- Advertisement -spot_img
4,841
published news
and counting

Bangunan Pintar MBM Menyediakan Persekitaran Yang Lebih Kondusif

Must read

Bangunan baharu Majlis Bandaraya Miri (MBM) yang berkonsepkan sebuah bangunan pintar telah dibina sebagai satu usaha untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada penduduk di Bahagian Miri.

Pembinaan bangunan baharu MBM telah diperkembangkan menerusi pengenalan pelbagai teknologi moden dan canggih untuk menjadikan MBM sebagai sebuah bangunan yang menyediakan persekitaran yang kondusif dan berasaskan kos efektif selain menyediakan sistem pengurusan yang lebih efisien.

Konsep bangunan pintar ini selaras dengan visi menjadikan bandar raya Miri sebagai sebuah bandar raya pintar yang lebih selesa untuk didiami secara tidak langsung, akan dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Reka bentuk bangunan baharu MBM adalah bercirikan elemen ‘bandar minyak’ yang menggambarkan Miri sebagai wilayah yang mengeluarkan minyak dan gas asli di Sarawak
Simbol rasmi bandar raya Miri iaitu replika ‘kuda laut’ diletakkan di bahagian hadapan bangunan, melambangkan Miri sebuah bandar raya yang terletak di pinggir pantai, penuh keceriaan dan keindahan alam semula jadi di samping keunikan budaya yang tercetus daripada kepelbagaian kaum dan etnik
Bangunan MBM setinggi sembilan tingkat ini turut dilengkapi dengan kemudahan eskalator untuk pengunjung, pelantar persiaran atau taman bertingkat, ruang legar di pintu masuk, parkir kereta, bilik-bilik acara atau persidangan, dewan teater untuk keperluan masa akan datang dan sebagainya
Stesen mengecas kenderaan elektrik (EV) turut disediakan di ruangan parkir bangunan baharu MBM
Bangunan baharu MBM ini turut digabungkan dengan elemen Indeks Bangunan Hijau seperti (green vehicle parking) bagi menggalakkan kelestarian dalam persekitaran yang dibina
Bangunan baharu MBM yang terletak di Taman Pusat Miri Marina Parkcity menghadap Laut China Selatan akan memperkukuhkan imej Miri sebagai Bandar Peranginan (Resort City) selain menjadi bangunan ikonik yang mampu menjadi daya tarikan kepada para pelancong
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article