- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

KISWA – Platform Maklumat Hal Ehwal Islam dalam Talian

Must read

Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah melancarkan satu sistem perkhidmatan dalam talian yang dinamakan sebagai KISWA, singkatan untuk Khidmat Islam Sarawak.

Inisiatif daripada JAIS tersebut adalah sebahagian daripada usaha menjayakan strategi ekonomi digital negeri melalui penyediaan perkhidmatan di hujung jari kepada rakyat.

KISWA dilancarkan oleh Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara DBKU), YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Haji Junaidi di Kuching pada 24 Julai 2020.

Aplikasi berkenaan dibangunkan melalui peruntukan tahun 2019 yang berjumlah RM1.8 juta dengan matlamat untuk memberi kemudahan kepada rakyat yang memerlukan perkhidmatan JAIS.

KISWA menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam talian yang membolehkan pengguna memuat turun borang permohonan serta maklumat

KISWA menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam talian yang membolehkan pengguna memuat turun borang permohonan serta maklumat berkaitan Munakahat, Masjid, Lembaga Amanah dan Tanah Perkuburan, Dakwah, Tauliah, Kebenaran Permit Mengajar dan Berceramah, Perundangan, Pengislaman, Halal, Kehakiman Syariah, Fatwa dan Hukum serta Zakat dan Fidyah.

Para pengguna yang melayari aplikasi tersebut dibekalkan dengan data dan statistik mengenai Hal Ehwal Masjid, Lembaga Khairat dan Tanah Perkuburan, Senarai Jurunikah Bertauliah serta Senarai Penceramah dan Guru Bertauliah selain boleh memuat turun Borang Berkaitan Nikah dan Borang Berkaitan Masjid.

Pengguna yang mempunyai persoalan atau ingin mendapatkan pandangan berkaitan hal ehwal Islam tertentu boleh mendapatkan jawapan dan penerangan menerusi ruangan soalan lazim yang turut disediakan.

KISWA yang mula digunakan pada 15 Jun lepas boleh dilayari di pautan kiswa.sarawak.gov.my dengan ciri-ciri seperti berikut:

  1. One Stop Service – Satu platform untuk semua perkhidmatan hal ehwal JAIS termasuk agensi-agensi Islam di bawah Majlis Islam Sarawak.
  2. Sarawak ID – Untuk mengakses, pengguna hanya memerlukan satu ID bagi mendapatkan semua perkhidmatan Kerajaan Negeri seperti tambahan ciri-ciri keselamatan di bawah KISWA.
  3. One Stop Information – Data dan statistik lebih mudah dicapai dalam bentuk Open Data yang boleh diakses oleh orang awam dan Close Data yang hanya boleh diakses oleh kakitangan JAIS.
  4. Mobile Friendly – Mudah diakses dengan baik menggunakan telefon pintar dan peranti mudah alih.

Menurut YB Datuk Dr Abdul Rahman, aplikasi KISWA memudahkan urusan masyarakat yang ingin mendapatkan perkhidmatan daripada JAIS serta memudahkan tugas harian kakitangan JAIS.

Selari dengan visi ekonomi digital dan sasaran Sarawak mencapai status negeri maju menjelang 2030, beliau berharap agar rakyat memanfaatkan aplikasi digital dalam kehidupan.

Pelancaran KISWA juga adalah bersempena dengan sambutan 30 tahun penubuhan JAIS dengan fokus mengintegrasikan semua aplikasi di bawah satu platform.

KISWA boleh dilayari di pautan kiswa.sarawak.gov.my
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article