- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Sekolah dibuka semula pada 24 Jun 2020 untuk murid-murid Tingkatan 5 dan Tingkatan 6

Must read

art-207-01Menteri Kanan Pendidikan YB Dr. Radzi Jidin ketika mengadakan sidang media pada 10 Jun 2020 berkenaan pembukaan semula sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa sekolah-sekolah akan dibuka semula secara berperingkat.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan YB Dr. Radzi Jidin, pembukaan semula sekolah akan bermula pada 24 Jun 2020.

Walau bagaimanapun, ia hanya melibatkan murid-murid Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 yang mengambil peperiksaan awam, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.

Jelas beliau, keputusan untuk membuka semula sekolah-sekolah yang dibenarkan dibuat selepas mengambil kira pandangan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

YB Dr. Radzi mengumumkan mengenai perkara berkenaan dalam sidang media oleh KPM pada Rabu lepas, 10 Jun 2020.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article