Sejak pandemik COVID-19 menular pada tahun 2020, aktiviti kebajikan MAKSAK Wanita Negeri hanya dihadkan kepada program Sumbangan Ikhlas kepada penjawat awam semasa musim perayaan sahaja.
Ini adalah selaras dengan arahan semasa yang tidak membenarkan aktiviti luar dijalankan seperti biasa. Oleh itu, MAKSAK Wanita Negeri telah mengambil inisiatif untuk menjalankan projek MAKSAK Cares untuk membantu sedikit sebanyak penjawat awam yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Pelancaran Program MAKSAK Cares oleh YABhg. Penasihat MAKSAK Wanita Negeri telah dijayakan pada 22 Oktober 2021 di Wisma Bapa Malaysia.
Upacara penyampaian sumbangan berjumlah RM50,000 untuk tabung MAKSAK Cares daripada Pengerusi Sanjung Etika Sdn Bhd kepada YBhg. Pengerusi MAKSAK Wanita Negeri yang disaksikan oleh YABhg. Penasihat telah diadakan semasa Majlis Pelancaran tersebut.
Antara kriteria penerima ialah mestilah Penjawat Awam Gred H11 dan ke bawah, Berpendapatan kurang daripada RM2000 sebulan, Mempunyai anak yang masih dalam tanggungan, Keutamaan kepada penjawat awam negeri yang kurang berkemampuan dan difikir layak untuk menerima sumbangan tersebut.
Semua maklumat yang dikemukakan hendaklah disahkan oleh Human Resource Champion (HRC) agensi masing-masing.
Info Tambahan
Ahli-ahli exco yang terlibat: | ||
No. | Nama Ahli Exco | Jawatan |
01 | Datin Amar Evelyn Ritikos | Pengerusi MAKSAK Wanita Negeri |
02 | Datin Sri Baduyah Bujang | Timbalan Pengerusi MAKSAK Wanita Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Projek MAKSAK Cares |
03 | Puan Hajah Norhayati Binti Mornie | Setiausaha Kehormat MAKSAK Wanita Negeri |
04 | Puan Gladys Lim Ah Hui | Bendahari Kehormat MAKSAK Wanita Negeri |
05 | Datin Gloria Gembong | Pengerusi Biro Kesihatan |
06 | Datin Sharifah Aminah Wan Muhammad | Pengerusi Biro Kebajikan |
07 | Datin Fauziah Mardiana Sepawi | Pengerusi Biro Pendidikan |
08 | Puan Tres Andrew Taki | Pengerusi Biro Sosial |
09 | Puan Durie Austine Tinggie | Pengerusi Biro Lawatan |
10 | Puan Hajah Haluyah Awi | Pengerusi Biro Sukan |
11 | Puan Halimah | Penolong Bendahari |
Jumlah bilangan penerima Program MAKSAK Cares 1.0 mengikut bahagian :
NO | BAHAGIAN BERTUGAS | BILANGAN CALON |
1 | KUCHING | 334 |
2 | KOTA SAMARAHAN | 61 |
3 | SERIAN | 86 |
4 | BETONG | 64 |
5 | BINTULU | 39 |
6 | KAPIT | 33 |
7 | LIMBANG | 36 |
8 | MIRI | 105 |
9 | MUKAH | 67 |
10 | SARIKEI | 91 |
11 | SIBU | 78 |
12 | SRI AMAN | 61 |
JUMLAH KESELURUHAN | 1055 |
Tarikh-tarikh program MAKSAK Cares 1.0 dijalankan mengikut Bahagian/Zon
No. | Bahagian/ Zon | Tarikh dilaksanakan |
1. | Sri Aman/ Betong | 21 Oktober 2021 |
2. | Samarahan/ Serian | 26 Oktober 2021 |
3. | Zon Tengah SarikeiSibuKapit Mukah | 10 November 2021 |
4. | Zon Utara MiriBintulu | 15 November 2021 |
5. | Kuching/ Limbang | 02 December 2021 |