- Advertisement -spot_img
4,826
published news
and counting

Menjamin Sekuriti Makanan Negara

Must read

Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi memperkasakan sekuriti bekalan makanan negara perlu diperkukuhkan bagi menangani pelbagai cabaran akibat daripada senario global pada masa kini.

Cabaran-cabaran ini dipengaruhi oleh faktor antaranya peningkatan harga input pertanian seperti harga jagung bijian dan baja, kenaikan kos logistik serta cuaca ekstrem yang menyebabkan kekerapan berlakunya banjir dan kemarau yang mengganggu kitaran pengeluaran makanan.

Sektor agro makanan perlu diberi tumpuan bagi memperkukuh sekuriti makanan negara dalam menghadapi pelbagai cabaran mendatang

Sehubungan itu, Kerajaan Negeri bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Sekuriti Makanan peringkat negeri dan daerah bagi memastikan pelaksanaan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 yang sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Antara beberapa perkara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri ismail Sabri Yaakob pada Jun lepas ialah meningkatkan keluasan tanah yang sesuai khususnya tanah milik negeri untuk aktiviti pertanian.

Ia akan dicapai melalui mewartakan kawasan tanah pertanian sebagai tanah rizab di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN) dan kemudiannya memajakkan tanah rizab berikut di bawah Seksyen 63 KTN untuk tempoh sekurang- kurangnya 10 sehingga 21 tahun.

Penggunaan spesies tanaman dan teknologi baharu mampu meningkatkan hasil pertanian

Selain itu, langkah kedua ialah memperkasakan pemberian tanah milik negeri kepada anak syarikat Kerajaan Negeri berkaitan pertanian yang kemudiannya akan memajakkan tanah tersebut kepada usahawan tani untuk tempoh 30 tahun.

Langkah ketiga ialah pihak berkuasa negeri boleh, tertakluk kepada kaedah-kaedah tanah negeri meluluskan tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun dan boleh dilanjutkan seterusnya bagi setiap Lesen Pendudukan Sementara (TOL).

Bagi mencapai matlamat Dasar Agromakanan Negara (DAN 2.0), kaedah pertanian pintar menjadi fokus memodenkan sektor ini
Pelbagai agensi yang berkaitan dengan tanaman komoditi turut membantu meningkatkan kapasiti pengeluaran hasil pertanian

Selain mewartakan kawasan tanah pertanian, perkara utama lain seperti mengekalkan pengezonan kawasan jelapang padi, pewartaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan membangunkan TKPM yang terbengkalai serta yang belum dimajukan.

Ia turut termasuk mengekalkan pewartaan Zon Industri Akuakultur (ZIA) sedia ada dan mewartakan ZIA yang belum diwartakan.

Sektor akuakultur turut menyumbang kepada peningkatan penghasilan sumber makanan
Sektor ini turut termasuk meningkatkan kapasiti penghasilan ternakan

Di samping, menyelaras bersama pihak berkuasa tempatan bagi memudahkan syarat dan proses kelulusan Kebenaran Merancang (KM) pembangunan sistem reban ayam tertutup dan aktiviti agromakanan yang lain.

Pendekatan lain seperti menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Tanah Pertanian Peringkat Daerah bagi memudah cara urusan membangunkan tanah pertanian milik persendirian yang tidak diusahakan serta menetapkan kadar caj abstraksi bagi sumber air tawar dan air masin yang lebih rendah untuk sektor agromakanan.

Kerajaan Persekutuan juga bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan pengurangan atau pengecualian cukai terhadap industri agromakanan. Kementerian Kewangan akan memberikan perincian lanjut.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article