– dipetik dan disesuaikan daripada keluaran RAKAN Sarawak Januari-Mac 2022 –
Yayasan Sarawak sebagai sebuah badan berkanun Kerajaan Negeri telah pun wujud pada 27 Mei 1971 di bawah Ordinan Yayasan Sarawak.
Secara umumnya, boleh dilihat objektif sebenar Yayasan Sarawak untuk membantu dan membangunkan Pendidikan di Sarawak khususnya pemberian bantuan, biasiswa dan pinjaman dan lain-lain yang diperlukan oleh masyarakat.
Objektif tidak pernah berbeza dari tahun 1971 sehingga ke hari ini, Cuma pendekatannya bantuannya berbeza. Di awal penubuhannya Yayasan Sarawak banyak membantu pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah dan serba sedikit di peringkat Universiti sebab kekangan dana.
Jadi apabila Yayasan Sarawak telah berkembang maju terutama dengan inisiatif yang diberi kerajaan negeri melalui dana-dana baharu yang disalurkan ke Yayasan Sarawak maka Yayasan turut memperluaskan fokus kepada bantuan di peringkat diploma, sarjana dan kedoktoran (PHD). Tumpuan lebih ke arah bantuan dan pinjaman Pendidikan dalam bidang tersebut.
Sumbangan tidak ternilai Yayasan Sarawak dalam usia 50 tahun kewujudannya sudah pasti telah melahirkan lebih ramai golongan yang mahir dalam bidang masing-masing dan menjadi penggerak kepada pembangunan Sarawak hari ini.
Demikian menurut Pengarah Yayasan Sarawak, Tuan Haji Mersal Bin Abang Rosli ketika ditemu bual RAKAN Sarawak baru-baru ini perkembangan Yayasan Sarawak sehingga ke hari ini.
Yayasan Sarawak, selain peranan utamanya dalam membantu dan membangunkan Pendidikan turut diberi mandat untuk menyediakan bantuan sama ada secara pinjaman dan pemberian kepada organisasi untuk tujuan saintifik, perubatan, Pendidikan, kebajikan, sosial dan kerja amal di samping memberikan sumbangan dan bantuan di dalam keadaan kecemasan dan malapetaka negara.
Dari segi struktur organisasi Yayasan Sarawak, Lembaga Amanah Yayasan Sarawak diketuai Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg dan dibantu oleh Timbalan Pengerusi iaitu sekarang Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Sosio Ekonomi) YBhg Dato Sri Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki dan dibantunya ada ahli lembaga dan Yayasan Sarawak merupakan Sekretariat kepada Lembaga Pengarah tersebut.
Di bawah organisasi, terletaknya Yayasan Sarawak, diketuai oleh Pengarah dan dua orang timbalannya, Encik Loius Simon Peter, selaku Timbalan Pengarah Pendidikan dan Encik Mohamad Azlie Bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Bahagian Operasi dan lain-lain kakitangan sokongan merangkap pihak pengurusan. Organisasi Yayasan Sarawak mempunyai lebih kurang 100 orang kakitangan sahaja.
Dari segi pelaburan dan penglibatannya secara umumnya, Yayasan Sarawak sebuah organisasi yang menjana pendapatan sendiri untuk membiayai semua aktiviti yang dilaksanakan melalui anak syarikatnya. Portfolio dalam pelaburan terbahagi kepada lima (5) iaitu yang pertamanya pelaburan dalam ekuiti, sama ada ekuiti dalam bentuk saham, sama ada dimiliki dalam bursa saham Malaysia ataupun dalam saham-saham, syarikat yang tidak disenaraikan.
Kedua ialah melalui simpanan tetap dan bon.
Ketiga, Yayasan Sarawak juga memiliki rumah kedai dan bangunan yang menghasilkan sewa dari segi pendapatan.
Keempat, Yayasan Sarawak turut mendapat sumber dividen dari anak syarikat yang dimiliki membayar dividen kepada Yayasan Sarawak dan kelima, mendapat derma daripada warga perniagaan di negeri Sarawak untuk mendapat perlepasan cukai.
Itu secara umumnya, Yayasan Sarawak tidaklah agresif menjana perniagaan sebab ia melabur secara tidak langsung dan semua perniagaan dilaksanakan oleh anak syarikatnya. Hasil daripada perniagaannya akan memberikan dividen kepada Yayasan Sarawak.
Dari segi pencapaian tahun 2018 hingga 2020, menurut beliau daripada hasil kajian ke atas pengurusan 2018-2020, sejumlah 95.5 peratus pelanggan berpuas hati. Ini terdiri daripada pelanggan dalaman melalui Majlis Bersama Pelanggan dan Perhimpunan Bulanan manakala pelanggan luaran, interaksi melalui portal Yayasan Sarawak, Aplikasi Mobile Yayasan selain khidmat pesanan ringkas seperti whatapps dan chats.
Ketika ditanya mengenai projek fizikal pula, sepanjang 2018-2020, Yayasan Sarawak berjaya menyiapkan dua Pusat Kecemerlangan Teknikal (CENTEX), subsidiari Yayasan Sarawak . Menurut beliau, CENTEXS diwujudkan untuk membantu pelajar-pelajar yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi dan juga atas tanggungjawab kerajaan menyediakan tempat untuk melatih mereka dari segi kemahiran yang tinggi.
