- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Platform Ketengahkan Produk Usahawan Tani Sarawak

Must read

Karnival Usahawan Tani 2022 anjuran Jabatan Pertanian Sarawak yang diadakan pada 9 hingga 11 Disember 2022 disifatkan sebagai platform utama dalam mengetengahkan Produk Usahawan Tani Sarawak ke peringkat lebih luas.

Malah tinjauan RAKAN Sarawak turut mendapati karnival seumpama itu mengembalikan “semangat baharu” kepada usahawan tani untuk bergiat lebih aktif setelah berdepan cabaran pandemik COVID-19 sebelum ini.

Selain itu, ia dapat mewujudkan jaringan kerjasama sesama usahawan tani terutama dalam bidang penghasilan produk berasaskan pertanian yang lebih berkualiti

Antaranya Puan Hanisah binti Koleh, usahawan tani dariKampung Sungai Mata,Samarahan di bawah jenama D’Mata (fb Anis Hanisah) telah terlibat dalam penghasilan Produk Berasaskan Nanas sejak tahun 2019.

Puan Hanisah binti Koleh

Bercerita tentang pengalamannya, dia yang turut memiliki kebun nanas di kampungnya mula terlibat dalam bidang ini setelah mengikuti kursus dari Lembaga Pembangunan Nanas terutama dalam pemprosesan jus nanas.

Tekadnya untuk cuba mempraktikkan segala pengetahuan yang diperolehinya, membeli peralatan akhirnya menyaksikan kejayaannya kini menghasilkan produk utama nanas seperti minuman jus nanas, sos cili nanas, tat nanas premium dan kek lapis nanas.

Antara produk -produk berasaskan nanas D’Mata
Jus Nanas dan Sos Cili Nanas antara produk yang paling popular

Dari segi promosi pula, dia banyak mempelajarinya dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan mengikuti kursus di Medan Niaga sejak dari itu, produk nanasnya semakin dikenali.

Produknya yang agak popular seperti jus nanas (senang untuk diminum serta digemari kerana  rasa jus sebenar), tat nanas (permintaan tanpa mengira musim) dan sos pencicah nanas, katanya setakat ini dia mempunyai 10 orang agen jualan dengan produknya itu telah pun  dijual di pasar raya utama di bandar raya Kuching dan boleh didapati di Miri dan Kota Samarahan.

Melebarkan jenama produknya, dia turut menjual produk sampingan seperti sos cili Thai, minuman dan kordial berasaskan asam jawa dan sos perapan berasaskan lada hitam.

Selain usahawan tani, RAKAN Sarawak turut menemu bual Puan Noor Azliana Atika (Compliance Officer) mengenai penglibatan syarikat pengeluar makanan bertapak di Piasau Miri,KTL Delicious Sdn Bhd di bawah jenamaSinang Fooddalam penghasilan produk makanan.

Puan Noor Azliana Atika

Menurut Puan Noor, produk sambal ikan Tahai adalah produk terbaharu dikeluarkan bulan Oktober tahun ini (2022), syarikatnya. Produk ini didatangkan dengan tiga (3) perasa iaitu biasa, pedas dan lebih pedas.

Produk tersebut, jauh berbeza dengan produk sebelum ini kerana syarikatnya mengeluarkan produk sejuk beku dalam bentuk pes segera makanan seperti butter milk, masak merah dan sebagainya sejak tahun 2018.

Berdasarkan maklum balas pengguna, jelas Puan Noor, produk sambal ikan Tahai amat kurang di pasaran, jadi ini adalah peluang untuk memenuhi pasaran dan permintaan masyarakat tempatan.

Produk terbaru- Sambal Ikan Tahai

Pihaknya kini, sedang dapat proses untuk mendapatkan kelulusan untuk memasarkan produk di Kuching, kerana sebelum ini produknya hanya dipasarkan sekitar kawasan Miri, Bintulu dan Sibu.

Pensijilan MESTI juga giat dalam proses kerana, pihaknya sedang merangka untuk memperluaskan pasaran luar negara ke Brunei dan Indonesia.

Seorang lagi Pengusaha dan Pengedar ProdukLokal, Encik Luke Walter John dariAl Legacy Co dengan jenama D’Liak Food dari Kanowit menghasilkan produk ikan Sultan masin.

