- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Projek RMKe-12 dan Projek RTP, Mempercepatkan Pembangunan Di Meradong

Must read

Projek Rancangan Malaysia Keduabelas (RMKe-12) dan Kesebelas (RMKe-11) serta Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang kini sedang rancak dilaksanakan akan merapatkan jurang dan mempercepatkan pembangunan di daerah Meradong.

Jurutera Bahagian, JKR Sarikei, Encik Toh Chee Leong ketika ditanya RAKAN Sarawak mengenai projek-projek pembangunan di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya (JKR Sarikei) berkata sejumlah 10 projek telah diluluskan di Daerah Meradong bernilai RM 2.909 bilion bagi RMKe-11.

Dalam RMKe-11, sebanyak tiga (3) projek telah disiapkan bernilai RM 22.231 juta. Projek-projek ini adalah Cadangan dan Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah Daif Menggunakan Kaedah IBS di Negeri Sarawak-Pakej 7: SK Ulu Stras, Sarikei, SK Sg. Petai, Sarikei, SK Rentap, Sarikei, SK Tanah Putih, Sarikei, Cadangan Pembangunan Semula Sekolah Daif Di Negeri Sarawak Menggunakan Peruntukan RM1 Bilion (Fasa 1) Di SK Abang Amin, Meradong, Sarikei dan Cadangan Pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Dengan Kuarters, Bintangor, Sarikei, Sarawak. 

Manakala empat (4) lagi masih dalam pembinaan iaitu Projek Pembinaan Jalan Menghubung Mupong ke Sibu-Jalan Tanjung Manis, Sarikei, Pembangunan dan Menaiktaraf Lebuh Raya Pan Borneo -Fasa 1 (Simpang Bintangor ke Simpang Julau dan Lapangan Terbang Sibu ke Jambatan Sungai Kua (termasuk Jambatan Batang Rajang), Jalan Pasi ke Jalan Sibu/Tanjung Manis (termasuk Jambatan Batang Rajang, Sarikei dan Cadangan Menaiktaraf Jalan Bawang Assan/Tanjung Manis/Sg/Illas/Kpg/Sebena (Fasa II) Daerah Meradong, Bahagian Sarikei. 

Jalan Pasi ke Jalan Sibu/ Tanjung Manis (termasuk Jambatan Batang Rajang, Sarikei

Selebihnya, tiga (3) projek masih lagi dalam perancangan iaitu Pembinaan dan Penyiapan Kolam Renang di Lot 1533, Taman Bintang, Meradong, Lebuh Raya ke 2 C1: Jalan. Kelupu/Jalan Tg. Genting ke Simpang Jalan. Tulai dan C2 : Simpang Jalan. Tulai ke Jambatan Lanang (Sibu).

Pembangunan Semula Sekolah Daif Di SK Abang Amin, Meradong, Sarikei

Menurut Encik Toh Chee Leong, dua (2) projek yang berimpak tinggi seperti Pembangunan dan Menaiktaraf Lebuh Raya Pan Borneo-Fasa 1 dan Pembinaan Semula dan Menaiktaraf Sekolah Daif Menggunakan Kaedah IBS di Negeri Sarawak-Pakej 7 kerana projek ini akan menjadi jalan penghubung utama merentasi sembilan (9) daripada 12 bahagian pentadbiran di Sarawak dan projek menaiktaraf sekolah daif akan menyediakan satu tempat belajar yang lebih selamat dan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif.

Jurutera Bahagian, JKR Sarikei, Encik Toh Chee Leong

Begitu juga dengan projek Jalan Pasi ke Jalan Sibu/Tanjung Manis (termasuk Jambatan Batang Rajang, Sarikei yang akan melengkapkan jaringan jalan raya terutamanya di kawasan pesisir Sarawak Sarikei dan Mukah dan dijangka dengan siapnya jambatan ini nanti akan merancakkan lagi aktiviti ekonomi terutamanya di Daerah Meradong.

Dalam RMKe-12, sebanyak tiga (3) projek akan dilaksanakan di Daerah Meradong (sambungan daripada Projek RMKe11) .iaitu Pembinaan dan Penyiapan Kolam Renang di Lot 1533, Taman Bintang, Meradong, Lebuh Raya ke 2 C1: Jalan. Kelupu/Jalan Tg. Genting ke Simpang Jalan. Tulai dan C2 : Simpang Jalan. Tulai ke Jambatan Lanang (Sibu).

Selain projek ini (RMKe11 dan RMKe12), menurut Encik Toh Chee Leong, projek RTP juga turut giat dilaksanakan di daerah Meradong. Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN N.46 Meradong),masing-masing terdapat 12 projek dalam RTP 2020 dan RTP 2021 dengan peruntukan RM2.03 juta dan RM2.1 juta.

