- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Penduduk Negeri Lain Perlu Patuhi SOP Jika Masuk Sarawak

Must read

Art-205-01Borang pengisytiharan kesihatan (e-Health Declaration Form) yang perlu diisi apabila hendak memasuki Sarawak

Kerajaan Sarawak akur dengan keputusan Kerajaan Persekutuan berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula pada 10 Jun 2020 namun, beberapa garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) telah ditambahbaik mengikut kesesuaian Negeri Sarawak.

Antaranya ialah, semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang hendak memasuki negeri Sarawak wajib memuat turun aplikasi MySejahtera untuk membolehkan mereka melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Melalui aplikasi ini juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat mengambil tindakan yang cepat, tapat dan berkesan untuk mengenalpasti dan memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan COVID-19 terhadap individu tersebut.

Selain itu, pelawat juga perlu mengisi borang deklarasi kesihatan (E-Health Declaration Form) yang boleh dimuat turun melalui http://sdmc.sarawak.gov.my manakala sampel ujian Tindak balas berantai polimeras (PCR) pelawat akan diambil secara rambang setelah mereka tiba di pintu masuk utama negeri samaada melalui jalan darat, laut atau udara.

Kerajaan Sarawak turut menasihati pelawat yang hendak memasuki Sarawak untuk memuat turun aplikasi COVID Trace Sarawak bagi memudahkan pihak berkuasa mengesan kontak rapat individu didapati positif COVID-19.

Mereka juga disarankan untuk memuat turun aplikasi QMUNITY untuk memudahkan pihak Bandaraya memantau dan memastikan mereka adalah bebas daripada jangkitan COVID-19 bagi tujuan keselamatan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article