- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Covid-19: SOP pelaksanaan PKPB di Sarawak akan diumumkan pada Jumaat ini

Must read

art 133-01-20

Kerajaan Sarawak akan mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol untuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini pada Jumaat, 8 Mei 2020.

Menurut Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) buat masa ini sedang melengkapkan SOP dan protokol berkenaan untuk sektor perniagaan beroperasi semula semasa PKPB dilaksanakan kelak.

Jelas beliau, JPBNS perlu terlebih dahulu memperincikan SOP dan protokol tersebut bagi memastikan pihak industri, komuniti perniagaan dan rakyat memahami pelaksanaannya dengan jelas.

Sarawak mematuhi PKPB yang telah diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan kerana perkara tersebut sudah diwartakan sebagai undang-undang.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan PKPB akan disesuaikan dengan keperluan dan situasi semasa Covid-19 di negeri ini.

Keputusan untuk melaksnakan PKPB di Sarawak diumumkan oleh Ketua Menteri pada Rabu, 6 Mei 2020 dalam satu sidang media di Kuching.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article