai ke sekolah SK Semawang.

Projek baik pulih jalan Ulu Wak yang terletak diantara Rh. Janang dan Rh. Kadam pula telah dapat dilalui oleh kenderaan-kenderaan serta menjadi penghubung rangkaian jalan raya kepada penduduk rumah panjang ke rumah Panjang yang lain.

Pada masa yang sama, ia telah dapat menghubungkan kawasan tersebut ke jalan utama dengan pemanduan yang lebih selesa, selamat, menjimatkan masa perjalanan dan seterusnya meningkatkan lagi kegiatan sosioekonomi penduduk setempat.

Projek bina baharu dewan terbuka Sk Sentebu, Pakan

Bina baharu jambatan Ulu Manding dengan menggunakan besi telah membolehkan ia dilalui oleh kenderaan berat kerana mempunyai struktur yang kukuh dan selamat digunakan.

Pembinaan jalan konkrit Rh Suie, Berasok, Pakan sepanjang 60meter x 4.2meter lebar dari jalan besar dan kawasan letak kereta di hadapan Rh. Suie telah memberi kemudahan kepada 15 buah pintu.

Manakala jalan simen Rh. William Tajing, Babai telah menyediakan rangkaian jalan raya yang dapat dilalui oleh kenderaan, sebagai penghubung rangkaian jalan raya kepada penduduk rumah panjang ke rumah panjang yang lain dengan lebih selesa, selamat dan menjimatkan masa perjalanan.

Pembinaan Jalan simen Ke Sungai Tempat Permandian Rh. Morris, Nyalak, Pakan telah menyediakan laluan pejalan kaki yang bersih, tempat pemandian yang kondusif, selamat, persekitaran yang luas serta dapat digunakan untuk bot-bot panjang berlabuh. Banyak lagi projek-projek RTP lain yang telah memberikan impak besar kepada rakyat dan implikasinya, kini telah semakin kurangnya rungutan penduduk luar bandar berhubung penyediaan kemudahan asas dan awam.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article