- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Projek Berimpak Tinggi Merancakkan Momentum Pembangunan Bahagian Sarikei

Must read

Sejak tiga (3) tahun kebelakangan ini (2020-2022) Bahagian Sarikei telah mengalami tempo pembangunan yang pantas dengan pelaksanaan beberapa projek pembangunan dan Pejabat Residen Bahagian Sarikei telah merancang secara strategik dan melakukan beberapa persiapan perlu  bagi mencapai visinya menjadi bahagian maju dari segi sosioekonomi menjelang 2030.

Integrated Administrative Centre (IAC) Sarikei yang kini sedang dalam pembinaan akan menempatkan semua agensi kerajaan negeri di bawah satu bangunan

Bahagian Sarikei yang merupakan Bahagian keenam di Sarawak dan dibentuk pada 2 April 1973, merangkumi Daerah Sarikei, Meradong, Julau dan Pakan.

Sarikei cukup terkenal dengan aktiviti pertanian menjadi aktiviti ekonomi utamanya dengan kebanyakan penduduk tempatan lebih banyak terlibat dalam pertanian komoditi, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Atas dasar itu juga  pentingnya  Sarikei distrategikan sebagai pusat pertanian kerana lebih daripada 80% pengeluaran lada Sarawak berasal dari bahagian ini.

Dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe12), terdapat 46 projek  dengan kos RM1,306,250,000.00  telah dan akan dilaksanakan. Antara projek tersebut ialah yang berkaitan dengan sektor pertanian seperti Pembangunan Taman Agro, Sungai Baji, Sarikei di bawah pelaksanaan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA) dengan kos RM250 juta.

Impak pelaksanaan Taman Agro, Sungai Baji, Sarikei ini akan menjadikan Sarikei sebagai pengeluar makanan menjelang 2030 di samping meningkatkan ekonomi dan pendapatan para petani berdekatan melalui pertanian moden, membantu golongan petani dalam kemajuan teknologi melalui sesi perkongsian bersama sektor swasta.

Antara kemudahan yang disediakan di Taman Agro ini ialah rumah hijau (Greenhouse), inkubator dan terminal pemasaran pertanian, pusat latihan pertanian dan juga kemudahan asas lain seperti bekalan air, elektrik, dan telekomunikasi selain menjadi pusat latihan pertanian moden dan juga sebagai lokasi tumpuan bagi Agro Pelancongan.

Selain itu, projek Integrated Administrative Centre Sarikei di bawah kendalian JKR Wilayah Tengah dengan kos RM147.5 juta.

IAC Sarikei adalah bangunan yang pertama berkonsepkan Bangunan Hijau dan Bangunan Pintar di Sarikei. Apabila siapnya bangunan pintar setinggi 12 tingkat ini kelak, ia bakal menjadi ikonik setempat dan akan menempatkan pelbagai agensi kerajaan negeri seperti Pejabat Residen Bahagian Sarikei, Pejabat Daerah Sarikei, jabatan-jabatan dan agensi kerajaan Sarawak yang lain.

Projek infrastruktur jalan di bawah (RMKe12),  pula melibatkan projek membina Jalan Pakan, Ulu Julau, Ulu Kota, Pakan (Fasa II), Sarikei, – JKR Wilayah Tengah-140,000,000.00 – jalan sepanjang 15.4km ini merupakan sambungan daripada projek fasa yang pertama di mana ianya menghubungkan beberapa rumah panjang bermula dari Rh. Sigie ke Rh Ragai.

Peta keseluruhan Projek Membina Jalan Pakan, Ulu Julau, Ulu Kota, Pakan (Fasa II)
Projek Membina Jalan Pakan, Ulu Julau, Ulu Kota, Pakan (Fasa II)
Projek Membina Jalan Pakan, Ulu Julau, Ulu Kota, Pakan (Fasa III)

Jalan ini juga menyediakan dua (2) jalan ‘spur‘ ke dua buah sekolah iaitu SK Sembawang dan SK Ng Dayu. Dengan penyiapan projek ini, ianya akan membantu perkembangan ekonomi dan pendidikan di kalangan masyarakat khususnya di daerah Pakan.

Projek berimpak lain seperti Projek Cadangan Jalan Pakan/Ulu Kota, Pakan, Bahagian Sarikei (Fasa 3) dan penggantian tujuh (7) buah jambatan sementara kepada jambatan kekal di bawah kendalian JKR Wilayah Tengah dengan kos RM139 juta.

Keseluruhan jalan setelah siap kelak akan memberi perkhidmatan kepada kira-kira 37 buah rumah panjang dan ladang kelapa sawit yang besar di sepanjang laluan yang dicadangkan. Jalan yang dicadangkan itu akan memudahkan pergerakan orang ramai, barangan dan perkhidmatan antara bandar Pakan dan bandar utama lain seperti Sarikei dan Sibu dengan kampung lain dalam koridor jalan.

