- Advertisement -spot_img
4,799
published news
and counting

PDK Dan CBR Ditubuh Di Kapit

Must read

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Jawatankuasa ‘Clinic Based Rehabilitation’ (CBR) telah ditubuhkan di Kapit untuk memberi perkhidmatan yang lebih sempurna kepada golongan kanak-kanak kurang upaya.

Antara objektif penubuhan jawatankuasa berkenaan ialah untuk menentukan kanak-kanak kurang upaya mendapat penjagaan dan perhatian secukupnya.

“Kita difahamkan masih ramai ibu bapa masih belum mendaftar anak-anak mereka kepada CBR, sama ada (ibu bapa) tidak mengetahui peranan PDK atau malu,” kata Pengerusinya Ma Tian Ho ketika mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan baru-baru ini di Pejabat Residen Kapit.

Jelas beliau, sehingga Ogos 2005 lalu terdapat hanya 35 orang kanak-kanak kurang upaya telah mendaftar di Poliklinik Kapit yang terletak di Jalan Beletih yang mana pihak hospital mempunyai seorang kakitangan terlatih mengendalikan CBR yang dibuka setiap Jumaat.

Beliau menyeru agar pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Kesihatan Bahagian dan Jabatan Pelajaran Gabungan Bahagian bekerja rapat dengan PDK dan jawatankuasa CBR untuk faedah kanak-kanak kurang upaya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article