- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Iktiraf Sumbangan Sektor Koperasi Kepada Pembangunan Sosioekonomi Negara

Must read

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan (MINTRED) menerusi Pejabat Residen Bahagian Serian dan Suruhanjaya Koperasi Negeri Sarawak telah menganjurkan sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sarawak bermula pada 19 hingga 21 Jun 2022 di Dewan Masyarakat Serian.

Sambutan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sarawak

Penganjuran program peringkat negeri ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Institut Koperasi Malaysia (IKMa), ANGKASA, Bank Rakyat, Coop Bank Pertama, jabatan dan agensi kerajaan serta swasta, badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan berkanun dan lain-lain selaku badan strategik Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Objektif utama penganjuran program ini adalah bagi mengiktiraf sumbangan sektor koperasi kepada pembangunan sosioekonomi negara termasuk mengiktiraf koperasi sebagai entiti Social Solidarity Enterprise (SSE) serta mempromosikan konsep koperasi sebagai satu institusi keusahawanan.

Bersempena dengan itu, tema sambutan yang telah diketengahkan adalah “100 Tahun Gerakan Koperasi, Membangun Keluarga Malaysia”, selaras dengan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TranSkom) 2021-2025.

Tema sambutan ini akan terus dibawa bagi meraikan Bulan Koperasi Kebangsaan serta Hari Koperasi Negara 2022 yang akan diadakan sekitar bulan Julai nanti

Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan di Dewan Masyarakat Serian pada 20 Jun 2022 dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article