- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Mendorong PKS Menerapkan Teknologi Digital Dalam Saluran Perniagaan

Must read

Art-233-01

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu syarikat berstatus perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat peringkat pertengahan di negara ini bagi memulih serta memajukan perusahaan mereka.

Baru-baru ini, kerajaan menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah meluluskan peruntukan berjumlah RM700 juta menerusi pemberian geran dan pinjaman untuk mendorong PKS menerapkan penggunaan teknologi digital dalam operasi dan saluran perdagangan mereka.

Peruntukan tersebut membabitkan Geran Padanan Digital PKS sebanyak RM100 juta yang disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dan Geran Automasi Pintar berjumlah RM100 juta.

Manakala sebanyak RM500 juta diperuntukkan di bawah Dana Transformasi Teknologi PKS sebagai pinjaman mudah dan permohonan akan mula dibuka pada bulan Julai 2020.

Difahamkan, MDEC ketika ini sedang menyelaras beberapa pengumuman bantuan terdahulu untuk membantu PKS selain inisiatif baharu Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Peruntukan menerusi PENJANA dijangka akan merangsang ekonomi digital serta meningkatkan keyakinan pasaran ketika negara memasuki tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pada Februari lalu, Bank Simpanan Nasional (BSN) ditugaskan oleh Kementerian Kewangan untuk memimpin kerjasama strategik dengan Bank SME dan MDEC untuk menyalurkan Geran Padanan Pendigitalan PKS berjumlah RM500 juta dalam tempoh lima tahun yang memanfaatkan 100,000 perniagaan kategori berkenaan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article