- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

RECODA Pemangkin Transformasi Pembangunan SCORE

Must read

Ordinan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) yang telah diluluskan pada 2006 (Bab 64) mulai berkuat kuasa pada 1 Ogos 2008 untuk menerajui pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Tugas utama RECODA adalah untuk merancang, menyelaras dan mengurus pelaksanaan Pelan Pembangunan SCORE, justeru RECODA memainkan peranan penting dalam mempromosi, menarik dan memudahkan pelaburan ke kawasan SCORE.

Sarawak mempunyai kedudukan yang berprestij sebagai negeri yang terbesar daripada 13 negeri Malaysia.

Dengan kedudukannya yang strategik di Wilayah Asia Tenggara, Sarawak mempunyai kawasan yang besar seluas 124,449.51 KM2 di mana 100,000KM2 (80%) merupakan kawasan SCORE.

Dengan banyaknya sumber asli, khasnya petroleum dan gas asli yang terdapat di Sarawak, maka negeri ini menjadi tempat pelaburan yang cerah bagi pelabur-pelabur yang gigih.

Lima (5) nod utama yang difokuskan di bawah SCORE ialah Samalaju (Industri berintensifkan berat dan tenaga); Mukah (Bandar pintar, hab perkhidmatan, dan R&D); Tanjung Manis (Hab halal); Baram (Tenaga hidroelektrik, kelapa sawit, dan eko pelancongan); dan Tunoh (kelapa sawit, hutan, pertanian, dan eko pelancongan).

Sementara itu, dalam rancangan pembangunan SCORE yang dipelopori melalui RECODA, Kerajaan Sarawak telah mengenal pasti 12 bidang pelaburan dan peluang pembangunan ekonomi utama iaitu;

  1. Industri Aluminium
  2. Industri Kaca (Industri logam dan polisilikon)
  3. Industri Keluli Logam
  4. Industri Kelapa Sawit
  5. Industri Perikanan dan Akuakultur
  6. Industri Berasaskan Kayu (Timber-based)
  7. Industri Kejuruteraan Marin (Marine Engineering)
  8. Industri Minyak dan Gas
  9. Industri Pelancongan
  10. Industri Ternakan
  11. Industri Bioteknologi
  12. Industri Teknologi Digital

Manakala, empat (4) industri pencetus (trigger industry) di kawasan SCORE terdiri daripada;

  1. Keluli dan Ferroaloi – SCORE mempunyai rizab tenaga yang banyak untuk industri intensif tenaga ini.
  2. Aluminium – Pasaran berpotensi besar untuk produk aluminium termasuk China, ASEAN dan pasaran domestik.
  3. Minyak dan Gas serta Petrokimia

       Pelaburan petrokimia hiliran boleh memanfaatkan potensi SCORE dalam industri ini

  • Kaca (Industri Logam dan Polisilikon)

       Segmen yang berkaitan dalam industri ini ialah pembuatan kaca terapung; aktiviti hiliran yang melibatkan komponen automotif dan komponen pembinaan.

Selain itu, terdapat enam (6) empangan kuasa hidroelektrik (HEP) yang berupaya meningkatkan aktiviti penjanaan kuasa selain memenuhi keperluan dalam projek SCORE iaitu;

  1. Murum HEP (944MW)
  2. Baleh HEP (1,285MW)
  3. Mukah Coal Fired Plant (270MW)
  4. Bakun HEP (2,400MW)
  5. Tanjung Kidurong CCGT (842MW)
  6. Balingian Coal Fried Plant (600MW)
Peta menunjukkan keluasan kawasan tiga agensi di bawah RECODA iaitu URDA, HDA dan NRDA

Bagi mempercepatkan pembangunan SCORE, tiga agensi di bawah RECODA telah dibentuk pada 2017 iaitu;