Luke Walter John

Sebelum ini dia ada membuat perniagaan sampingan, tetapi setelah mendapati penghasilan produk makanan ini mempunyai potensi dan permintaan tinggi, dia beralih dan menjalankannya sepenuh masa.

Semua ini bermula ketika pandemik COVID-19, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dia sedang menikmati makanan ikan Sultan masin yang dibawa oleh makciknya dari Miri. Pada mulanya, dia mencuba menjual 10 bungkus, rupanya mendapat sambutan yang menggalakkan.

Selepas itu, dia meningkatkan jumlah penghasilan dengan menggunakan pembungkusan biasa ketika itu.

Produk Ikan Sultan Masin dengan pembungkusan yang menarik

Setelah terdetik di fikirannya, sekiranya ingin perlu lebih jauh, dia memerlukan pembungkusan yang lebih menarik. Akhirnya segala usaha mencari dan mendapat sebuah syarikat di Semenanjung Malaysia yang bersetuju untuk menyediakan pembungkusan (mencetak dan paket) untuk produknya manakala reka bentuk dibuatnya sendiri.

Produk ikan Sultan masin didatangkan dengan dua (2) saiz iaitu 400 gram berharga RM19 (setengah kilo) manakala 200 gram  berharga RM12 (telah dipotong kecil-kecil) yang boleh tahan dari tiga (3) ke enam (6) bulan.

Produknya boleh didapati di Lapangan Terbang Sibu malah ada sudah sampai di pasaran Semenanjung Malaysia dan Australia.

Katanya, dia juga ada menghasilkan ikan Keli salai, tetapi bergantung kepada permintaan.

Dia juga turut membantu sahabatnya yang juga dalam bidang yang sama (penghasilan pekasam ikan Sultan dan ikan Patin) dari segi penghasilan reka bentuk pembungkusan.

Kini, dia mempunyai dua (2) buah pejabat iaitu tempat pempamer dan tempat pemprosesan dengan pekerja muslim.

Perancangan masa akan datang ialah untuk mendapatkan pensijilan halal dan mempelbagaikan produk seperti pemprosesan terung asam.

Manakala satu lagi SyarikatWateey’syang bertapak di Kampung Haji Baki turut giat mengusahakan produk makanan utamaseperti Terubok masin crispy, peria goreng crispy dan serunding halia antara 11 produk halal utamanya.

Menurut Encik Ahli Ismail perusahaan ini dimiliki isteri beliau Wati (Suptiapin Dasimin).

Encik Ahli Ismail
Antara 11 produk Wateey’s

Produk popular mereka iaitu Terubok masin crispy kini boleh didapati di Lapangan Terbang Kuching dengan pembungkusan menarik.

Istimewanya produk tersebut, kata Encik Ahli, kepingan kecil Terubok masin itu digoreng dengan rangup dan mempunyai beberapa jenis saiz pembungkusan.

Jelasnya lagi semuanya bermula sejak 10 tahun yang lepas (2012), mereka mendapat bantuan daripada RISDA (menyediakan mesin pemprosesan makanan) dan sekali lagi (sekitar tahun 2015) RISDA membantu dalam penambahbaikan premis perusahaan mereka.

Katanya, dia dan keluarganya merupakan peserta RISDA yang mempunyai kebun getah di Kota Samarahan.

Mereka mengikuti kursus anjuran RISDA termasuk kursus piawaian Halal dan SIRIM.

Ikan Terubok Goreng Rangup dan Serunding Halia

Dia kini tidak menghadapi masalah pasaran disebabkan kebanyakan produk dihasilkan laris di pasaran dan terdapat agen-agen yang mengambil terus dari rumahnya.

Kebanyakan produk Wateey’s kini boleh didapati di pasar raya dan hotel terkemuka sekitar bandar raya Kuching dan agen-agen dari kampung.

Kini berbekalkan empat (4) orang pekerja tempatan, syarikat Wateey’s menghasilkan 200 hingga 300 bungkus dalam masa sebulan.

