- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Yang di-Pertuan Agong Mengadakan Lawatan Kerja ke Kuching

Must read

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah mengadakan kunjungan ke Kuching selama dua hari bermula 21 hingga 22 April 2022.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri telah disambut oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Turut hadir menyambut ketibaan Seri Paduka berdua ialah Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg serta isteri, Datin Patinggi Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Premier, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) YB Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta dif-dif kenamaan yang lain.

Sepanjang berada di Kuching, Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri berkenan mencemar duli ke Bazar Ramadan Dewan Bandaraya Kota Utara (DBKU) Satok pada 21 April 2022 (Khamis) selain berkenan berangkat ke Masjid Jamek Negeri untuk Majlis Berbuka Puasa serta Solat Maghrib Berjemaah.

Baginda dan Raja Permaisuri dijangka berangkat pulang dari Kuching ke Melaka menaiki pesawat khas pada 22 Februari 2022 (Jumaat), pukul 10 pagi.

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong selamat berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada jam 12.30 tengah hari dengan menaiki pesawat khas sempena lawatan kerja dua hari ke Kuching, Sarawak.(Sumber: Jabatan Penerangan)
Raja Permaisuri Agong menerima sejambak bunga daripada seorang kanak-kanak perempuan yang menyambut ketibaan baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) (Sumber: Jabatan Penerangan)
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan melawat gerai-gerai di Bazar Ramadan Satok bermula pada pukul 3.30 petang (Sumber: UKAS)
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan melawat gerai-gerai di Bazar Ramadan Satok. Turut mengiringi baginda Seri Paduka ialah Premier Sarawak dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Negeri, YB Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (Sumber: UKAS)
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan melawat gerai-gerai di Bazar Ramadan Satok (Sumber: UKAS)
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan melawat gerai-gerai di Bazar Ramadan Satok . Turut mengiringi baginda Seri Paduka ialah Premier Sarawak dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Negeri, YB Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (Sumber: UKAS)
Keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di Masjid Jamek Negeri bagi menghadiri Majlis Berbuka Puasa serta Solat Maghrib berjemaah bersama tetamu-tetamu yang lain (Sumber: Jabatan Penerangan)
Suasana semasa ketibaan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Masjid Jamek Negeri (Sumber: Jabatan Penerangan)
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengurniakan sumbangan kepada 30 penerima Asnaf Tabung Baitulmal Sarawak yang berjumlah RM19,950 sebelum bermulanya waktu berbuka puasa (Sumber: Jabatan Penerangan)
Selesai berbuka puasa, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Premier Sarawak serta dif-dif kenamaan yang lain menunaikan solat Maghrib berjemaah bersama tetamu jemputan yang lain (Sumber: Jabatan Penerangan)
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article