- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Ubah Suai dan Pemuliharaan Bangunan Mahkamah di Sarawak

Must read

Selaras dengan fokus utama Rancangan Malaysia ke 12 (RMKe-12) iaitu meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam, Kerajaan telah meluluskan sebanyak 14 projek naik taraf, ubah suai dan pemuliharaan  bangunan mahkamah-mahkamah Negeri Sarawak dengan peruntukan sebanyak RM9,212,700.00.

Projek naik taraf tersebut melibatkan Kompleks Mahkamah Kuching, Kompleks Mahkamah Bintulu, Kompleks Mahkamah Miri, Mahkamah Kota  Samarahan, Mahkamah Sibu dan Mahkamah Sarikei.

Perkara ini dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), YB Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika meninjau kerja-kerja naik taraf yang dilaksanakan Kompleks Mahkamah Kuching baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), YB Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan perkembangan ini kepada media setelah mengadakan tinjauan kerja-kerja naik taraf di Kompleks Mahkamah Kuching baru-baru ini

Sambil menegaskan, pertambahan kes jenayah dan sivil setiap tahun di samping ruang pejabat yang terhad menyukarkan kelancaran prosiding ekoran daripada kekurangan bilik bicara, kamar dan ketiadaan bilik khas/lokap.

Jelas beliau, pembinaan mahkamah baharu di Sarawak adalah penting untuk menampung jumlah kes yang semakin meningkat.

Justeru itu, terdapat lima cadangan projek pembangunan fizikal baharu di negeri Sarawak untuk dilaksanakan di bawah RMKe-12. Cadangan projek baharu ini sedang dipertimbangkan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Ia merangkumi Pembinaan Mahkamah Baharu di Sarawak termasuklah Mahkamah Baharu Limbang, Mahkamah Baharu Sri Aman, Sarawak, Mahkamah Baharu Mukah dan Mahkamah Baharu Kapit.

Selain itu, Pembinaan Rumah Kediaman Rasmi Hakim termasuklah Pembinaan satu unit kediaman rasmi YAA Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Kuching.

Kompleks Mahkamah Kuching sebahagian daripada Mahkamah yang akan dinaiktaraf dalam RMKe-12 selain di Bintulu, Miri, Kota Samarahan, Sibu dan Sarikei

Manakala Mahkamah sedia ada di Limbang, Sri Aman dan Mukah beroperasi di bangunan  guna sama di daerah. Aspek keselamatan Hakim, Majistret dan orang awam serta semua pihak yang berurusan dengan mahkamah di samping kekangan penggunaan  bangunan guna sama sebagai lokasi mahkamah menjadi faktor utama bagi  perancangan pembangunan kompleks mahkamah yang baharu di Negeri Sarawak.

Ia sekali gus dapat memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap dan memberi keselesaan kepada kakitangan serta semua pihak yang terlibat.

Selain itu, keperluan pembinaan kediaman rasmi YAA Hakim Besar Mahkamah Tinggi  Sabah dan Sarawak di Kuching ini adalah selaras dengan kelayakan seperti yang  dinyatakan dalam Akta Saraan Hakim 1972.

Sehubungan itu, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang selaku agensi yang  dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Projek Pembangunan Fizikal bagi  keperluan mahkamah komited untuk memastikan pelaksanaannya di bawah  RMKe-12 di Negeri Sarawak dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Info Tambahan

Lima (5) cadangan projek pembangunan fizikal baharu di negeri  Sarawak untuk dilaksanakan di bawah RMKe-12.

Pembinaan Mahkamah Baharu:

(i)       Mahkamah Baharu Limbang, Sarawak

(ii)      Mahkamah Baharu Sri Aman, Sarawak

(iii)     Mahkamah Baharu Mukah, Sarawak

(iv)     Mahkamah Baharu Kapit, Sarawak

Pembinaan Rumah Kediaman Rasmi Hakim:

(i)       Pembinaan satu unit kediaman rasmi YAA Hakim Besar  Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Kuching, Sarawak

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article