  1. Agensi Pembangunan Ulu Rajang atau Upper Rajang Development Agency (URDA) meliputi kawasan seluas 41,186.5 KM2
  2. Agensi Pembangunan Tanah Tinggi atau Highland Development Agency (HDA) meliputi kawasan seluas 41,186.5 KM2
  3. Agensi Pembangunan Wilayah Utara atau Northen Region Development Agency (NRDA) meliputi kawasan seluas 7,790 KM2

Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datu Haji Ismawi Bin Haji Ismuni ketika ditemu ramah oleh RAKAN Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datu Haji Ismawi Bin Haji Ismuni

Beliau menyifatkan penubuhan URDA, HDA dan NRDA antara pendekatan strategik Kerajaan Sarawak ke arah memperkasakan usaha pembangunan di kawasan pedalaman serta luar bandar di negeri ini.

Penubuhan tiga agensi baharu berkenaan kini menjadi fokus RECODA dalam merancang pelan pembangunan yang mampu membawa limpahan kemajuan dan impak ekonomi ke kawasan berkaitan.

Namun begitu, jelas Datu Ismawi, bagi mencapai matlamat itu, perkara asas yang perlu diberi perhatian ialah rangkaian perhubungan iaitu sistem jalan raya, jambatan, bekalan air dan elektrik kerana ia adalah faktor penting dalam menarik pelaburan ke kawasan berkenaan,

Dengan adanya infrastruktur asas ini, beliau menjangkakan dalam tempoh dua hingga lima tahun akan datang, RECODA berupaya untuk menarik dan membawa lebih banyak pelaburan ke kawasan ini.

Dalam merangka pelan pembangunan di tiga sub-koridor berkenaan, RECODA cukup mementingkan penyertaan wakil komuniti dalam makmal kendaliannya bagi mengenal pasti keperluan sebenar dan prospek pelaburan atau peluang ekonomi diinginkan di sesebuah kawasan.

Wakil-wakil komuniti yang dimaksudkan ialah Penghulu, Tuai Rumah, Ketua Kaum, Ketua Kampung dan Guru Besar di mana mereka merupakan individu yang sentiasa berada di lapangan, justeru mereka lebih mengetahui keperluan yang diperlukan.

Peta menunjukkan jalan akses ke empangan Trusan, Lawas

Maklumat mereka amat penting untuk merangka pelan pembangunan yang bersesuaian mengikut kawasan.

Dalam RMK-11, RECODA telah melaksanakan Sembilan (9) projek dengan kos berjumlah RM3.2 bilion iaitu;

  1. Projek Stesen Pertanian Bersepadu Tanah Tinggi atau Integrated Highland Agriculture Station (IHAS)
  2. Penyediaan tapak dan infrastruktur bagi pusat pembagunan hab halal Tanjung Manis Fasa 1A (Peringkat 1)
  3. Jalan akses ke empangan Trusan, Lawas
  4. Penyediaan tapak dan infrastruktur bagi pembangunan ‘food basket’ (Sarikei – Bintangor – Betong Fasa 1)
  5. Bekalan air Samalaju Fasa 2 (Peringkat 1)
  6. Perkembangan nod pertumbuhan Mukah (Mukah growth nodes)
  7. Jalan akses ke tapak empangan Baleh, Kapit
  8. Taman Perindustrian Samalaju – Penyediaan tapak dan infrastruktur (II)
  9. Pusat Bandar Baharu Tunoh (Kajian)

Dalam RMK-12, RECODA melaksanakan Sembilan (9) projek dengan kos berjumlah RM2.9 bilion iaitu;

