Walaupun berdepan dengan pandemik COVID-19, Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK) Sarawak tetap melaksanakan aktiviti organisasi tersebut dengan mengamalkan norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Pada suku pertama tahun ini (2021), pada 28Mac 2021 MAKSAK Sarawak telah menganjurkan perlawanan Persahabatan Golf (Setiausaha Kerajaan Negeri Vs Setiausaha Persekutuan Sarawak) Damai Golf & Country Club.
Manakala pada suku ke 2 (April hingga Jun 2021) tahun ini, beberapa program diadakan seperti Program Gotong Royong di Rumah MAKSAK Sarawak pada 3 April 2021, Mesyuarat Exco MAKSAK Wanita, Program Sumbangan Bubur pedas kepada kakitangan Jabatan Ketua Menteri oleh MAKSAK Wanita Sarawak di Wisma Bapa Malaysia 7 Mei 2021.
Sempena dua perayaan utama, MAKSAK Sarawak turut meraikan kakitangan awam dengan Program Sumbangan Ikhlas MAKSAK Sarawak sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri kepada kakitangan Jabatan Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia pada 07 Mei 2021 dan Program Sumbangan Ikhlas MAKSAK Sarawak sempena perayaan Hari Gawai kepada kakitangan Jabatan Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia pada 25 Mei 2021.
Menyorot kembali program MAKSAK Sarawak pada tahun lepas (2020), pada suku pertama tahun 2021, MAKSAK Sarawak telah menyertaiKejohanan Indoor Games & E-Sports MAKSAK Malaysia 2020 di Pulau Pinang pada 13 hingga 5 Mac 2020 selain menganjurkan aktiviti Gotong Royong membaik pulih gelanggang tenis dan kerja-kerja pembersihan rumah MAKSAK pada 8 hingga 14 Ogos 2020.
Mengenai Kejohanan Indoor Games (Catur, Dart, Karom) dan E-Sports anjuran MAKSAK Malaysia yang diadakan bertempat di Hotel Ixora Perai dan Mydin Mall Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Sarawak telah menghantar pasukan Indoor Games yang terdiri daripada pasukan Karom, Dart dan Catur serta permainan dan pasukan baru iaitu sukan E-Sports yang telah diperkenalkan oleh MAKSAK Malaysia bagi tahun 2020.
Kejohanan ini telah diadakan pada 13 hingga 15 Mac 2020 di Hotel Ixora bagi kategori kumpulan hingga separuh akhir, manakala bagi kategori akhir semua gelanggang acara telah ditukar oleh pihak penganjur ke Mydin Shopping Mall, Pulau Pinang.
Pasukan Catur MAKSAK Sarawak mencatatkan keputusan membanggakan apabila memenangi kejuaraan keseluruhan kategori catur diikuti oleh MAKSAK Kuala Lumpur dan MAKSAK Johor.
Pasukan karom MAKSAK Sarawak juga mencatatkan keputusan yang membanggakan dengan memenangi kejuaraan keseluruhan lelaki. Pasukan karom MAKSAK Sarawak kategori lelaki berada dalam kumpulan D bersama dengan MAKSAK Perak, MAKSAK Pulau Pinang dan juga MAKSAK Penjara.
Bagi permainan Dart pula, Pasukan MAKSAK Sarawak hanya berjaya meneruskan perlawanan sehingga peringkat suku akhir dan tewas kepada MAKSAK Selangor.
Pada suku ke 3 (2021), beberapa aktiviti telah diadakan antaranya aktiviti program gotong-royong membaik pulih gelanggang tenis dan kerja-kerja pembersihan rumah MAKSAK pada 8 hingga 14 Ogos 2020 pula, diketuai oleh Encik Munsang Sabai bekas koordinator Pasukan Tenis MAKSAK Sarawak dibantu oleh pemain-pemain Tenis MAKSAK seramai 20 orang untuk bekerjasama mengecat lantai gelanggang dan mengecat garisan gelanggang tenis semula yang telah pudar.
Kumpulan yang sama turut mengambil inisiatif lagi pada 14 Ogos 2020 untuk bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran Rumah MAKSAK seperti menebas rumput di sekitar pagar, menyapu daun kering serta membakar sampah dan kayu-kayu reput di sekitar kawasan Rumah MAKSAK.
Info Tambahan
Jenis | Tarikh & Lokasi | Aktiviti |
Jenis Program : Pertandingan Menyertai Kejohanan Indoor Games & E-Sports anjuran MAKSAK Malaysia | 13 hingga 15 Mac 2020 Hotel Ixora Perai & Mydin Mall Bukit Mertajam, Pulau Pinang | Senarai Keputusan Pasukan Dart : Naib Juara Kumpulan BPasukan Karom : Ke 3 Kumpulan D (Lelaki) Ke 4 Kumpulan C (Wanita) Pasukan E-Sports : Penyertaan pertama kali |
Jenis : Program Kebajikan | 8 hingga 14 Ogos 2020 Rumah MAKSAK Sarawak | Aktiviti : Gotong Royong membaikpulih gelanggang tenis dan membersihkan kawasan persekitaran kawasan Rumah MAKSAK. · Mengecat semula gelanggang tenis yang telah pudar Ahli Yang Terlibat : En.Munsang Sabai ( Bekas President Tenis MAKSAK Sarawak) dan Ahli pemain Tenis ( 20 Orang ) |
Jenis : Program Kebajikan | Ibu Pejabat MAKSAK Sarawak | Aktiviti : Mesyuarat bersama ahli-ahli exco MAKSAK Wanita Sarawak mengenai aktiviti-aktiviti bagi tahun 2021 Sesi memperkenalkan pegawai baru yang bertugas di Ibu Pejabat MAKSAK SarawakMembincangkan aktiviti yang ingin dilaksanakan berdasarkan keadaan semasa Ahli Yang Terlibat : Yang Berbahagia Datin Amar Evelyn Ritikos Yang Berbahagia Datin Sri Hajah Baduyah Binti Bujang Puan Hajah Norhayati Mornie Puan Gladys Lim Ai Hui Serta ahli-ahli MAKSAK Wanita Sarawak yang hadir |