- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Loji Rawatan Air Saratok

Must read

Seiring dengan status Betong sebagai sebuah Bahagian yang baru, daerah Saratok turut menerima limpahan pembangunannya seperti pembinaan kemudahan asas yang lebih baik serta berkualiti.

Ini termasuklah kemudahan bekalan air yang lebih baik. Loji Rawatan Air Saratok yang baru adalah sebahagian contoh daripada usaha kerajaan untuk memenuhi keperluan rakyat khasnya di kawasan luar bandar yang setakat ini telah memanfaatkan seramai 53,000 orang pengguna.

Terletak di Nanga Lichok, dalam daerah Saratok, loji ini berupaya meningkatkan kapasiti pengeluaran bekalan air bersih kepada 12 MLD sehari dan boleh ditingkatkan kapasitinya kepada 24 MLD kepada penduduk yang kebanyakan tinggal di sekitar kawasan Roban, Nyabor, Grigat, Sessang, Empelam, Kabong serta di sepanjang jalan Nyabor-Selalang dan Pekan Saratok.

Pembinaan loji rawatan air tersebut adalah bagi menampung dan menyediakan bekalan air yang mencukupi untuk kawasan berkenaan sehingga ke tahun 2015.

Berdasarkan permintaan yang semakin meningkatkan, kewujudan Loji Nanga Lichok yang baru ini dilihat lebih ekonomikal, sesuai serta tepat pada masanya.

Selain itu, penyaluran bekalan air dapat dilakukan secara bersepadu kerana ia turut dilengkapi dengan sambungan paip yang menghubungkan Saratok, Roban, Nyabor dan kawasan sekitarnya.

Berikutan siapnya loji rawatan air yang baru, perkhidmatan Loji Rawatan Air yang lama telah pun ditamatkan perkhidmatannya.

Sebelum ini, daerah Saratok mempunyai 3 buah loji iaitu Loji Rawatan Air Saratok (lama) yang hanya berupaya menampung kapasiti 3.47 MLD untuk kawasan sekitar Pekan Saratok manakala Loji Rawatan Air Kabong dan Loji Pusat Rawatan Air Roban masing-masing dengan kapasiti 0.65 MLD membekalkan air untuk Kawasan Kabong dan Kawasan Roban, Nyabor, Grigat, Sesang dan Empelam.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article