- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

SuP Sarawak Tinjau Keperluan Pendidikan dan Kesihatan di Mulu

Must read

Lawatan Setiausaha Persekutuan Sarawak, YBhg. Dato’ Amir bin Omar bersama rombongan termasuk Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Datu Dr. Hj. Azhar bin Hj. Ahmad, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr.Oii Choo Huck ke institusi pendidikan SK Batu Bungan dan Klinik Kesihatan Mulu pada 7 hingga 9 Jun lepas adalah bagi  meninjau kefungsian fasiliti, keperluan naik taraf dan pembangunan fizikal bangunan dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga penjawat awam di Mulu.

Turut hadir di lokasi lawatan tersebut Guru Besar Sk Batu Bungan, Pegawai Kesihatan Mulu, Dr. Nabila Hadenan dan beberapa orang pegawai daripada Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Lawatan Rasmi Setiausaha Persekutuan Ke Klinik Kesihatan, Mulu
Sekitar Lawatan Rasmi Setiausaha Persekutuan Ke Klinik Kesihatan, Mulu

Selain itu, lawatan ini adalah merupakan program turun padang Setiausaha Persekutuan Sarawak bagi menyantuni warga kerja penjawat awam persekutuan di Daerah Mulu, khususnya di SK Batu Bungan dan Klinik Kesihatan Mulu.

Lawatan Setiausaha Persekutuan Ke SK Batu Bungan, Mulu

SK Batu Bungan adalah merupakan satu-satunya sekolah rendah di Mulu dan mempunyai kira-kira 15 orang guru dan 100 murid. Sekolah ini beroperasi secara harian dan turut menyediakan kemudahan asrama bagi pelajar yang tinggal jauh di pedalaman.

Sekolah tersebut menggunakan sistem solar hibrid untuk membekalkan tenaga elektrik ke sekolah, dan mempunyai generator sebagai kuasa sandaran jika berlaku kerosakan pada sistem solar hibrid (bekalan elektrik yang tidak stabil).

SK Batu Bungan ini masih mempunyai bangunan yang berasaskan kayu dan dalam perancangan penggantian di bawah pakej projek Sekolah Daif dan mod pengangkutan ke daerah lain menggunakan bot dan kapal terbang) iaitu tiada jalan perhubungan daerah lain.

Sekitar Lawatan Rasmi Setiausaha Persekutuan Ke SK Batu Bungan, Mulu
Sekitar Lawatan Rasmi Setiausaha Persekutuan Ke SK Batu Bungan, Mulu

Setiausaha Persekutuan Sarawak akan memohon agar penggantian bangunan kayu kepada IBS dapat dirancang untuk diangkat bagi kelulusan pembinaan di bawah pakej sekolah daif bagi kemudahan pelajar dan guru di SK Batu Bungan.

Manakala Klinik Kesihatan Mulu adalah merupakan satu-satunya klinik kesihatan di Mulu dan mempunyai 8 kakitangan termasuk seorang pegawai perubatan. Kawasan liputan operasi klinik ini melibatkan kira-kira 1,000 populasi tempatan, tidak termasuk pelawat dari luar yang berkunjung ke Mulu.

Sekitar Lawatan Setiausaha Persekutuan Ke Klinik Kesihatan, Mulu

Klinik ini terletak bersebelahan dengan SK Batu Bungan. Operasi klinik hanya melibatkan penyakit yang ringan, rawatan susulan, kelahiran secara normal dan vaksinasi.

Bagi kes kecemasan atau memerlukan kepakaran perubatan yang lebih sesuai, pesakit akan dirujuk ke Hospital Marudi atau Hospital Miri. Seperti juga SK Batu Bungan, mod pengangkutan pesakit adalah sama ada menggunakan bot atau perkhidmatan kapal terbang.

Klinik Kesihatan Mulu ini masih menggunakan generator sebagai punca bekalan elektrik untuk operasi klinik serta kuarters, dan waktu penggunaan adalah dari jam 8.00 pagi sehingga jam 10.00 malam sahaja.

Setiausaha Persekutuan di Klinik Kesihatan, Mulu

Setiausaha Persekutuan Sarawak mencadangkan  agar projek sistem solar hibrid di SK Batu Bunga dikongsi bersama dengan Klinik Kesihatan Mulu bagi mengoptimumkan penggunaan kuasa solar selain menjimatkan perbelanjaan kerajaan ke atas pembelian diesel untuk generator.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article