- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

500 Orang Sertai Larian Kesihatan MAKSAK Sarawak 2022

Must read

Larian Kesihatan MAKSAK 2022 diteruskan semula pada tahun ini dengan penganjuran pertama pada 4 Disember 2022 setelah terhenti sejak COVID-19 melanda beberapa tahun yang lepas.

Kali ini, program ini berjaya menarik penyertaan sejumlah 550 orang peserta dari 45 Jabatan dan Agensi Kerajaan.

Larian diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Yang diPertua MAKSAK Sarawak, YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Haji Marzuki dan diiringi Ketua-ketua jabatan Sarawak seawal jam 7.00 pagi.

Bersiap sedia menunggu acara pelepasan (Foto : Unit Protokol, Istiadat, Pengurusan Acara Sarawak)
Larian diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Haji Marzuki (Foto : Unit Protokol, Istiadat, Pengurusan Acara Sarawak)
Sesi Memanas Badan (Senamrobik) bermula seawal 6.20 pagi (Foto : Unit Protokol, Istiadat, Pengurusan Acara Sarawak)
Antara peserta yang menyertai acara senamrobik (Foto : Unit Protokol, Istiadat, Pengurusan Acara Sarawak)

Pelepasan peserta disempurnakan oleh YBhg. Datin Amar Hajah Baduyah Bujang, Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak bersama exco-exco MAKSAK.

Laluan Larian Kesihatan MAKSAK Sarawak 2022 bermula di Dataran Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama melalui beberapa lokasi seperti Taman Botani, Brooke Gallery (Fort Margherita), Dataran Perbarisan DUN Sarawak, Taman Orkid dan menuju semula ke DUN Lama.

Peta laluan Larian Kesihatan MAKSAK 2022 melalui DUN Lama – Taman Botani – Brooke Gallery (Fort Margherita) –Dataran Perbarisan DUN Sarawak – Taman Orkid – DUN Lama (Foto : Unit Protokol, Istiadat, Pengurusan Acara Sarawak)

Menurut Setiausaha Kerja MAKSAK Sarawak, Encik Nazrie Bin Hj Abdullah, larian kesihatan yang juga merupakan salah satu program utama MAKSAK Sarawak bersama kelab gabungan bermatlamat untuk menggalakkan penglibatan penjawat awam bergiat aktif dalam aktiviti berbentuk rekreasi dan kecergasan.

Selain itu, memberi kesedaran manfaat kegiatan kecergasan dan rekreasi dalam kalangan penjawat awam di samping mengeratkan silaturahim di antara pelbagai agensi dan jabatan.

Selain memberikan kesedaran manfaat kegiatan kecergasan dan rekreasi di kalangan penjawat awam ia turut mengeratkan silaturahim di antara pelbagai agensi dan jabatan (Foto : Unit Protokol, Istiadat, Pengurusan Acara Sarawak)

Penganjuran aktiviti ini penting kerana ramai penjawat awam yang masih kurang berpeluang melakukan aktiviti kecergasan dan rekreasi secara berkumpulan disebabkan kekangan serta kesibukan tugas urusan seharian.

Program seumpama ini wajar dilaksanakan lebih kerap lagi bagi menggalakkan serta memberi kesedaran manfaat kegiatan kecergasan dan rekreasi di kalangan penjawat awam dalam menghasilkan tenaga kerja yang lebih produktif.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Haji Marzuki bergambar bersama dengan peserta larian Kesihatan MAKSAK 2022 (Foto : Unit Protokol, Istiadat, Pengurusan Acara Sarawak)

Pihaknya (MAKSAK Sarawak) mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Dewan Bandaraya Kuching Utara, Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), Dewan Undangan Negeri Sarawak, City Jogger’s Club dan semua yang terlibat atas kejayaan penganjuran Larian Kesihatan MAKSAK Sarawak 2022.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article