Selain itu, tiga (3) tahun lepas juga, Yayasan Sarawak juga telah menambahbaik CENTEXS di Santubong sejumlah 40 juta untuk menaiktaraf dengan memberikan imej baharu kepada CENTEXS berkenaan di samping menyusun semula program-program yang dilaksanakan di situ lebih menjurus kepada industri 4.0. Kini ia mempunyai menawarkan banyak program yang diiktiraf di peringkat antarabangsa termasuk di sini juga menempatkan Pusat Penyelidikan Huawei.
Pencapaian kedua, projek penyiapan CENTEXS Betong dengan saiz yang lebih kecil bersesuaian yang boleh dikatakan sebagai kampus sementara dengan menyewa rumah kedai.
Secara umumnya, terdapat lima (5) CENTEXS yang ada kini iaitu masing-masing satu di Lundu, Santubong, Oya, Lawas (sedang dalam pembinaan) dan Mukah. CENTEXS yang sudah beroperasi termasuklah di Santubong, Lundu (menjurus kepada bidang pelancongan) dan Mukah (menjurus kepada bidang minyak dan gas)
Dalam konteks Rancangan Malaysia ke 11 (RMK11) pula, menurut beliau projek yang dilaksanakan kini ialah projek CENTEXS Lawas bernilai RM45 juta (dalam peringkat penyiapan), menaiktarafkan CENTEXS Kuching bernilai RM40 juta telah siap dilaksanakan, Cadangan CENTEXS Oya, Dalat (di peringkat pembangunan), CENTEXS Lundu (projek telah siap bernilai RM125 juta), CENTEXS Betong (projek sudah siap bernilai RM1 juta).
Selain itu, Kolej Laila Taib Mukah (untuk Sarawak Maritime Akademi bernilai RM100 juta), pembinaan Leadership Institute bernilai RM115 juta, menaiktarafkan dan pengindahan Swinburne Universiti dengan nilai RM50 juta.
Di samping itu, fokus dalam RMK11 turut diberikan kepada program kesedaran Pendidikan dengan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan bernilai RM4 juta dan juga Skim Bantuan Pakaian Seragam.
Bagi RMK12 pula, Yayasan Sarawak turut memenuhi keperluan kerajaan negeri dalam Pendidikan Sekolah Antarabangsa melalui pelaksanaan dan perancangan pembinaan lima (5) Sekolah Antarabangsa antaranya tiga (3) sedang dalam pelaksanaan iaitu dua (2) di Kuching iaitu di Petra Jaya (mengambil alih Sekolah Tunku Putra yang lama) bernilai RM50 juta dan satu lagi di lokasi Batu 12 juga bernilai RM50 juta manakala di Sibu akan dibina berhampiran lapangan terbang lama Sibu juga bernilai RM50 juta.
Manakala di Miri dan Bintulu turut dirancang dibina dalam tempoh tersebut.
Selain itu, projek -projek dalam RMK11 juga dibawa dan diteruskan ke dalam RMK12 seperti projek pembinaan CENTEXS di Lawas, Oya (Dalat), pembinaan Leadership Institute. Begitu juga projek MRSM Bintulu, projek kolaborasi dengan Petronas yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Objektif penubuhan Yayasan Sarawak mengikut Ordinan ialah:
- Memberikan biasiswa dan pinjaman atau menyediakan bantuan kewangan dalam apa jua bentuk kepada sesiapa sahaja rakyat Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya, untuk melanjutkan pendidikan di sekolah, maktab, universiti atau institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar negeri, mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga;
- Secara aktif menggalakkan peningkatan peluang-peluang pendidikan bagi rakyat negeri Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya, di dalam negara dan sebarang institusi pengajian tinggi di seluruh dunia tetapi mengutamakan universiti-universiti di dalam negara;
- Memberikan biasiswa dan bantuan kewangan lain dan berusaha mendapatkan penajaan seumpamanya dari badan-badan lain untuk rakyat Negeri Sarawak khasnya dan rakyat Malaysia amnya apabila difikirkan wajar;
- Memberikan bantuan dan menyediakan kemudahan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pertimbangan Lembaga berada di dalam keadaan memerlukan bantuan atau kemudahan berkenaan;
- Menyediakan bantuan, sama ada secara pinjaman atau pemberian atau sebagainya kepada organisasi institusi yang ditubuhkan dan ditadbirkan untuk tujuan saintifik, perubatan, pendidikan, kebajikan, sosial atau kerja amal; dan
- Memberi sumbangan dan bantuan di dalam keadaan kecemasan atau malapetaka negara.
PERKHIDMATAN YAYASAN Sarawak : KHIDMAT BANTUAN PENDIDIKAN
- Biasiswa
- Pembiayaan Pendidikan
- Bayaran Balik
- Program dan Bantuan
PERKHIDMATAN SOKONGAN : KHIDMAT SOKONGAN
- Akaun
- Korporat
- Teknologi Maklumat dan Pengurusan Sistem
- Pengurusan Sumber Manusia
- Pentadbiran, Aset dan Perolehan
- Pelaburan
- Pengurusan Hartanah, Projek & Fasiliti
- Pengurusan Data & Komunikasi Awam
- Pengangkutan
KUALITI
- Pengurusan Prestasi dan Kualiti
PEMATUHAN
- Audit Dalam dan Pematuhan
- Integriti
- Pengurusan Risiko