- Advertisement -spot_img
4,836
published news
and counting

OACP JPVS 2021-2025 Jadi Rujukan Komprehensif Warga JPVS

Must read

Pelan Anti-Rasuah Organisasi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (OACP JPVS) 2021-2025 telah menjadi satu rujukan komprehensif untuk menjadikan JPVS sebagai sebuah organisasi yang berintegriti dan bebas rasuah.

Pengarah JPVS, Dr. Adrian Susin Ambud

OACP JPVS 2021-2025 adalah hasil daripada bengkel, percambahan fikiran dan perbincangan yang telah dijalankan di peringkat jabatan untuk membangunkan pelan yang lengkap meliputi semua aspek.

Pengarah JPVS Dr. Adrian Susin Ambud menaruh harapan yang tinggi agar semua pihak dapat melaksanakan inisiatif-inisiatif yang telah diwujudkan secara berterusan agar penyampaian perkhidmatan yang diberikan senantiasa telus, bertanggungjawab dan diyakini oleh masyarakat.

OACP JPVS dianggap sebagai panduan dan petunjuk arah kepada warga JPVS dalam mendukung aspirasi Kerajaan bagi memastikan JPVS dikenali dengan integriti yang tinggi.

Oleh itu, seluruh warga JPVS perlu komited membudayakan amalan integriti dalam penyampaian perkhidmatan serta penghayatan nilai-nilai murni.

Dr. Adrian Susin Ambud yakin bahawa OACP ini akan dapat membantu JPVS dalam memastikan enam (6) bidang keutamaan serta 71 inisiatif yang dirancangkan dapat dicapai berlandaskan elemen integriti, anti-rasuah dan tadbir urus yang baik.

Melihat kepada senario rasuah dalam jabatan danSCS Culture Change Rating yang dijalankan pada setiap tahun merekodkan markah bagi komponen integriti ialah 84.08 % bagi tahun 2020 dimana ia menunjukkan masih ada ruang untuk menambahbaik komponen berkenaan.

Dalam pada itu, tanggungjawab JPVS dalam menguatkuasakan Veterinary Public Health Ordinance, 1999 (VPHO 1999) turut mengalami cabaran yang jelas dalam membendung isu rasuah dan integriti.

Sejarah penubuhan Dasar OACP Nasional

Berdasarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP), bidang penguatkuasaan merupakan bidang yang berisiko selain daripada bidang perolehan.

JPVS telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan ternakan dan kesihatan veterinary dari Kerajaan Persekutuan sebanyak RM52.5 juta manakala Kerajaan Negeri memperuntukkan dana melebihi RM200 juta bagi tempoh RMK-12.

Kerangka OACP JPVS

Oleh itu, setiap dana yang diberikan ini harus dibelanjakan secara berhemah dan mematuhi tatacara kewangan yang berkuat kuasa.

Walau bagaimanapun, hasil daripada penemuan audit pihak Jabatan Audit Negara (JAN) mendapati Manual Program Pembangunan Ternakan (MPPT) kurang dipatuhi oleh warga Jabatan bahkan terdapat kelemahan dari segi dokumentasi sepanjang pelaksanaan MPPT.

Mekanisme pelaksanaan OACP JPVS
Kerangka pelaksanaan OACP JPVS

Pada masa yang sama, pihak JAN turut mengadakan audit ke atas program operasi rabies dan susulan daripada itu, beberapa perkara telah ditegur berikutan urusan perolehan yang kurang mantap.

Semasa bengkel pembangunan OACP JPVS pada 27-29 Januari 2021, pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber telah diperolehi bagi mengenal pasti potensi risiko yang dapat menyumbang kepada ketirisan dan kelemahan dalam aspek tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam JPVS.

Sumber-sumber tersebut berkaitan dengan laporan audit dari JAN iaitu bagi pemerhati audit pengauditan prestasi terhadap Program Pembangunan Ternakan Lembu dan perbelanjaan Program Operasi Rabies Sarawak bagi tahun 2019 dan 2020.

Struktur tadbir urus OACP JPVS

Juga Laporan Inspektorat Perbendaharaan (Treasury Inspectorate Report) dari pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah JPVS bagi tahun 2019 berkaitan dengan pematuhan Arahan Perbendaharaan.

Selain itu, Maklumat tindakan tatatertib dari Unit Pengurusan Sumber Manusia JPVS berkaitan dengan salah laku pegawai dan kakitangan JPVS turut ditekankan.

Seterusnya ialah aduan berkaitan dengan integriti dan salah laku pegawai dan kakitangan samada melalui sistem talikhidmat, sosial media, surat dan e-mel yang datang daripada orang awam, agensi kerajaan dan pegawai atau kakitangan JPVS sendiri.

Analisis juga telah dijalankan melalui Pengurusan Risiko Rasuah (CRM)di mana beberapa risiko telah berjaya dikenal pasti dan dikategorikan mengikut bidang keutamaan.

Perancangan senario juga dibuat berdasarkan situasi semasa dan juga yang berlaku dalam JPVS. Perkara ini dibuat dengan merujuk salah laku rasuah yang sering berlaku di agensi lain dan berdasarkan pengalaman.

Setelah mengenal pasti risiko yang ada, enam (6) bidang keutamaan telah berjaya dikenal pasti iaitu:

  • Pentadbiran dan Sumber Manusia
  • Kewangan dan Perolehan
  • Penguatkuasaan
  • Pelesenan dan Permit
  • Pembangunan
Mekanisme Penilaian
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article