Ia juga akan memacu lagi pembangunan sosioekonomi yang akan meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat. Jalan itu juga akan menggalakkan lagi pembukaan kawasan tanah yang luas untuk ladang komersial berskala besar dan pembangunan pusat pertumbuhan luar bandar yang akhirnya boleh menyokong momentum pertumbuhan kawasan luar bandar di sekitar Pakan.

Ia juga akan membantu mengurangkan migrasi luar bandar ke bandar kerana zon yang merangkumi kawasan itu akhirnya ekonomi akan turut berkembang.

Berdasarkan statistik bagi tahun (2020 hingga 2021), terdapat 880 buah projek dengan kos keseluruhan RM654,086,958.

Sepanjang tempoh tersebut, bagi projek RTP (Projek Transformasi Luar Bandar), bagi tahun 2020 terdapat 174 buah projek RTP DUN), 17 buah projek RTP Parlimen manakala bagi tahun 2021, 189 buah projek RTP DUN dan 11 buah projek RTP Parlimen.

Antara projek RTP yang berimpak tinggi antaranya seperti merata tapak Rumah Panjang Rh Tambi, Munggu Rian, Ulu Sugai, Pakan. (Fasa II) di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan kos RM100 ribu melibat tapak seluas 100m (P) x 5m (L) telah diratakan bagi penduduk rumah panjang. Projek tersebut berjaya menampung penduduk yang bertambah telah dicapai.

RH Padang Sebelum

Projek RTP di bawah JPS yang lain seperti menaik taraf jalan Rh Padang Bukit Mas, Ulu Sarikei, Sarikei dengan kos RM100 ribu melibatkan pembinaan jalan konkrit dengan panjang keseluruhan 194m telah siap dibina. Projek ini telah memberi keselesaan dengan jalan yang lebar bagi kegunaan penduduk rumah panjang.

RH Padang Selepas

Bagi projek RTP di bawah JKR pula, antaranya seperti pelebaran jalan dari simpang ke RH Abak, Sare, Daerah Sarikei melibatkan kos RM500 ribu yang pastinya mengurangkan tempoh perjalanan dari Rumah Panjang ke jalan utama di samping menyediakan jalan yang selesa dan selamat.

RH Abak sebelum
RH Abak selepas

Selain itu, projek RTP di bawah JKR seperti projek bina baharu jalan menuju Dewan St Andrew, Sare termasuk tempat letak kereta dan tempat perhimpunan, Daerah Sarikei bernilai RM150 ribu merangkumi pembinaan tempat pelindung berbumbung kenderaan dengan 5.3m lebar dan 15m panjang selain  jalan konkrit serta tempat berkumpul. Ini menyediakan satu kawasan terbuka yang selesa serta kawasan parkir baharu.

SK Sungai Mador Sebelum

Manakala projek di RTP di bawah Majlis Daerah Maradong/Julau (MDMJ) seperti projek menaiktaraf prasarana SK Sungai Mador dan Jalan Anglican Cemetery, Maradong menyediakan persekitaran yang selesa kepada guru dan murid dengan memperbaiki permukaan lantai menukar kepada jubin di dewan.

SK Sungai Mador Selepas

Bagi Projek Rakyat pula, cadangan pelaksanaan dan penyiapan Jalan Pasi ke Jalan Sibu/Tanjung Manis (di bawah Unit Jalan Pesisir, JKR) sepanjang 17 kilometer merangkumi sebuah jambatan yang merentasi Batang Rajang ini menelan kos pembinaan sebanyak RM321 juta.

Projek tersebut dinanti-nantikan dan bakal memberikan manfaat kepada penduduk di kawasan tengah Sarawak seperti Tanjung Manis, Sibu, Belawai dan Kuala Rajang seterusnya membawa pelbagai impak yang positif terutama dalam meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat di kawasan tersebut.

Manakala Projek  Rakyat di bawah JKR Wilayah Tengah termasuklah cadangan menaiktaraf Jalan Pakan, Daerah Pakan, Bahagian Sarikei, Sarawak akan memendekkan jarak perjalanan antara Pakan dan Sarikei sebanyak 10 km, projek pembinaan jalan menghubungkan Mupong ke Jalan Sibu/ Tanjung Manis sejauh 5.124 kilometer yang akan menghubungkan kawasan Mupong dengan Jalan Sibu-Tanjung Manis seterusnya melonjakkan pertumbuhan ekonomi terutama sektor pertanian di sepanjang laluannya.

Satu lagi Projek Rakyat di bawah JKR Wilayah Tengah ialah cadangan menaiktaraf Jalan Bawang Assan/Tanjung Manis/Sg Illas/Kpg Sebena (Fasa II) Daerah Meradong, Bahagian Sarikei.

