- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Program ‘Nyengok Kabar’ Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak

Must read

Seramai 18 individu telah menerima sumbangan menerusi program ‘Nyengok Kabar’ anjuran Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (PPNS) bersama Bank Islam Malaysia Berhad yang diadakan pada 23 hingga 24 Disember 2021.

Individu-individu yang telah terpilih untuk menerima sumbangan adalah terdiri daripada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), pesakit, dan individu terlantar yang berdaftar dalam sistem e-Kasih di Daerah Asajaya dan Simunjan.

Antara sumbangan yang diberikan kepada golongan-golongan ini ialah seperti katil, susu, minuman khas, kerusi roda dan pelbagai bantuan lain yang semuanya berjumlah RM50 ribu.

Menurut Pengarah PPNS YBhg. Dato’ Hasnul bin Mohamed, Program Nyengok Kabar ini bukanlah kali pertama diadakan, tetapi ia adalah penjenamaan semula bagi program ‘Jom Agih’ yang telah dilaksanakan di Daerah Daro, Matu, dan Sibu, November lalu.

YBhg. Dato’ Hasnul bin Mohamed menyerahkan sumbangan kepada salah seorang penerima di Asajaya

Program pada hari pertama (23 Disember) telah dimulakan dengan aktiviti sarapan pagi di Alia Kopitiam, Kota Samarahan  sebelum rombongan bertolak ke Asajaya untuk menyerahkan sumbangan kepada penerima di Kampung Semera Hilir, Kampung Sampun Kelili dan Kampung Asajaya Laut.

Pada sebelah pagi itu, sumbangan telah diserahkan kepada tujuh (7) orang penerima iaitu dari Kampung Semera Hilir (2 penerima); Kampung Sampun Kelili (2 penerima); dan Kampung Asajaya Laut (3 penerima).

Selepas makan tengah hari di Warong Wa Sebi Asajaya dan Solat Zohor di Masjid An Najjah, Asajaya, Program Nyengok Kabar diteruskan dengan penyerahan sumbangan kepada penerima dari Kampung Asajaya Ulu, Kampung Rebak dan Kampung Moyan Laut.

Pada sesi kedua ini, sumbagan tekah diserahkan kepada empat (4) orang penerima iaitu dari Kampung Asajaya Hulu (1 penerima); Kampung Rebak (1 penerima); dan Kampung Moyang Laut (2 penerima).

Pada hari yang kedua (24 Disember), aktiviti telah dimulakan dengan Program Komuniti di Masjid Al-Ansari Kampung Kelka selepas makan tengah hari di Rumah Rehat Sri Simunjan.

Kemudian, program Nyengok Kabar diteruskan dengan penyerahan sumbangan kepada penerima dari Kampung Kelka, Kampung Sageng, Kampung Sekendu dan Kampung Gunung Ngeli.

Sumbangan telah diserahkan kepada tujuh (7) orang individu iaitu dari Kampung Kelka (2 penerima); Kampung Sageng (2 penerima); Kampung Sekendu (1 penerima); dan Kampung Gunung Ngeli (2 penerima).

Menurut Dato’ Hasnul bin Mohamed, pemilihan penerima sumbangan adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui Sistem e-Kasih manakala proses verifikasi untuk mendapatkan senarai keperluan adalah daripada kakitangan pembanci yang ditempatkan di Pejabat Daerah.

Sehubungan itu, beliau berjanji bahawa Program Ngengok Kabar ini tidak hanya akan berakhir di sini sahaja sebaliknya, ia akan terus dijalankan di kawasan-kawasan lain yang mana konsep dan pengisiannya adalah sama dengan Program Nyengok Kabar di Asajaya ini.

Namun begitu, beliau menegaskan bahawa perbezaan setiap program adalah hanya pada nama program yang akan disesuaikan mengikut kawasan sasaran dan dialek pertuturan masyarakat setempat.

Beliau juga memberitahu bahawa penglibatan rakan strategik PPN Sarawak dalam program sebegini akan diteruskan dengan Bank Islam Malaysia Berhad dan akan diperluaskan lagi dengan penyertaan agensi lain agar lebih ramai akan dapat disantuni serta dibantu.

Mengulas kenyataan tersebut beliau berkata, ia merupakan salah satu usaha untuk memastikan nilai dan ciri-ciri Keluarga Malaysia yang meliputi keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran sentiasa menjadi asas kepada pelaksanaan sesuatu program kemasyarakatan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article