- Advertisement -spot_img
4,805
published news
and counting

Yayasan Sarawak Tingkat Dana dan Tajaan Pendidikan

Must read

Yayasan Sarawak akan meningkatkan tajaan pendidikan menjurus kepada industri 4.0 bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk melahirkan dan menghasilkan lebih ramai graduan memenuhi permintaan industri 4.0 ke arah negeri maju menjelang 2030.

Perkara ini dimaklumkan Pengarah Yayasan Sarawak, Tuan Haji Mersal Bin Abang Rosli ketika ditemu bual RAKAN Sarawak baru-baru ini setelah ditanya mengenai hala tuju dan fokus Yayasan Sarawak pada masa akan datang.

Menurut Tuan Haji Mersal, segala sumber Yayasan Sarawak mesti dioptimumkan menjurus ke arah itu perkhidmatan utama dan kos operasi mestilah rendah dan efisien bagi menjana perkhidmatan lebih baik demi manfaat pelanggan terutamanya pelajar.

Jelas beliau, setiap tahun Yayasan Sarawak menaja 6,000-7,000 orang pelajar pelbagai peringkat.

Selain itu, pihaknya ada menghubungi pihak-pihak universiti memaklumkan bahawa kursus-kursus yang kita taja penekanan nya lebih banyak kepada modulnya penambahbaikan teknologi IR 4.0.

Pengarah Yayasan Sarawak menerangkan sesuatu kepada para pelajar tentang bantuan dan program Yayasan Sarawak

Sebagai contoh seorang jurutera itu, ia mestilah dilatih mesti mahir daripada segi teknologi terkini, begitu juga dengan arkitek, doktor jadi apabila dalam modul pembelajaran mereka ada teknologi yang dapat digunakan utk memenuhi pasaran.

Begitu juga, sekiranya pelajar mengambil kursus pemasaran, hendaklah kepada pemasaran digital dan bukannya konvensional.

Maka, pelajar tersebut, jelas beliau mudah untuk mendapat biasiswa disebabkan pihak Yayasan Sarawak mempunyai peruntukkan khas yang fokus kepada teknologi.

Jelasnya lagi, untuk tahun lepas dan tahun ini Yayasan Sarawak telah memberikan 100 biasiswa yang menjurus dan berasaskan teknologi. Itu perancangan Yayasan Sarawak pada masa depan, agar pelajar yang dapat Yayasan Sarawak taja memenuhi kehendak pasaran semasa.

Biasiswa Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak

Tiga tahun akan datang, menurut beliau kebanyakan kursus generik akan kurang mendapat permintaan tetapi permintaan akan meningkat dari industri-industri yang menggunakan teknologi supaya syarikat yang menggunakan mereka ini akan menjadi lebih efisien sebab banyak guna teknologi robotik.

Asas kepada pelaksanaan itu tambah beliau lagi, semua disebabkan kita ingin Sarawak maju, dan perlu meningkatkan pendapatan per kapita. Jawapan kepada itu, graduan yang keluar dari Universiti yang berupaya untuk dibayar gaji lebih tinggi dalam pasaran.

“Kalau mereka, ada kemahiran tinggi macam ini, maka gaji mereka juga akan lebih tinggi , kita dapat meningkatkan pendapatan per kapita kita, meningkatkan taraf hidup seterusnya mencapai negeri maju menjelang 2030.”

Fokus tajaan Yayasan Sarawak juga bergantung kepada keperluan Kerajaan Sarawak. “Dari segi bidang perubatan, sebagaimana kita tahu, kita telah menaja 200 orang pelajar perubatan dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan nilai RM200 juta dalam program inisiatif Yayasan – UNIMAS.”

“Kita akan melihat kesannya, dengan permintaan doktor untuk masyarakat luar bandar. Kumpulan pertama (40 orang) akan selesai dan matang tahun ini. Tujuannya agar mereka berkhidmat di kawasan mereka, tidak perlu migrasi ke bandar yang merupakan langkah intervensi awal yang kita lakukan.”

“Bagi industri-industri lain, kita sebenarnya tidak menyerahkan kepada Universiti Swasta milik Yayasan Sarawak (Swinburne Universiti, Kolej Laila Taib, Universiti Teknologi Sarawak (UTS),Universiti Curtain) melakukan perkara yang sama tetapi kita membimbing dan memberikan panduan kepada mereka untuk menghasilkan graduan yang diperlukan oleh Sarawak.”

Misalnya penekanan teknologi hendaklah diberi keutamaan seperti modul yang dilaksanakan Swinburne berkaitan Teknologi Remote Sensing yang ternyata penting bukan sahaja pertanian berteknologi tinggi tetapi juga untuk pengairan, pembajaan dan sebagainya.

Kerjasama Yayasan Sarawak dengan Universiti juga turut memudah dan memberikan laluan (sekiranya kursus bersesuaian) kepada pelajar untuk mendapatkan pinjaman dan biasiswa.

Mengenai tajaan pelajar di luar negara pula, ada pelajar yang memohon pinjaman luar negara, namun Yayasan Sarawak tidak dapat menaja semua disebabkan kos yang terlalu tinggi.

Manakala di Semenanjung Malaysia pula, walaupun masih ada kursus generik tetapi penekanan teknologi masih dikekalkan seperti di Sarawak.

Walaupun Yayasan Sarawak, jelas beliau tidak mempunyai kawalan ke atas universiti, pelajar boleh sahaja memohon  mana-mana institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk mendapat tajaan tetapi keutamaan akan diberikan kepada universiti yang berasaskan teknologi seperti Universiti Teknologi Malaysia atau Universiti Teknologi Petronas.

Info Tambahan

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article