- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Kerjasama Tiga Agensi Pantau Kemasukan Kayu Balak Import

Must read

Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) pada 2020 telah memenangi tempat ketiga Projek KFA melalui Projek “Pelaksanaan Pemantauan Kemasukan Balak Import Serta Pelaksanaan Pest Control/Fumigation”.

Projek ini berfungsi untuk menjaga keselamatan sumber hutan Sarawak dengan menyediakan suatu prosedur yang kemas dan ketat yang direalisasikan dengan kerjasama strategik antara tiga (3) agensi utama iaitu PUSAKA, Jabatan Pertanian Sarawak, Cawangan Biosekuriti Tumbuhan dan Kuarantin (PBQ, DOA) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Sarawak.

PUSAKA merupakan induk kepada projek ini dan mempunyai 20 ahli dan ianya melalui tiga (3) proses untuk mengukuhkan dan penambahbaikan prosedur bermula secara rasmi pada 16 April 2019, pelaksanaan dan penyeragaman pada Mac 2020 dan siap sepenuhnya pada 17 Jun 2020.

Di samping itu, projek “Pelaksanaan Pemantauan Kemasukan Balak Import Serta Pelaksanaan Pest Control/Fumigation” telah berjaya mengawal kemasukan import balak dengan teliti yang yang boleh memberi impak negatif kepada sumber hutan di Sarawak.

Rasionalnya, peningkatan jumlah balak import ini sekali gus menjurus kepada pertambahan spesies import dari negara luar yang jika tidak dikawal akan berkemungkinan membawa penyakit dan serangga perosak asing yang boleh memberi kesan kepada sumber hutan di Sarawak.

Sarawak mempunyai dua (2) punca utama bahan mentah dari hutan iaitu balak yang diperolehi daripada hutan semula jadi dan balak yang diperolehi daripada ladang hutan.

Menurut Pengurus Besar PUSAKA, Datu Hj Hashim Hj Bojet, Sarawak hanya mampu mengeluarkan 2 juta meter padu setahun balak yang dikeluarkan oleh hutan asli.

Temu bual bersama Pengurus Besar STIDC, YBhg Datu Hj Hashim bin Hj Bojet mengenai projek KFA “Pelaksanaan Pemantauan Kemasukan Balak Import Serta Pelaksanaan Pest Control/Fumigation”

Hasil hutan yang ditanam pula hanya  sekitar 1.8 juta meter padu untuk kegunaan industri dalaman dan dengan kekurangan jumlah keluaran balak ini, pihak PUSAKA telah mencadangkan kepada Kerajaan Sarawak untuk mempertimbangkan pengimportan balak daripada luar negara.

Polisi tersebut telah dilaksanakan dan trend pengimportan balak semakin meningkat. Tahun lepas (2021) telah merekodkan sebanyak 400, 000 meter padu di mana sebelum jumlah yang direkodkan kurang daripada 100 000 meter padu.

Ketelitian terhadap kemasukan balak import ini telah menjadi tanggungjawab tiga agensi utama yang dinyatakan bagi memastikan kelestarian dan keselamatan balak import untuk digunakan.

PUSAKA memainkan peranan meneliti jenis kemasukan balak dan prosedur permohonan kuota import balak, manakala peranan Jabatan Pertanian adalah berkaitan dengan kuarantin bagi pengawalan balak yang di import yang dibimbangi membawa serangga perosak ke Sarawak. Peranan JKDM pula menyemak laporan kemasukan balak.

Perbincangan yang dilakukan terhadap ahli kumpulan KFA bagi meningkatkan sistem garis panduan dari masa ke semasa untuk menyampaikan perkhidmatan yang pantas dan tepat pada masanya.

Tambah Datu Hj Hashim Hj Bojet, kolaborasi strategik yang dilakukan oleh PUSAKA bersama DOA dan JKDM ini adalah kerana pelesenan perlu melalui DOA kerana undang-undang kuarantin adalah di bawah kuasa DOA dan menahan bahan yang diimport adalah bidang kuasa JKDM.

Menurut Ketua kumpulan KFA, Encik Awang Mantali Awang Mohamed Sulaiman, dengan adanya projek ini, ia juga boleh menyatukan PUSAKA dan DOA dalam mengkoordinasikan kemasukan balak import, kerana peranan Jabatan Pertanian Sarawak dalam kemasukan balak import adalah bagi memastikan balak yang di import tidak membawa serangga perosak yang akan memusnahkan tanaman tempatan dan memastikan balak yang diimport melalui proses kuarantin.

Encik Awang Mantali Awang Mohamed Sulaiman merupakan Ketua Kumpulan Projek KFA 2020 (Gangsa) “Pelaksanaan Pemantauan Kemasukan Balak Import Serta Pelaksanaan Pest Control/Fumigation” telah memberikan pandangan perjalanan proses dan prosedur projek ini.

Sebelum ini, proses berasingan dan tiada koordinasi yang dilakukan. Proses dokumentasi mengambil masa sekurang-kurangnya tiga (3) hari dan hal ini telah menyebabkan kesulitan di pihak industri perkayuan untuk membuat pengimportan.

Kerjasama ini telah membina smart collaboration yang telah menyediakan ruang untuk memudahkan cara pembangunan industri perkayuan  di Sarawak.

Bagi mengawal kemasukan balak import ini, PUSAKA telah menyediakan garis Panduan Pemeriksaan Balak Import dan Pelaksanaan Pest Control atau Fumigation yang dijadikan satu prosedur bagi rujukan tiga agensi utama ini.

Penyeragaman proses kerja dilakukan di lapangan melalui pemeriksaan fizikal balak import di pelabuhan oleh tiga jabatan utama yang terlibat iaitu PUSAKA, DOA dan JKDM.

Prosedur pemeriksaan teliti Pest/Disease oleh Plant Biodiversity and Quarantin (DOA)

Impak dapat dilihat ke atas pemegang taruh, di mana dengan smart collaboration ini,  pengendalian proses menjadi semakin cekap dari segi pengurusan kos, masa & tenaga kerja di mana dapat dilihat sebelum ini proses kerja ini dilakukan secara berasingan yang akan mengambil masa yang lama untuk memproseskan dokumentasi.

Kesannya, hasil daripada penghasilan garis panduan ini, Prosedur Kerja (PK)/Manual Prosedur Kerja (MPK)/Prosedur Operasi Standard (SOP) jabatan yang terlibat telah dipinda untuk menyeragamkan proses pemeriksaan fizikal balak import.

Projek ini juga telah memberi impak yang besar kepada kelestarian sumber hutan Sarawak di mana inisiatif tiga (3) agensi utama ini membantu dalam melindungi sumber hutan dan alam sekitar daripada jangkitan dan serangan serangga perosak asing di samping memudahkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pihak industri perkayuan.

Garis panduan yang telah dihasilkan berjaya memastikan maklumat permohonan kuota, kemasukan dan pemeriksaan balak import dapat di kongsi bersama jabatan yang terlibat dengan lebih kemas, sistematik dan cepat.

Di antara perbincangan dan perkongsian idea yang dilakukan untuk mempertingkatkan prosedur yang lebih baik.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article