- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Hari Belia Sarawak 2022 Meriah Selepas Dua Tahun Menyepi

Must read

Sambutan Hari Belia Sarawak 2022 bertemakan “Belia Peneraju Masa Depan Sarawak” yang diadakan di Dataran Perayaan Petra Jaya pada 22 Oktober 2022 berlangsung dalam suasana meriah walaupun setelah 2 tahun tidak diadakan akibat pandemik COVID yang melanda dua (2) tahun lepas.

Semangat berkobar-kobar yang ditunjukkan para Belia

Setelah keadaan reda dan beransur pulih, banyak program termasuk Jelajah Belia mula diadakan pada tahun ini (2022) dan penganjuran aktiviti seumpama ini penting untuk mendapatkan maklum balas dan mendengar sendiri aspirasi belia di Kawasan-kawasan luar bandar yang dilawati.

Keistimewaan pada tahun ini, ianya dianjurkan pada skala besar oleh Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan  Usahawan (MYSED) khas bagi memenuhi permintaan golongan belia yang aktif dalam program pembangunan belia, aktiviti sukan, rekreasi, kemasyarakatan, keusahawanan, kesenian, kebudayaan dan banyak lagi.

Sambutan Hari Belia Sarawak 2022 merapatkan hubungan dan kerjasama para belia tanpa mengira latar belakang persatuan dan kelab
Kemeriahan suasana Hari Belia Sarawak 2022

Penganjuran Hari Belia adalah salah satu pendekatan Kerajaan Sarawak untuk berterima kasih dan menghargai dan mengingati sumbangan dan pada masa yang sama memberikan dorongan dan galakkan kepada golongan belia.

Tema  “Belia Peneraju Pembangunan Sarawak” dipilih kerana golongan ini akan menjadi aset penting kepada pembangunan masyarakat dan negeri dan kita (pemimpin yang sedia ada baik di peringkat persatuan, kementerian)  mempunyai tanggungjawab besar untuk membimbing dan  mempersiapkan barisan pelapis baharu untuk meneruskan kecemerlangan yang kini bina hari ini.

Bacaan Ikrar daripada para belia
Persembahan Deklamasi Sajak yang penuh bersemangat
Sketsa yang mengimbau kembali sejarah berlatarbelakangkan SABERKAS
Persembahan khas Belia yang penuh dengan mesej tersurat dan tersirat
Pembangunan bakat termasuklah industri kreatif mempunyai potensi besar dan masa depan cerah untuk Sarawak
Penerima Anugerah Hari Belia Sarawak 2022 antarnya Anugerah Perak Persatuan Belia Negeri (dimenangi oleh Kelab Belia Permata Halaman Kurung Sian), Anugerah Emas Belia Negeri (Komuniti Belia Sadong Jaya), Anugerah Belia Negeri (Wanita) (Sharnaz Binti Saberi) dan Anugerah Belia Negeri (Lelaki ) (Afiq Fadhli Bin Narawi)
Premier Sarawak mempunyai keyakinan tinggi terhadap para belia Sarawak dan sentiasa menyokong setiap aktiviti dan program melibatkan belia
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article