Projek Naiktaraf Prasarana Rumah Nyandang Sungai Rayah (RTP DUN Meradong 2021)

Bagi tahun 2020-2021, sebanyak enam (6) projek pembangunan telah dilaksanakan di Daerah Meradong bernilai RM 1.994 Billion

Senarai projek

  1. Cadangan Pembangunan Semula Sekolah Daif Di Negeri Sarawak Menggunakan Peruntukan RM1 Bilion (Fasa 1) Di SK Abang Amin, Meradong, Sarikei
  2. Cadangan Pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Dengan Kuarters, Bintangor, Sarikei, Sarawak 
  3. Projek Pembinaan Jalan Menghubung Mupong ke Sibu-Jalan Tanjung Manis, Sarikei
  4. Pembangunan dan Menaiktaraf Lebuh Raya Pan Borneo -Fasa 1 (Simpang Bintangor ke Simpang Julau dan Lapangan Terbang Sibu ke Jambatan Sungai Kua (termasuk Jambatan Batang Rajang)
  5. Jalan Pasi ke Jalan Sibu/Tanjung Manis (termasuk Jambatan Batang Rajang, Sarikei
  6. Menaiktaraf Jalan Bawang Assan/Tanjung Manis/Sg/Illas/Kpg/Sebena (Fasa II) Daerah Meradong, Bahagian Sarikei

Projek RTP 2020

DUN MERADONG RTP 2020 (12 buah projek)

Bil.Nama ProjekKos ProjekStatus Projek
1Bina Bangunan Zhen Guang Methodist Church Fasa 2500,000.00Siap
2Bina Baharu Bangunan Prasekolah Sjk Min Daik, Sg Bakong200,000.00Siap
3Naiktaraf Prasarana Sk Tanah Putih/Rh Jana100,000.00Siap
4Naiktaraf Prasarana Pejabat Daerah Meradong Fasa 2100,000.00Siap
5Naiktaraf Prasarana Pejabat Daerah Meradong Lama Fasa 2100,000.00Siap
6Naiktaraf Prasarana Rumah Jagan Sepasir, Sg Mador/Rumah Rendu Skim B50,000.00Siap
7Bina Gelanggang Bola Keranjang Berbumbung Di Sjk Su Tak250,000.00Siap
8Bina Dewan Serba Guna Di Sk Nanga Stras250,000.00Siap
9Naiktaraf Prasarana Smk Tong Hua100,000.00Siap
10Naiktaraf Prasarana Sjk Nan Chiew, Sg Meradong100,000.00Siap
11Naiktaraf Rumah Riti Jalan Kjd80,000.00Siap
12Naik Taraf Jalan Siew Bakong, Sg. Bakong/Jalan Ming Chiang (Back Portion)/Jalan Ming Hing, Sg. Mador/Jalan Sing Hing, Sg. Bakong200,000.00Siap
 Total 2,030,000.00 

Projek RTP 2021

 DUN MERADONG RTP 2021 (12 buah projek)

Bil.Nama ProjekKos ProjekStatus Projek
1Naiktaraf Surau Taman Bintang Bintangor, Meradong.200,000.00Siap
2Naiktaraf Prasarana Pejabat Daerah Lama Fasa 3, Meradong.100,000.00Siap
3Naiktaraf Prasarana Rumah Bangie, Ulu Meradong, Meradong.100,000.00Siap
4Naiktaraf Prasarana Institut Perguruan Kampus Rajang, Meradong.500,000.00Project no taker
5Naiktaraf Prasarana Pejabat Pertanian, Daerah Meradong.100,000.00Siap
6Naiktaraf Bangunan Zheng Guang Methodist Church Fasa 3, Meradong400,000.00Dalam pembinaan
7Merata Tapak Tanah Rumah Baharu Rumah David Nyalin, Tanah Putih, Sarkei.100,000.00Siap
8Naiktaraf Prasarana Rumah Sumpun, Sg. Selidap, Sarikei.200,000.00Siap
9Naiktaraf  Rumah Buan Anak Nyambar, Stubah.220,000.00Project no taker
10Naik Taraf Jalan Hock Lai, Lower Sungai Meradong.50,000.00Siap
11Naiktaraf Prasarana Rumah Nyandang Sg Rayah, Jalan KJD90,000.00Dalam pembinaan
12Naiktaraf Prasarana Rumah Mary Juwin, Batu 3, Jalan KJD40,000.00Project no taker
 Total 2,100,000.00 

Info Agensi
JKR Daerah Meradong mula beroperasi pada tahun 1965. Pejabat JKR Daerah Meradong telah diterajui beberapa orang Jurutera Daerah. Pada tahun 2015, operasi Pejabat JKR Daerah Meradong berpindah sepenuhnya ke Pejabat Bahagian JKR Sarikei di Wisma Jubli Mutiara sehingga sekarang. JKR Bahagian Sarikei telah ditubuhkan pada 1977

Kini JKR Bahagian Sarikei mempunyai kekuatan tenaga kerja seramai 129 orang.

Peranan Jabatan Kerja Raya Bahagian Sarikei adalah meliputi proses pengurusan projek berskala kecil seperti projek-projek RTP yang meliputi perancangan, pengurusan belanjawan, reka bentuk, pentadbiran pra-kontrak dan pos-kontrak, penyeliaan projek, pemantauan projek-projek RTP tersebut.

JKR Bahagian Sarikei juga bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan infrastruktur serta kemudahan awam di 4 buah daerah iaitu Daerah Sarikei, Meradong, Julau dan Pakan. Jaringan rangkaian jalan akses di daerah Meradong untuk mobilisasi rakyat setakat ini

  1. Jalan berturap : 107.38 Km (menghubungkan 76 Rumah)
  2. Jalan Simen    : 154.2 Km (menghubungkan 116 Rumah)
  3. Jalan Batu       : 52.8 Km (menghubungkan 10 Rumah)
  4. Jalan Tanah    : 58 Km (menghubungkan 9 Rumah)
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article