Jalan tersebut berfungsi sebagai pengangkutan darat alternatif di samping pengangkutan sungai untuk pelbagai rumah panjang dan sekolah rendah di kawasan itu. Setelah siap kelak, jalan itu akan berfungsi dan menyediakan akses yang lebih baik untuk kira-kira 1,000 orang penduduk antaranya Rh. Empati, Rh. Lisa, Rh. Getai, Rh. Johanes Lapok, Rh. Ting Mee Lung dan Kpg. Sabena.

Projek pembinaan menara telekomunikasi di Julau dan Pakan di bawah kendalian Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan SDEC akan menghubungkan dan merapatkan jurang digital di kawasan-kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan yang tidak diliputi dengan rangkaian jalur lebar sebelum ini.

Projek pembangunan yang telah dilaksanakan di Bahagian Sarikei 2020-2021

Jenis ProjekTahunBil. ProjekKos Projek
RMK11 (STATE)2020 – 202143282,455,069
RMK11 (FEDERAL)2020 – 20212789,643,331.64
PROJEK RAKYAT2020 – 202120160,971,842.80
RTP2020 (DUN)17422,279,249.00
RTP2020 (PARLIMEN)173,520,000.00
RTP2021 (DUN)18925,137,855.40
RTP2021 (PARLIMEN)111,670,000.00
PEMERKASA2021251,655,000.00
LKWKKH202043,000,010.40
LKWKKH202122,907,600.00
PPRT20201624,590,000.00
PPRT20211833,897,000.00
JPD202042,000,000.00
JPD20211647,700,000.00
BANTUAN EHSAN KEBAKARAN202132,660,000.00
JUMLAH880654,086,958

Projek yang dilaksanakan di bawah inisiatif Projek Transformasi Luar Bandar 2020-2021

Jenis ProjekTahunBil. ProjekKos Projek
RTP2020 (DUN)17422,279,249.00
RTP2020 (PARLIMEN)173,520,000.00
RTP2021 (DUN)18925,137,855.40
RTP2021 (PARLIMEN)111,670,000.00
JUMLAH39152,607,104.40

Sejarah Bahagian Sarikei

Sejarah awal Sarikei (merujuk kepada Bandar Sarikei kini) dapat dikesan seawal kurun ke-19. Catatan sejarah menunjukkan James Brooke pernah mengunjungi Sarikei pada 30 April 1845.

Penentangan terhadap James Brooke membawa kepada peristiwa pembakaran Sarikei pada 4 Januari 1856 dan tindakan balas oleh Charles Brooke ke atas Julau pada 19 Jun 1856. Catatan-catatan sejarah ini menunjukkan kewujudan awal Sarikei.

Bahagian Sarikei ditubuhkan pada 2 April 1973 sebagai bahagian keenam dalam Sarawak melalui Sarawak Gazette Swk. L.N 26 bertarikh 15 Mac 1973. Bahagian Sarikei pada awal penubuhannya mempunyai keluasan 6,969 km². Ianya merupakan gabungan daerah-daerah Sarikei, Meradong, Julau, Matu dan Daro. Selepas pembentukan Bahagian Mukah dan Bahagian Betong,

Bahagian Sarikei mengalami kesan secara langsung terutama dari segi luas kawasan. Keseluruhan jumlah kawasan terkini di bawah Bahagian Sarikei adalah 4,332.35 km² yang merupakan 1.31 % daripada jumlah keseluruhan negeri Sarawak iaitu 124,449 km². Bahagian Sarikei merupakan bahagian yang kedua terkecil selepas bahagian Betong (4,180 km² atau 1.27% daripada keluasan negeri Sarawak). Pusat pentadbiran dan komersial adalah Bandar Sarikei yang juga dikenali dengan nama Bandar Nanas.

Penubuhan Bahagian Sarikei adalah didorong oleh faktor-faktor keselamatan. Datuk Amar Wilson Baya Dandot, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak menyatakan di dalam artikelnya; Sarawak’s Unique Administrative Identity : Establishment of Divisional, District & Sub-District Machinery for Enhancing Development Administration bahawa penubuhan Bahagian Sarikei (dahulunya dikenali sebagai Bahagian ke-6) ini adalah atas sebab-sebab keselamatan berikutan pemberontakan komunis pada masa itu. Dengan penubuhan Bahagian Sarikei, aspek kawalan keselamatan dapat difokuskan dan memudahkan urusan pemantauan ke kawasan terbabit.

Bahagian Sarikei adalah salah satu daripada sebelas (11) Bahagian di Negeri Sarawak, Malaysia dan merangkumi 4 daerah iaitu Sarikei, Meradong (dahulu dikenali sebagai Binatang), Julau dan Pakan. Keluasan Bahagian Sarikei adalah 4,332.35 km persegi iaitu 3% daripada keluasan Negeri Sarawak dan terletak bersebelahan dengan Bahagian Sibu, Mukah dan Betong.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article