- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Mercu Tanda Baharu Daerah Kecil Spaoh

Must read

Bangunan baharu Pejabat Daerah Kecil Spaoh ini merupakan salah satu projek yang telah dilaksanakan oleh Pejabat Wilayah Selatan (SRO) Jabatan Kerja Raya Raya (JKR) Sarawak.

Bangunan baharu Pejabat Daerah Kecil Spaoh yang telah dibina dengan kos bernilai RM4.62 juta telah menjadi mercu tanda baharu di Daerah Kecil Spaoh. Bangunan baharu Pejabat Daerah Kecil Spaoh ini merupakan salah satu projek yang telah dilaksanakan oleh Pejabat Wilayah Selatan (SRO) Jabatan Kerja Raya Raya (JKR) Sarawak. Pejabat Daerah Kecil Spaoh yang telah dirasmikan oleh Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada 10 April 2021 terletak kira-kira 15 kilometer (km) dari Daerah Betong. Pejabat Daerah Kecil Spaoh menyediakan perkhidmatan seperti Probete, Anak Angkat, Pembaharuan Lesen Perniagaan, Urusan Senjata Api, Permit Membeli Peluru, Mahkamah Bumiputera, Mengangkat Sumpah, Pengesahan Dokumen, Pemantauan Projek-Projek Kecil Luar Bandar dan Pemantauan Majlis-Majlis rasmi kerajaan di Daerah Kecil Spaoh.
Pejabat Daerah Kecil Spaoh baharu ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta kelengkapan yang diperlukan termasuklah bilik persidangan (conference room) bagi kegunaan semua kakitangan pejabat bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan.
Bangunan baharu Pejabat Daerah Kecil Spaoh turut dilengkapi dengan ruang pembicaraan (mahkamah) kerana Pejabat Daerah bertindak sebagai Pendaftar dan menguruskan penyelesaian kes-kes yang dibawa oleh kaum Bumiputera melalui proses perbicaraan di Mahkamah Bumiputera dengan cekap dan adil. Pejabat daerah menetapkan masa, hakim yang akan mengadili sesuatu kes dan diperingkat mana kes tersebut didengar selain bertindak dengan cekap bagi memastikan kedua-dua pihak iaitu Plaintif dan Respondent hadir dan mematuhi tatacara mahkamah. Dengan ini pejabat daerah bertindak sebagai pendaftar bagi kes-kes tuntutan yang dibawa ke Mahkamah Bumiputera dan merekodkan keputusan perbicaraan di samping menyelenggara dan menyimpan doket-doket kes ditempat yang selamat.
Pejabat Daerah Kecil Spaoh turut menyediakan bilik untuk Ketua Kaum (KK) dan Ketua Masyarakat (KM) menjalankan kerja-kerja mereka di pejabat serta memudahkan mereka berurusan dengan pegawai-pegawai kerajaan.
Ruang menonton televisyen (TV Room) dan ruang rehat (dining room) turut disediakan di bangunan baharu Pejabat Daerah Kecil Spaoh untuk dimanfaatkan oleh orang ramai.
Pejabat Daerah Kecil Spaoh telah menjadi nadi perhubungan dan komunikasi penduduk Spaoh dengan dilengkapi dengan Kaunter Pos Malaysia dan Agro Bank, seuai dengan peranannya sebagai pusat pentadbiran bagi daerah kecil Spaoh.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article