- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Pejabat Daerah Bintulu Tambah Baik Sistem Penyampaian Perkhidmatan

Must read

Dalam tempoh tiga (3) tahun kebelakangan ini, Pejabat Daerah Bintulu telah melaksanakan penambahbaikan perkhidmatan sebagai usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan kepuasan pelanggan.

RAKAN Sarawak berkesempatan menemu bual Pegawai Daerah Bintulu, Encik Muhammad Dino bin Amid bagi mendapatkan perincian lebih lanjut mengenai langkah-langkah penambahbaikan yang telah dilaksanakan
Sistem Q di Kaunter BNR (Business Names Registration) ditambah baik dengan menyediakan sistem nombor giliran untuk memudahkan setiap urusan pelanggan. Penggunaan sistem nombor giliran menjadikan penggiliran layanan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan lebih teratur dan sistematik
Permohonan bagi urusan pendaftaran perniagaan dan pembaharuan lesen perniagaan di Pejabat Daerah Bintulu mencecah sehingga lebih 100 permohonan sehari tidak termasuk urusan-urusan lain. Berdasarkan keperluan yang mendesak, pusingan kerja untuk kakitangan yang bertugas di kaunter pendaftaran BNR juga dilakukan dengan lebih kerap. Kelihatan beberapa orang pelanggan sedang menunggu giliran untuk mendapatkan perkhidmatan di kaunter Pejabat Daerah Bintulu
Antara penambahbaikan lain yang dilaksanakan termasuklah menggunakan sistem ERNDO secara optimum bagi proses kerja Urusan Berkanun seperti Probet dan Surat Kuasa Mentadbir, Sijil Anak Angkat, Perkahwinan Adat dan Permohonan Pendaftaran Nama-nama Perniagaan. Encik Dino turut memaklumkan, pihak Pejabat Daerah Bintulu sedang dalam usaha membangunkan sistem pendaftaran perniagaan secara dalam talian yang dijangka dapat disediakan kepada pelanggan sedikit masa lagi dalam tahun ini

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article