- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

KWKPK Mengukuhkan Integriti dan Tadbir Urus

Must read

Sebagai komitmen dalam mengukuhkan integriti dan tadbir urus, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah mengambil beberapa langkah berikut;

  1. Mewujud, memastikan kesinambungan serta membuat penilaian secara berkala ke atas pelaksanaan dan pencapaian Pelan Organisasi Anti Rasuah (OACP-KWKPK) termasuk objektif dan dasar menangani risiko rasuah
  2. Melaporkan prestasi pelaksanaan OACP-KWKPK kepada Jawatankuasa Antirasuah KWKPK (JAR-KWKPK) dan Jawatankuasa Antirasuah Negeri (JAR-Sarawak)
  3. Memastikan warga KWKPK dan pihak luar yang berkaitan sentiasa komited dan memahami serta mematuhi dasar dan gerak kerja antirasuah KWKPK.
  4. Membudayakan integriti dalam semua aspek kehidupan

Menurut pihak KWKPK, senario rasuah yang mungkin berlaku pada masa akan datang adalah dari segi proses pemilihan vendor dan kontraktor yang kurang adil kerana kemungkinan besar akan ada campur tangan daripada pegawai-pegawai yang terbabit.

KWKPK telah membangun dan menghasilkan OACP sebagai usaha pendidikan serta pencegahan rasuah untuk tempoh lima tahun akan datang

KWKPK menganggap perkara ini sebagai salah satu daripada penyalahgunaan kuasa dalam urusan perolehan dan kewangan.

Bagi memastikan pelaksanaan pelan strategik ini berjalan dengan lancar dan berkesan pula, pendekatan 5A yang menyeluruh telah digunakan untuk membina kerangka pelan.

Pendekatan 5A tersebut terdiri daripada; Langkah-Langkah Jangkaan (Anticipation); Advokasi (Advocacy); Persepakatan (Alliance); Tindakan (Action); dan Akreditasi (Accreditation).

KWKPK menggunakan pendekatan 5A yang menyeluruh untuk membina kerangka pelan OACP

Jangkaan adalah diagnosis awal masalah, ancaman dan cabaran rasuah melalui penilaian risiko rasuah (CRA) melibatkan proses pengumpulan dan analisis maklumat daripada pelbagai sumber.

Langkah ini penting dalam membantu organisasi mengenal pasti langkah pembetulan yang tepat untuk mengurangkan risiko rasuah dalam organisasi masing-masing.

Advokasi merupakan cadangan dasar dan peraturan untuk mengatasi risiko rasuah dalam organisasi di mana pembuat keputusan hendaklah bertanggungjawab terhadap setiap syor, seterusnya mengambil tindakan sama ada melalui pengukuhan peraturan dan sistem, struktur, tenaga kerja, belanjawan atau latihan.

Proses pemilihan vendor dan kontraktor yang kurang adil antara senario rasuah yang mungkin berlaku pada masa akan datang di KWKPK

Persepakatan dan akreditasi merupakan kerjasama antara pihak dalaman dan luaran termasuk mereka yang terlibat dalam pelaksanaan dasar.

Pendekatan ini akan membantu organisasi memaksimumkan penggunaan sumber melalui perkongsian sumber dalam bentuk tenaga kerja, belanjawan dan logistik supaya lebih berkesan.

Seterusnya ialah tindakan, yang merupakan pelaksanaan atau penguatkuasaan undang-undang dan dasar sama ada melalui penguatkuasaan, pendekatan pencegahan dan pendidikan.

Dalam hal ini, organisasi hendaklah bertindak tegas dan adil dalam setiap tindakan untuk menghalang, mencegah dan memerangi rasuah di semua peringkat berlandaskan prinsip perundangan dan undang-undang sedia ada.

Bagi mendukung visi ke arah “Kerajaan Bebas Rasuah” dan aspirasi Negara supaya dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah, KWKPK telah membangun dan menghasilkan OACP sebagai usaha pendidikan serta pencegahan rasuah untuk tempoh lima tahun akan datang.

Lima (5) objektif strategik merangkumi 70 inisiatif yang perlu dicapai dan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun (2021-2025) telah dikenal pasti bagi mendukung strategi sekali gus mencapai sasaran yang dimanifestasikan dalam bidang keutamaan pelan.

Proses pembangunan OACP merangkumi analisis data, penentuan status isu rasuah, mengenal pasti risiko rasuah dan menentukan bidang keutamaan yang berisiko untuk ditangani telah dilaksanakan semasa bengkel pembangunan OACP yang melibatkan penyertaan semua bahagian di KWKPK.

Di KWKPK, Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) berperanan untuk merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program-program integriti untuk memantapkan lagi amalan integriti dalam Kementerian.

Dengan adanya CeIO sebagai pakar rujuk kepada pengurusan integriti dan OACP, inisiatif jangka masa pendek, sederhana dan panjang dapat dianalisis, dipantau malah, pelan tindakan OACP dapat dilaksanakan dengan lebih teliti dan berkesan.

Sesungguhnya, pengurusan tertinggi di KWKPK bertanggungjawab memastikan organisasi mengamalkan integriti dan etika di tahap yang tertinggi dan mematuhi sepenuhnya keperluan undang-undang dan peraturan berkaitan antirasuah selain mengurus risiko rasuah organisasi secara berkesan.

Jawatankuasa Pembangunan OACP akan mengadakan bengkel penyediaan OACP untuk mengumpul maklumat dan data yang berkaitan seperti isu rasuah, integriti dan tadbir urus serta membuat analisis data.

Jawatankuasa Pembangunan OACP turut bertanggungjawab mengenal pasti bidang dan aktiviti Kementerian yang berisiko dan kelemahan sistem urus tadbir yang sedia ada seperti menyediakan draf OACP, membentangkan draf OACP dan pemurnian OACP.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article