Apple Inc dan Google bekerjasama dalam memerangi pandemik Covid-19 melalui teknologi
Pelbagai pihak dari pelbagai sektor dan industri kini terlibat aktif dalam apa saja cara dalam usaha memerangi pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia.
Pada awal April lalu, Apple Inc dan Google telah menjalinkan kerjasama untuk menambah teknologi dalam platform pintar masing-masing yang boleh memberi amaran kepada pengguna sekiranya mereka mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19.
Sistem yang dibangunkan oleh kedua-dua syarikat gergasi dunia tersebut berpotensi untuk memantau satu pertiga penduduk dunia.
Hal ini dikatakan demikian kerana untuk rekod, Apple iOS dan Android Google mempunyai sekitar tiga bilion pengguna, iaitu lebih daripada satu pertiga populasi dunia.
Teknologi tersebut yang dikenali sebagai pengesanan kenalan direka untuk membendung penularan Covid-19 dengan memberi amaran kepada pengguna supaya melakukan kuarantin atau mengasingkan diri selepas bersentuhan dengan individu yang dijangkiti.
Apple Inc dan Google juga sedang membangunkan teknologi ke dalam sistem operasi iOS dan Android dan pada pertengahan Mei nanti, kedua-dua syarikat akan menambah keupayaan untuk iPhone dan telefon pintar Android kepada maklumat tanpa wayar menerusi aplikasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa kesihatan awam.
Selain itu, rangka kerja untuk aplikasi kesihatan awam untuk menguruskan fungsi juga akan dilancarkan dan ini bermakna, jika pengguna A menjalankan pemeriksaan dan disahkan positif Covid-19, pengguna A perlu menambah data tersebut ke aplikasi kesihatan awam mereka.
Dengan cara demikian, pengguna lain yang berdekatan dengan pengguna A dalam tempoh beberapa hari sebelumnya turut akan dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
Kedua-dua syarikat berkenaan turut memaklumkan langkah kedua yang akan mengambil masa lebih lama, iaitu dengan menambah teknologi terus ke dalam sistem pengendalian masing-masing supaya perisian yang mengesan kenalan ini berfungsi tanpa pengguna perlu memuat turun aplikasi.
Melalui langkah tersebut, pengguna mesti memilih. Walau bagaimanapun, pendekatan tersebut bermakna, lebih ramai orang boleh dimasukkan.