- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Projek RTP Beri Manfaat Kepada Penduduk Di Kawasan Murum

Must read

Penduduk di beberapa rumah panjang di kawasan Murum dan Hulu Rajang telah dapat menikmati kemudahan yang lebih selesa di bawah projek RTP yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak melalui peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Projek-projek di bawah RTP yang dilaksanakan di Bahagian Bintulu sememangnya telah banyak memberi manfaat kepada penduduk-penduduk terutama mereka yang tinggal di rumah panjang.

Antara projek-projek yang telah dan sedang dilaksanakan seperti bina baharu gerai, bina baharu jalan, naik taraf jalan, bina baharu dataran, bina baharu pagar konkrit, bina baharu rumah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), bina baharu tempat letak kereta dan sebagainya.

Menteri Muda di Jabatan Ketua menteri (Undang Undang dan Adat Bumiputra) YB Datuk John Sikie Ak Tayai mengadakan lawatan ke beberapa Projek RTP di Sebauh

Di Murum, sebanyak lapan (8) projek RTP sudah dan sedang dilaksanakan pada tahun 2021 iaitu;

  1. Bina Baharu Gereja BEM Teranan, Rh. Gelayan, Tubau, Sebauh
  2. Bina Baharu Jalan Konkrit Di Sekeliling Kampung Dan Ke Gereja Kampung Senep, Tubau
  3. Naiktaraf Jalan Masuk Ke Rh. Jok Anyie, Long Keleput, Tubau, Sebauh
  4. Naik Taraf Jalan Masuk Ke Rh. Naga/Rh. Ding Sandai/Rh. Francis Sekam, Sg. Penyuan, Tubau, Sebauh
  5. Naik Taraf Jalan Masuk Ke Rh. Ramli, Sg. Suan, Jelalong, Tubau, Sebauh
  6. Naik Taraf Jalan Di Hadapan Rh. Budin, Tubau, Sebauh
  7. Naik Taraf Jalan Gravel Masuk Ke Rh. Kilat Ak. Panyau, Tubau, Sebauh
  8. Bina Baharu Dataran Kejat konkrit Di Rh. Sambang Ak. Billy, Tubau, Sebauh

Manakala, di Hulu Rajang sebanyak sepuluh (10) projek RTP sedang dan akan dilaksanakan iaitu;

  1. Bina Baharu Dataran Kejat Rumah Panjang Majang Ak. Ragan, Ulu Sujan, Tubau, Sebauh
  2. Naik Taraf Jalan Masuk ke Rumah Panjang Rh. Chaong Ak. Jampang, Rh. Sa Ak. Manik & Rh. Jembat Ak Embi, Sg. Sedaun, Tubau, Sebauh
  3. Bina Baharu Pagar Konkrit Di Hadapan Rumah Panjang Rh. Lichong Ak. Along, Sg. Besai, Tubau
  4. Bina Baharu Rumah JKKK Rh. Elbert Ak. Mejang, Sg. Stam Rasan, Tubau, Sebauh
  5. Bina Baharu Rumah JKKK Rh. Rentap Ak. Bap, Sg. Rasan, Tubau, Sebauh
  6. Bina Baharu Dataran Kejat di Rh. Ambak Ak. Usah, Sg. Rasan, Tubau, Sebauh
  7. Bina Baharu Dataran Kejat di Rh. Slan Ak. Lat, Sg. Engkasu Ulu, Tubau, Sebauh
  8. Bina Baharu Tempat Letak Kereta Rh. Alip Kuleh, Long Unan, Tubau, Sebauh
  9. Bina Baharu Dataran Kejat Rh. Mohd. Zulkifli Abdullah, Sg. Jabai Ulu, Tubau, Sebauh
  10. Bina Baharu Jambatan Rh. Mering Madang, Uma Pako Long Dapui, Sg. Pesu, Tubau, Sebauh

Pada keseluruhannya, di Murum sebanyak lapan (8) projek RTP dilaksanakan pada tahun 2021, lapan (8) projek dilaksanakan pada tahun 2020 dan 11 projek dilaksanakan pada tahun 2019.

Senarai Projek RTP 2020 yang dilaksanakan di Murum
Senarai Projek RTP 2021 yang dilaksanakan di Murum

Manakala di Hulu Rajang, sebanyak 10 projek RTP dilaksanakan pada 2021, enam (6) projek dilaksanakan pada 2020 dan empat (4) projek dilaksanakan pada 2019.

Senarai Projek RTP 2020 yang dilaksanakan di Hulu Rajang
Senarai Projek RTP 2021 yang dilaksanakan di Hulu Rajang

Projek RTP ini adalah inisiatif dan peruntukan daripada Kerajaan Sarawak dalam memastikan rakyat menikmati kemudahan dan prasarana di peringkat akar umbi.

Penyerahan Projek Siap RTP (meratakan tanah) kepada Tuai rumah

Kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg nekad mahu membangunkan kesemua Bahagian di Sarawak seperti mana yang pernah dimaklumkan sebelum ini sama ada menerusi kemudahan infrastruktur mahupun sosial ekonomi.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article