- Advertisement -spot_img
4,843
published news
and counting

Regata Sarawak 2022 Dapat Sambutan Luar Biasa

Must read

Pelbagai acara menarik diadakan antaranya ‘Sarawak International Dragon Boat Regatta’, Perlumbaan Perahu Sarawak Regatta, Festival Jualan Makanan dan Keusahawanan serta Jualan Kraf Tekstil Borneo termasuk acara sampingan seperti persembahan kebudayaan, karaoke, gendang melayu Sarawak dan buskers sepanjang temasya tersebut berlangsung.

Difahamkan, acara Sarawak International Dragon Boat Regatta kali ini mempertandingkan tujuh kategori dimana sebanyak 16 buah negara melibatkan 50 pasukan dan 1453 peserta akan mengambil bahagian.

16 buah negara yang menyertai Sarawak Dragon Boat Regatta ke-8 pada tahun ini antaranya Britain, Georgia, Cyprus, Italy, Amerika Syarikat, Australia, Filipina, Singapira, Thailand, Netherlands, Indonesia, Brunei, Iran, Emeriah Arab Bersatu, , Bangladesh dan Malaysia (Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak).

Peserta-peserta ‘Sarawak International Dragon Boat Regatta’ sedang membuat persiapan untuk acara saringan
Peserta-peserta ‘Sarawak International Dragon Boat Regatta’ dari Filipina turut beraksi pada kali ini

Kesemua hadiah berjumlah RM52, 000 termasuk piala dan wang tunai dan majlis penyerahan hadiah akan diadakan pada 30 Oktober 2022 di Pullman Hotel Kuching.

Untuk Sarawak Regatta pula, sebanyak 14 kategori lumba perahu yang dipertandingkan melibatkan perahu balok, perahu bidar, perahu Kenyalang dan satu kategori baru iaitu perahu tambang (berdayung) melibatkan 26 peringkat saringan dan 14 peringkat akhir.

Sementara itu bagi Festival Keusahawanan dan Makanan, sebanyak 32 buah reruai makanan tempatan dan 20 jualan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dibuka dengan yuran penyertaan sebanyak RM300 bagi setiap reruai.

Segelintir usahawan di Sarawak sudah menggunakan sistem pembayaran digital untuk memudahkan urusan pembayaran
Pelbagai produk dijual di tapak Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Pengemar-penggemar linut kini boleh mendapatkan produk linut segera yang terdapat di tapak jualan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Pelbagai produk dijual di tapak Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Pelancong dari luar negara tidak melepaskan peluang untuk membeli minuman dan makanan yang terdapat di Sarawak Kitchen
Pelancong dari luar negara tertarik dengan produk kraf yang dijual di Festival Kraf Tekstil Borneo
Pengunjung turut mengambil kesempatan untuk naik ke atas basikal buluh yang dipamerkan di booth PUSAKA
Gelagat pengunjung yang hendak membeli produk-produk yang menarik hati mereka

Manakala Festival Kraf Tekstil Borneo pula menyediakan sebanyak 100 reruai dengan pelbagai aktiviti dijalankan termasuk demonstrasi kraf.

Sesuasa meriah di Festival Kraf Tekstil Borneo yang dihadiri oleh orang ramai
Kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk mencuba interaktif kraf
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article