- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Sambutan Luar Biasa Meriahkan Sarawak Regata 2022

Must read

Walaupun tidak diadakan selama dua (2) tahun akibat pandemik COVID-19, Sarawak Regata 2022 dilihat begitu meriah dengan sambutan luar biasa dari penduduk Sarawak yang tidak menghiraukan cuaca panas dan hujan dan semua memenuhi setiap sudut ruang yang boleh mendapatkan gambaran dekat perlumbaan tersebut.

Sarawak Regata sudah sinonim dengan rakyat Sarawak yang juga merupakan sukan terlama dan ikonik
Lokasi Tebingan Kuching antara pusat penganjuran Sarawak Regata 2022 dengan segala aktiviti -aktiviti seperti Festival Jualan Makanan (Dapur Sarawak) dan Keusahawanan serta Jualan Kraf Tekstil Borneo

Menariknya, tinjauan RAKAN Sarawak mendapati ada yang sanggup berkhemah, ada yang berpayung, ada yang mengambil kesempatan berkelah bersama keluarga dan semuanya dilakukan agar mereka tidak berganjak dari tempat tersebut dan terlepas momen saat menyaksikan perlumbaan tersebut.

Keluarga ini menjadikan Sarawak Regata sebagai aktiviti keluarga berkumpul bersama mereka di hujung minggu
Golongan belia dari Kampung Bintawa tidak melepaskan peluang menyaksikan Sarawak Regata 2022
Ada yang mengambil kesempatan berkelah dan ada juga berkhemah sementara menunggu perlumbaan bermula
Remaja dari kampung berdekatan sangat teruja melihat ramai orang berkunjung ke kampungnya (Kampung Boyan) untuk menyaksikan Sarawak Regata 2022

Hampir segenap tempat, penduduk Sarawak membanjiri sekitar kawasan sekitar (sebelah seberang Kampung Boyan, Kampung Gersik, Kampung Sourabaya), malah ada yang mencari sudut menarik di atas Jambatan Darul Hana, menyaksikan dari perahu diparkir di tepian Sungai Sarawak, di atas bot selain lokasi tetap di Tebingan Kuching untuk menyaksikan perlumbaan perahu Sarawak Regata.

Kepada yang inginkan pandangan perlumbaan dari atas, mereka akan menyaksikan di atas Jambatan Darul Hana
Ada yang menyaksikan perlumbaan tersebut di atas perahu
Penduduk menyaksikan perlumbaan dari arah Jeti berhampiran kampung Boyan
Ada yang menyaksikan di dalam perahu bagi memberikan suasana yang berbeza
Pengunjung membanjiri Tebingan Boyan
Pelbagai ragam, ada yang menunggu dan menyaksikan di atas bot penunda
Ada juga yang memasang khemah untuk berlindung dari panas dan hujan

Kemeriahan cukup terasa apabila bukan sahaja di Tebingan Kuching sahaja mempunyai aktiviti seperti Festival Jualan Makanan (Dapur Sarawak) dan Keusahawanan serta Jualan Kraf Tekstil Borneo tetapi di sebelah kampung Kampung Boyan, Kampung Gersik, Kampung Sourabaya turut meriah dengan aktiviti jualan dan persembahan berskala kecil yang dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Kampung tersebut.

Regata Perahu Naga Antarabangsa Sarawak menarik penyertaan 16 buah negara seperti Britain, Georgia, Cyprus, Itali, Amerika Syarikat, Australia, Filipina, Singapura, Belanda, Indonesia, Brunei, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bangladesh dan Malaysia (Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak) melibatkan 50 buah pasukan dan kira-kira 2,000 orang peserta.

Persaingan sengit antara pasukan yang bertanding
Sarawak Regata menyerlahkan lagi semangat berpasukan di kalangan pasukan yang bertanding
Berlatar belakangkan bandar raya Kuching, Sarawak Regata sudah menempa nama sehingga ke peringkat antarabangsa
Selesai sahaja perlumbaan, pasukan berehat dan merancang strategi seterusnya
Kawalan keselamatan agensi keselamatan bagi memastikan kelancaran Sarawak Regata 2022

Bagi perlumbaan Regata Perahu Naga Antarabangsa Sarawak, tujuh (7) kategori dipertandingkan, antaranya International Premier Open (20 orang pekayuh), International Premier Open (12 orang pekayuh), International Premier Mix (12 orang pekayuh) dan kategori pertama kali diadakan iaitu International Cancer Survivors Race (12 orang pekayuh)

Manakala perlumbaan Regata Sarawak 2022 mempertandingkan 14 kategori lumba perahu melibatkan perahu balok, bidar dan Kenyalang dengan satu kategori baharu dipertandingkan iaitu Kategori Perahu Tambang (berdayung).

Penduduk menunjukkan tanda bagus kepada penganjuran Sarawak Regata 2022 kali ini
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article