- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

DOA Lawas Laksana Pelbagai Projek Berimpak Besar Dalam RMK-11

Must read

Seksyen Perikanan Darat telah menerima peruntukan berjumlah RM710,209.80 (Negeri) dan RM6,006,000 (Persekutuan) dalam RMK-11 untuk melaksanakan pelbagai projek berimpak besar.

Antara projek yang dilaksanakan menggunakan peruntukan negeri ialah Projek Asas Akuakultur seluas 2.634 hektar melibatkan 35 orang peserta; Unit Bantuan Akuakultur seluas 0.12 hektar melibatkan seorang peserta;

Projek Zon Industri Akuakultur (ZIA) Sundar Awat-Awat/Punang telah menerima peruntukan negeri sebanyak RM78,666.40 dalam RMK-11

Projek Asas Akuakultur di bawah Peruntukan Fasilitasi Pertanian (AFF) seluas 2.634 hektar melibatkan 15 orang peserta; Projek Pra-Usahawan Akuakultur seluas 0.731ha melibatkan empat (4) orang peserta; Projek Usahawan Akuakultur seluas 1.5 hektar melibatkan empat (4) orang peserta; dan Projek Sistem Tagang melibatkan 14 orang peserta.

Manakala, projek yang dilaksanakan menggunakan peruntukan persekutuan ialah Projek Touch Point seluas 0.073 hektar melibatkan sembilan (9) orang peserta; Projek Zon Industri Akuakultur Sundar Awat-Awat dan Kampung Punang sebanyak 180 sangkar melibatkan 30 orang peserta.

Projek ternakan ikan dalam sangkar ZIA di Sungai Punang, Lawas

Jumlah peruntukan yang diterima mengikut tahun ialah 2016 (RM905,711.80); 2017 (RM2,338,340); 2018 (RM932,000); 2019 (RM573,000); dan 2020 (RM2,167,158).

Antara projek tumpuan ialah Projek Zon Industri Akuakultur (ZIA) Sundar Awat-Awat/Punang yang telah menerima peruntukan negeri sebanyak RM78,666.40 dalam RMK-11.

Penolong Pegawai Pertanian (Pembangunan), Encik Harrison Satu Kilat

Perkara ini dijelaskan oleh Penolong Pegawai Pertanian (Pembangunan), Encik Harrison Satu Kilat ketika ditemuramah RAKAN Sarawak baru-baru ini.

Menurut beliau, di bawah projek ZIA, harga jualan ikan siakap ialah diantara RM22-24 sekilo dan ikan-ikan tersebut dipasarkan di Brunei Darussalam, Lawas, Limbang dan Sabah.

Manakala harga benih ikan siakap bersaiz satu (1) inci berharga RM0.50 (harga pembeli ambil sendiri) dan RM0.75 (Harga hantar ke Brunei) manakala, benih ikan siakap bersaiz tiga (3) inci berharga RM1.80 (harga pembeli ambil sendiri) dan RM2.20 (harga hantar ke Brunei).

Bagi program AFF yang dibahagikan kepada Projek Tanaman, Perikanan Darat dan Agro Makanan, sebanyak RM1,808,500 telah diperuntukkan menerusi peruntukan Negeri.

Di bawah kategori tanaman, antara projek yang diusahakan ialah tanaman pisang seluas empat (4) hektar melibatkan empat (4) orang peserta; tanaman nanas seluas 7.7 hektar melibatkan 77 orang; tanaman limau kasturi seluas dua (2) hektar melibatkan dua (2)  orang peserta; fertigasi seluas 11 hektar melibatkan 11 orang peserta.

Rambutan seluas tiga (3) hektar melibatkan tiga (3) orang peserta, nangka seluas tiga (3) hektar melibatkan tiga (3) orang peserta; limau manis seluas empat (4) hektar melibatkan empat (4) orang peserta; mangga seluas dua (2) hektar melibatkan dua (2) orang peserta; dan limau bali seluas  dua (2) hektar melibatkan dua (2) orang peserta.

Bagi Projek Perikanan Darat, sebanyak RM225,000 telah diperuntukkan untuk membangunkan 45 unit kolam  manakala RM427,000 diperuntukkan untuk projek Agro Makanan melibatkan 61 orang peserta.

Selain daripada projek yang dinyatakan di atas, Projek Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) turut menerima peruntukan sebanyak RM320,000 pada 2020 untuk tanaman nanas varieti ‘Keningau Diamond’ di kawasan seluas 3.57 hektar melibatkan 20 orang peserta.

Bagi Projek Infrastruktur Ladang, jumlah peruntukan keseluruhan sepanjang RMK-11 ialah sebanyak RM1,577,780 (Negeri) dan RM543,800 (Persekutuan).

Stesen Perikanan Darat Punang, Lawas yang masih aktif di kawasan seliaan Jabatan Pertanian Daerah Lawas

Antara projek yang dilaksanakan ialah Projek Jalan Ladang (Negeri) sepanjang 8.7 km pada 2020 bernilai RM839,820.

Manakala Projek Jalan Ladang (Persekutuan) pada 2016 (RM174,000); 2017 (RM70,000); 2018 (RM100,00) sepanjang 600m; 2019 (RM50,000) sepanjang 400m; dan 2020 (RM149,800) sepanjang 1.8km.

Projek MARRIS pula menerima peruntukan sebanyak RM80,000 (2km) pada 2017; RM107,960 (1.3km) pada 2019; dan RM550,000 (7km) pada 2020.

Jumlah peruntukan negeri untuk RMK-11 pada keseluruhannya bagi Seksyen Tanaman adalah sebanyak RM1,313,300 iaitu RM47,600 (2016); RM314,970 (2017); RM499,970 (2018) sebanyak RM116,880 (2019); dan RM333, 880 (2020).

Manakala jumlah peruntukan persekutuan adalah sebanyak RM2,672,900 melibatkan Program Pembangunan Tanaman Buah-buahan (FIDP); Program Pembangunan Mempelbagaikan Pertanian (ADP); Program Ladang Kontrak MOA; Program Tanaman Kopi; Tanaman Baru Kelapa Berhasil Tinggi dengan Salingan Jangka Pendek. Jumlah keseluruhan peruntukan (Persekutuan) bagi Program Bantuan Input Padi Kerajaan dalam RMK-11 ialah sebanyak RM10,938,992 dan sebanyak RM1,775,126 bagi Projek Pembangunan Getah.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article