- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Service Sarawak Dibuka Mulai 15 Mei 2020 dengan S.O.P Keselamatan Baharu

Must read

art-149-01-20

Selaras dengan Pekeliling Perjawatan Negeri Sarawak Bilangan 11 Tahun 2020 bertarikh 11 Mei 2020, orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan Service Sarawak di Pusat Transformasi Bandar (UTC) mulai 15 Mei 2020.

Menurut kenyataan  daripada Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri (SIMU), Jabatan Ketua Menteri, UTC di Sarawak (Kuching, Sibu dan Miri) AKAN HANYA DIBUKA kepada pelanggan yang memerlukan perkhidmatan di Pusat Perkhidmatan Service Sarawak sahaja mulai 15 Mei 2O2O sehingga 9 Jun 2020 dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Manakala operasi bagi Agensi/Kaunter lain masih lagi DITUTUP sehingga arahan yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Antara perkhidmatan yang disediakan di Service Sarawak (UTC Kuching, Sibu dan Miri adalah Pertanyaan dan Bayaran Bil  termasuklah Utiliti (Bil Elektrik, Bil Air, Bil Sarawak Gas), Cukai Taksiran (26 Pihak Berkuasa Tempatan) dan Bil Kerajaan Negeri (Sewa dan Premium Tanah, T.304).

Perkhidmatan Elektrik pula termasuk Pelarasan bil, Pertukaran Hak Milik dan Pemohonan baru manakala Perkhidmatan Air di UTC masing-masing (Lembaga Air Kuching, Lembaga Air Sibu dan Lembaga Air Wilayah Utara) melibatkan urusan  Pelarasan bil dan Pertukaran Hak Milik.

Di UTC Sibu dan UTC Miri , orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan Majlis Perbandaran Sibu dan Majlis Bandaraya Miri melibatkan urusan Pertukaran Hak Milik, Perkhidmatan Lesen Perdagangan dan Pembaharuan dan bayaran.

Sehubungan dengan itu, orang ramai turut diingatkan agar mematuhi sepenuhnya (Prosedur Operasi Standard)  S.O.P. Keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkaitan bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article