- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Tiga Teras Utama Perkasa Industri Kraf Tempatan

Must read

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) sentiasa berusaha membangun dan memperkasa keupayaan usahawan bagi menyokong dan memulihkan semula industri kraf negara yang terjejas kesan daripada krisis ekonomi global rentetan pandemik yang telah melanda seluruh dunia.

Pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi membantu usahawan kraf agar merela terus bangkit dan bertahan dalam mengeluar dan memasarkan produk kraf, sekali gus menyokong industri agar terus mapan dan berdaya saing dalam mendepani prospek ekonomi global.

Sehubungan itu, PKKM telah menggariskan tiga teras utama bagi membangun dan memperkasa industri kraf tempatan iaitu;

  1. Pemerkasaan Komuniti Kraf
  2. Pembangunan Modal Insan
  3. Pemeliharaan, Pemuliharaan dan Perlindungan

Perkara ini dijelaskan oleh Pengerusi PKKM, YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang ketika ditemu ramah RAKAN Sarawak secara dalam talian menerusi aplikasi zoom baru-baru ini.

Pengerusi PKKM, YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang

Menurut beliau, teras pertama iaitu pemerkasaan komuniti kraf merupakan inisiatif untuk membangun dan memperkasa komuniti kraf serta penghasilan produk berdasarkan trend semasa bagi memastikan produk tersebut mempunyai nilai komersial yang boleh diterima di pasaran.

Kebolehcapaian pasaran produk kraf juga ditingkatkan menerusi saluran pemasaran secara fizikal dan digital serta diperkukuhkan dengan hebahan publisiti melalui media utama.

Teras ini dilaksanakan melalui dua strategi iaitu yang pertama ialah pembangunan serta pemerkasaan komuniti kraf dan kedua ialah pengkomersialan kraf.

Program pengkomersialan kraf memberi penekanan kepada aktiviti pemasaran dan promosi di peringkat domestik secara fizikal

Bagi pengkomersialan kraf, ia merangkumi pembangunan reka bentuk produk kraf yang menepati kehendak pasaran agar dapat meningkatkan permintaan bagi pasaran domestik dan antarabangsa.

Pengukuhan saluran pemasaran kraf secara fizikal dan digital akan terus diberi tumpuan bagi meningkatkan lagi kebolehcapaian produk kraf di pasaran dengan memperkasakan peranan media untuk menghebahkan dan meningkatkan kesedaran mengenai penggunaan produk kraf tempatan.

Antara aktiviti yang dilaksanakan di bawah strategi pengkomersialan kraf ialah:

  1. Pembangunan Reka Bentuk Produk Baharu Kraf
  2. Kajian Bahan Penggantian Kepada Penghasilan Produk Kraf
  3. Kebolehcapaian Pasaran Kraf menerusi pemasaran secara fizikal dan digital

Teras pembangunan modal insan pula dilaksanakan bagi membangun dan mengukuhkan modal insan yang berkemahiran dan cemerlang dalam industri kraf.

Institut Kraf Negara (IKN) memainkan peranan penting dalam pengukuhan dan pemantapan modal insan

Teras ini dilaksanakan melalui pengukuhan Institut Kraf Negara (IKN) sebagai pusat latihan kemahiran kraf yang terkemuka serta mewujudkan anggota kerja yang memiliki budaya kerja berprestasi tinggi.

Penekanan akan diberikan kepada dua (2) strategi iaitu pengukuhan dan pemantapan modal insan serta pembangunan kerjaya.

Di bawah strategi pengukuhan dan pemantapan modal insan, IKN merupakan institusi pendidikan tunggal yang bertanggungjawab menawarkan latihan kemahiran kraf secara formal di peringkat Sijil dan Diploma di Malaysia.

Pembangunan dan pemerkasaan komuniti kraf antara strategi dalam pemerkasaan komuniti kraf

Peranan IKN terus dimantapkan melalui penawaran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kepada para belia terutamanya dari keluarga yang berada dalam golongan B40.

Sehubungan itu, kampus satelit di Sabah dan Sarawak telah diperkenalkan bagi menawarkan pengajian ini kepada golongan belia dan beliawanis untuk mengikuti pengajian tersebut.

Selain itu, IKN juga menjadi Pusat Kecemerlangan Kraf (COE) yang berperanan sebagai pusat peningkatan kemahiran teknikal dan industri, pengembangan dan pemantapan ilmu serta pentahapan kemahiran dan kreativiti.

Seorang usahawan sedang menghasilkan produk kraftangan anyaman rotan

Teras seterusnya ialah pembangunan kerjaya yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sumber manusia bagi meningkatkan tahap motivasi dan membina imej yang baik di kalangan pekerja.

Antara aktiviti yang akan dilaksanakan di bawah teras ini ialah:

  1. Pentahapan Akademik (IPT/Accreditation of Prior Experiential Learning-APEL)
  2. Peningkatan Kompetensi Personel
  3. Pengiktirafan Tenaga Pakar (Subject Matter Expert-SME)

Teras berikutnya ialah Pemeliharaan, Pemuliharaan dan Perlindungan di mana pembangunan industri kraf yang dilaksanakan adalah merangkumi usaha memelihara dan memulihara kraf warisan yang menjadi identiti kebangsaan serta khazanah berharga negara.

Penekanan terhadap teras ketiga ini dirancang secara inklusif bagi memastikan seni kraf terus diwarisi oleh generasi akan datang.

Statistik taburan usahawan kraf Sarawak (Sumber: PKKM Sarawak)

Hala tuju dan teras yang telah digariskan ini dijangka dapat memperkukuhkan kesejahteraan sosial, meningkatkan kualiti hidup, mewujudkan peluang pekerjaan baharu dan menjana ekonomi rakyat di bandar dan luar bandar.

Statistik pencapaian industri kraf Sarawak tahun 2020 (Sumber: PKKM Sarawak)

Pada tahun 2022 hingga 2023 PKKM masih meneruskan hala tuju yang dirancang dalam membangun dan memperkasa industri kraf tempatan.

Statistik pencapaian industri kraf Sarawak tahun 2021 (Sumber: PKKM Sarawak)
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article