Peta menunjukkan rekabentuk dan kerja-kerja awalan bagi pembinaan jalan akses ke Samarakan/Sangan/Ng.Merit/Kapit (Fasa 2)
  1. Penyediaan tapak dan infrastruktur bagi pembangunan ‘food basket’ (Sarikei – Bintangor – Betong Fasa 1)
  2. Reka bentuk dan kerja-kerja awalan bagi pembinaan jalan akses ke Samarakan/Sangan/Ng.Merit/Kapit (Fasa 2)
  3. Reka bentuk terperinci dan kerja-kerja awalan bagi pembinaan jalan akses ke Tunoh, Kapit
  4. Penyediaan tapak dan infrastruktur di Taman Perindustrian Samalaju dan pembinaan Jalan Section (Fasa 5 Peringkat 4)
  5. Jalan akses ke tapak empangan Baleh, Kapit
  6. Bekalan air Samalaju Fasa 2 (Peringkat 1)
  7. Jalan akses ke empangan Trusan, Lawas
  8. Penyediaan tapak dan infrastruktur bagi pusat pembangunan hab halal Tanjung Manis Fasa 1A Peringkat 1 dengan keseluruhan projek bernilai RM397,315,000.00’
    1. Pakej 1: Pembinaan benteng, jalan raya dan sistem saliran dengan tidal gates di sepanjang 37km di dalam kawasan pembangunan Hab Halal’
    1. Pakej 2: Pembekalan paip air bersaiz 400 mm diameter di sepanjang 25km ke Pusat pembangunan Hab Halal, Kampung Tusuk dan Kampung Sebayang;
    1. Pakej 3: Electrical power supply infrastructure yang merangkumi 14 buah 11kv sub stesen dan aksesori berkaitan seperti Distribution Pillars RMU, 11kv cable dan sebagainya ke Hab Halal, kampung Tusuk dan kampung Sebayang
  9. Kawasan Agropark Bersepadu dan Pertanian Moden Dinamik (Integrated Agropark with Dinamic Modern Farming) di Igan, Mukah
Peta menunjukkan penyediaan tapak dan infrastruktur bagi pusat pembangunan hab halal Tanjung Manis Fasa 1A-Peringkat 1

Bagi komuniti yang tinggal di kawasan SCORE, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Meneri (EPU, JPM) telah meluluskan dana berjumlah RM16.17 juta pada 5 Oktober 2021 untuk melaksanakan program “Projek-projek kecil, berimpak tinggi dan berpaksikan rakyat (people-centric).

Daripada RM16.17 juta tersebut, RM4.87 juta disalurkan kepada URDA untuk melaksanakan 27 projek; RM4.6 juta kepada HDA (8 projek); RM4.7 juta kepada NRDA (23 projek); dan RM2 juta kepada Mukah (11 projek)

Projek-projek yang merangkumi penjanaan pendapatan dan peluang pekerjaan itu memberi manfaat kepada lebih 500 peserta dan ia akan dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kraf Sarawak, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) & Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Sementara itu, sebanyak RM8 juta telah diperuntukkan untuk program Peningkatan Kemahiran dan Kemahiran Semula (Upskilling and Reskilling) bagi mengurangkan pengangguran serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak di kawasan SCORE.

Inisiatif ini juga dapat membantu industri mengenal pasti calon yang berkemahiran berdasarkan keperluan industri.

Kumpulan sasaran adalah daripada golongan menganggur, graduan baharu dan lepasan sekolah manakala tumpuan industri adalah pembuatan, pembinaan, pelancongan, pertanian dan industri yang terjejas akibat COVID-19.

RECODA turut berkolaborasi dengan Politeknik Kuching Sarawak dalam menjayakan aktiviti-aktiviti berikut;

  • Perkongsian ilmu dan kemahiran dalam pelbagai bidang
  • Bekerjasama menganjurkan seminar, persidangan dan pembangunan penyelidikan
  • Program latihan industri dan peluang pekerjaan selepas tamat latihan industri untuk pelajar Politeknik Kuching Sarawak
  • Program Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) untuk staf Politeknik Kuching Sarawak
  • Memberikan khidmat nasihat dan maklum balas terhadap pembangunan dan pelaksanaan kurikulum bagi kursus dalam bidang berkaitan
  • Kerjasama lain yang bersesuaian sebagaimana yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article