- Advertisement -spot_img
4,836
published news
and counting

Semangat Keluarga Malaysia

Must read

Idea Keluarga Malaysia yang diilhamkan kerajaan bukanlah retorik dan slogan semata-mata, sebaliknya merupakan semangat yang diterapkan kerajaan dalam pentadbiran negara dengan memelihara kepentingan dan kesejahteraan rakyat seperti menjaga sebuah keluarga.

Menurut Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, sejajar dengan semangat Keluarga Malaysia, pembangunan sosioekonomi negara di negeri-negeri yang kurang membangun akan terus diberi keutamaan.

Sarawak merupakan antara enam buah negeri selain Sabah, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang diberi tumpuan khusus bagi merapatkan jurang pembangunan ekonomi antara negeri, wilayah, bandar dan luar bandar agar kemakmuran ekonomi dinikmati secara adil dan saksama.

Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob menyampaikan ucapan ketika merasmikan Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 23 Oktober 2021

Enam buah negeri tersebut akan menerima sekurang-kurangnya 50 peratus daripada peruntukan pembangunan asas persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Bajet 2022 meliputi penyediaan infrastruktur asas, pendigitalan, pendidikan, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pembangunan ekonomi.

Perdana Menteri memaklumkan perkara tersebut ketika merasmikan Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada malam 23 Oktober 2021.

Yang turut hadir ialah Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg serta beberapa orang menteri kanan persekutuan dan menteri kabinet negeri.

Jelas Perdana Menteri, selaras dengan semangat Keluarga Malaysia yang berteraskan Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran, kerajaan akan terus memberi perhatian dan keutamaan dalam memberi bantuan, terutama kepada golongan B40 dan M40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Sehubungan dengan itu, beliau turut melancarkan Yayasan Keluarga Malaysia sebagai institusi yang akan membantu anak-anak Keluarga Malaysia dalam memperoleh sokongan dalam aspek pendidikan sehingga usia 18 tahun.

Yayasan berkenaan ialah manifestasi kasih sayang seluruh Keluarga Malaysia yang dizahirkan bersama untuk kanak-kanak yang terkesan sehingga kehilangan ibu bapa akibat COVID-19.

Montaj pelancaran Yayasan Keluarga Malaysia

Dalam mendepani pandemik, kebersamaan para petugas barisan hadapan, syarikat-syarikat milik kerajaan dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), individu bahkan pelbagai pihak tanpa mengira fahaman politik telah mencerminkan semangat yang menyatukan Keluarga Malaysia di sebalik kepayahan yang dilalui.

Lantaran itu menurut Perdana Menteri, Keluarga Malaysia ialah manifestasi paling andal sebagai panduan untuk semua pihak memulihkan negara.

Melalui integrasi nasional silang budaya rakyat Malaysia yang berbilang kaum, beliau menyeru supaya seluruh rakyat teguh bersama mendepani apa jua dugaan, meraikan perbezaan dan mencari titik persamaan dalam memperkasa perpaduan dan integrasi nasional dengan semangat Keluarga Malaysia.

Dalam pada itu, kerajaan telah dan akan melaksanakan pelbagai program dan inisiatif di bawah payung Keluarga Malaysia merangkumi Rumah Ikram Keluarga Malaysia, Skuad Keluarga Malaysia, Pakej Peranti Keluarga Malaysia, Pakej Penjagaan COVID-19 Keluarga Malaysia, Keluarga Malaysia Siaga Bencana, Yayasan Kebajikan Siswa Keluarga Malaysia dan Residensi Rumah Keluarga Malaysia.

Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob diiringi Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg selepas menyempurnakan simbolik pelancaran Yayasan Keluarga Malaysia – Foto Pejabat Ketua Menteri Sarawak

Di bawah program dan inisiatif tersebut, setiap kementerian akan memperkenalkan sekurang-kurangnya satu program dan inisiatif yang bermatlamat membantu mengurangkan kesan ekonomi yang ditanggung rakyat dan diharap mendapat sokongan daripada kerajaan-kerajaan negeri.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article