- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Guru Penggerak Utama Pembangunan Modal Insan

Must read

Memacu Sarawak Maju Menjelang 2030

Guru merupakan penggerak utama dalam pembangunan modal insan terutama membina keupayaan dan kompetensi murid seiring dengan visi Sarawak ingin menjadi kuasa siber dan kuasa kognitif, cyberpower and brain power.

Demikian kepercayaan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg diletakkan kepada tenaga pendidik ketika menyampaikan amanat beliau pada Sambutan Hari Guru Peringkat Sarawak 2022 di Bahagian Limbang.

Demikian kepercayaan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg diletakkan kepada tenaga pendidik ketika menyampaikan amanat beliau pada Sambutan Hari Guru Peringkat Sarawak 2022 di Bahagian Limbang.

Sarawak jelas Premier Sarawak, memerlukan keupayaan ini bagi mengangkat martabat dan maruah serta menggerakkan Sarawak melangkah ke hadapan supaya Sarawak dengan 2.8 juta penduduknya maju menjelang tahun 2030.

Bagi mencapai usaha tersebut, Kerajaan Sarawak komited untuk memastikan penembusan dan kepantasan internet di negeri ini dipertingkatkan bagi  menjayakan ekonomi digital. 

Dalam usaha menghadapi cabaran dan persaingan global, Kerajaan Sarawak komited untuk membina infrastruktur yang berkaitan.

Seiring dengan keperluan tersebut, semua pendidik di Sarawak jelas beliau perlulah bersiap siaga untuk menerima perubahan dan menganjakkan paradigma masing-masing selaras dengan tuntutan global semasa.

Para guru jelas beliau mempunyai peranan yang sangat penting untuk memupuk kesedaran dan pemahaman dalam kalangan murid dan masyarakat umum tentang kepentingan dan manfaat semua usaha yang dilakukan oleh kerajaan.

Segala usaha yang telah dilakukan Kerajaan Sarawak merupakan agenda besar yang bakal mengubah nasib dan masa depan rakyat pelbagai kaum, khususnya masyarakat di luar bandar.

Kerajaan Sarawak jelas beliau akan sentiasa memberi sokongan kepada agenda pendidikan kebangsaan dengan menambah apa yang kurang, mewujudkan apa yang tiada dan merekayasaankan apa yang sudah ada.

Ini bagi membolehkan pendidikan di Sarawak berdiri sama tinggi dengan agenda pendidikan di peringkat kebangsaan demi kepentingan anak Sarawak. 

Beliau mengharapkan para guru bersama-sama Kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak dan MEITD menghulurkan sokongan untuk membangunkan potensi anak Sarawak demi kesejahteraan Sarawak.

Berkaitan dengan  tema sambutan tahun ini, “Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA”, dilihat bertepatan dengan usaha pihak kerajaan untuk memberi penekanan terhadap peranan para guru bagi membimbing dan membentuk kemenjadian anak-anak murid selari dengan  Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pembentukan generasi muda yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, berketerampilan, memiliki jati diri serta sahsiah yang mulia merupakan aspirasi negara yang perlu diperjuangkan bagi memastikan pembangunan negara yang lestari.

Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah serta institusi pendidikan bagi mewarnai keceriaan Sambutan Hari Guru pada kali ini di Limbang.

Antara yang hadir pada program perasmian Hari Guru Peringkat Negeri di Limbang ialah Timbalan Premier Sarawak  merangkap Menteri Sumber Asli & Pembangunan Bandar II dan  Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, YB Datuk Roland Sagah Wee Inn dan Pengarah Pendidikan Sarawak, YBhg Datu Dr Haji Azhar bin Haji Ahmad.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article