Dia mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pertanian, pihak Koperasi dan lebih-lebih lagi pihak RISDA (bantuan mesin) yang membantu di awal penglibatan syarikat Wateey’s

Seorang lagi  pengusaha,  Puan Dayang Diana (DD Kelupis Lawas), menghasilkan produk utamanya Kelupis dan tapai Lawas. Istimewanya resipinya didatangkan khas dari Lawas.

Puan Dayang Diana
Kelupis Lawas yang dibalut dengan daun lerek dari Lawas

Ini juga merupakan “tarikan utama” produknya selain dibuat sendiri oleh orang Lawas (Puan Dayang dan suaminya berasal dari Lawas.)

Manakala pembuatan tapai Lawas menggunakan “ragi khas” juga dari Lawas kerana “ragi Lawas” lebih halus berbanding yang ada di Kuching, kemudian daripada tapai juga dihasilkan kuih apam.

Tapai Lawas yang menggunakan Ragi khas dari Lawas
Gambaran dalam tapai, apam dan kelupis

Jelas Puan Dayang lagi, kuih pulut manis Lawas. Cara penghasilannya mengambil masa yang lama, perlu memasak santan dengan gula sehingga hitam dalam masa lima (5) jam dan kemudian baharulah nasi pulut dimasukkan digaul lagi sehingga lima (5) jam.

Cara penghasilannya tidak sama seperti yang ada di Kuching sebab tidak menggunakan gula apong.

Menurut Puan Dayang, setelah bersara dari Syarikat Perbankan di Kuching pada tahun 2019, dia bertekad meneruskan usaha ini lebih serius mengambil kira potensi yang begitu menggalakkan.

Sebelum ini, dia ada mengusahakan produk kelupis dan tapai ini di rumah dengan menerima tempahan secara dalam talian (menggunakan whatapps) dan ada yang mengambil terus dari rumah beliau.

Dia tidak menghadapi masalah untuk menembusi pasaran sebab produknya cukup dikenali dalam talian setelah usaha promosi melalui Google, FB dan IG.

Ditambah pula, katanya budaya masyarakat di Lawas, kebiasaannya majlis perkahwinan dan kenduri-kendara wajib menjamu dan menghidangkan kelupis dan pulut manis.

Kelupis dihasilkan mempunyai dua (2) jenis iaitu kelupis kosong dan kelupis udang kering. Dia juga pernah menghasilkan kelupis berintikan ikan tahai tetapi bergantung kepada permintaan.

Ia turut bergantung kepada permintaan pengguna sama ada dalam keadaan sejuk beku (perlu dikukus selama sejam sebelum di makan) dan keadaan yang sudah masak.

Dia yang pertama kali menyertai Karnival Usahawan Tani 2022 berasa teruja atas sambutan dan galakkan yang diberi walaupun sebelum ini hanya mengusahakan di rumah dan menjual secara dalam talian sahaja.

Encik Nicholas Enggong menunjukkan minyak Engkabang yang dijual rm20 sepaket merupakan produk utama Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Kanowit. Minyak Engkabang ini sesuai untuk masakan dan dahulunya menjadi sumber alternatif masyarakat Iban suatu ketika dulu. Menurut Encik Nicholas, pemprosesan minyak daripada buah engkabang mengambil masa yang lama dan kini bekalan engkabang berkurangan di sebabkan kesan daripada pembangunan
Encik Andrew Ajang, dari Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Kapit menunjukkan Dabai Frozen yang dijual di bawah PPKnya. Jelasnya Dabai Frozen cukup laris jualannya dan PPK Kapit dan PPK Song satu-satunya yang menjadikan buah Dabai sebagai produk utama PPK. Dabai Frozen membolehkan pengguna terus menikmati bekalan Dabai di luar musim

Info Tambahan

Karnival Usahawan Tani 2022 berjaya menghimpunkan :

  • 28 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh Sarawak
  • 25 Usahawan Agromakanan
  • 5 Usahawan Perikanan Darat
  • 1 Institut Pertanian Sarawak
  • 1 Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak

Kepada yang berminat untuk mendapatkan bekalan daripda pengusaha yang dinyatakan dalam artikel ini, sila klik :

D’Mata

Sinang Food

D’liak Food

Wateey’s

DD Kelupis Lawas

PPK Kanowit

PPK Kapit

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article