Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK) telah membuka tirai Program Derma Darah MAKSAK 2020 di Bahagian Bintulu pada 20 Januari 2022 bertempat di Boulevard Shopping Mall, Bintulu.
Difahamkan bahawa MAKSAK Sarawak akan menganjurkan program derma darah ini setiap suku (quarterly) sepanjang tahun 2022.
Program derma darah yang pertama pada tahun ini telah diadakan dengan kerjasama MAKSAK Bintulu dan Jabatan Patologi dan Transfusi Darah Hospital Bintulu.
Antara matlamat Program Derma Darah MAKSAK ini adalah untuk mengeratkan silaturahim bersama MAKSAK Bahagian setelah mengalami keterbatasan melaksanakan program atau aktiviti bersama sebelum ini.
Sebanyak 23 jabatan atau agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan membabitkan 42 orang penjawat awam serta 40 orang awam telah mengambil bahagian dalam Program Derma Darah MAKSAK yang diadakan di Bintulu ini.
Sehubungan itu, sebanyak 82 pint beg darah telah berjaya dikumpulkan daripada 82 penderma darah yang terdiri daripada penjawat awam dan orang awam.
Manakala, 23 orang penderma darah telah ditolak kerana tidak memenuhi kriteria seperti yang telah ditetapkan.
Rekod kehadiran agensi/jabatan Sempena Program Derma Darah MAKSAK 2022;