- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Jalan Akses Menyuraikan Trafik

Must read

Projek Pembinaan Jalan Akses ke Kawasan Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak akan menyediakan penyuraian trafik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching bagi menangani kesesakan trafik yang dijangka meningkat dengan mengambil kira kepesatan pembangunan di kawasan sekitarnya.

Pengguna kenderaan yang melalui kawasan ini akan menikmati keselesaan jalan baharu ini nanti yang kini rancak dengan termasuklah kawasan perumahan, institusi-institusi pendidikan tinggi, sekolah, pusat pentadbiran dan kawasan perindustrian.

Pembinaan jalan baharu ini juga akan dapat memberikan satu jaringan jalan raya yang lebih baik di samping menjimatkan masa perjalanan terutama kepada pengguna jalan raya dari daerah Padawan, Serian dan Samarahan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Majlis Pecah Tanah bagi Projek Pembinaan Jalan Akses ke Kawasan Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak dan Penyerahan Sijil Kontraktor Penyiap Siri 4 bagi tahun 2021 telah disempurnakan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof pada 13 November 2021.

Projek Pembinaan Jalan Akses ke Kawasan Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak akan menyediakan penyuraian trafik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Projek Pembinaan Jalan Akses ke Kawasan Selatan Lapangan Terbang Kuching, Sarawak merupakan projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11, Rolling Plan 3 yang diserahkan kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia sebagai Kementerian Pelanggan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia pula telah dilantik sebagai Agensi Pelaksana dan turut berperanan sebagai Pengurus Program manakala penyeliaan pada peringkat pembinaan telah diserahkan kepada JKR Sarawak selaku Pegawai Penguasa.

Projek tersebut telah diberi milik tapak kepada kontraktor yang berjaya iaitu Reka Ikhtiar Sdn. Bhd. pada 2 Ogos 2021 dengan harga sebanyak RM112.9 juta.

Jalan Akses ke Kawasan Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dijangka siap sepenuhnya menjelang 2024

Tempoh penyiapan projek adalah selama 36 bulan dengan jangkaan tarikh siap pada 1 Ogos 2024 dengan skop projek melibatkan pembinaan jalan baharu merangkumi :

  • Membina jalan baharu 4 buah lorong 2 hala dari T-Junction Stutong ke T-Junction Stampin (1km) dan seterusnya 2 buah lorong 2 hala dari T-Junction Stampin ke T- Junction Bukit Berangan (5.2Km) dengan piawaian U5, JKR Standard.
  • Membina jalan baharu 2 buah lorong 2 hala dari T-Junction Stampin ke T-Junction Sg Tapang (1.7Km) Dengan piawaian U5, JKR Standard.
  • Membina  T-Junction Stampin dan T-Junction Sg. Tapang serta menaik taraf  T- Junction Stutong.
  • Membina tiga (3) buah jambatan konkrit 2 buah lorong 2 hala merentasi Sg Kuap, Sg Stampin dan Sg Sangkoh.
  • Membina satu (1) underpass untuk merentasi kawasan Lapangan Terbang.
  • Pengambilan Tanah dan Pengalihan Utiliti.
  • Pemasangan lampu jalan.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article