- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Sarawak Perluas Penghubungan Siber di Seluruh Negeri

Must read

Kerajaan Sarawak terus memperhebatkan usaha mentransformasikan ekonomi negeri kepada ekonomi digital dengan memperluaskan rangkaian penghubungan siber yang berkelajuan tinggi, komprehensif dan berkualiti melalui teknologi jaringan 5G yang dapat memberi capaian kelajuan sehingga 20Gbps.

Kewujudan teknologi 5G bukan hanya menawarkan jaringan Internet berkelajuan tinggi sebaliknya akan membolehkan beberapa buah industri atau segmen lain di Sarawak beroperasi dengan lebih optimum.

Pada 14 Ogos 2020, Kerajaan Sarawak telah melancarkan tapak CENTEXS-SDEC 5G Test Bed di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) sebagai langkah untuk mempromosi dan menyelaras ujian dan penyelidikan di CENTEXS (Smart Campus).

Pada 14 Ogos 2020, Kerajaan Sarawak telah melancarkan tapak CENTEXS-SDEC 5G Test Bed di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS)

Inisiatif tersebut diterajui CENTEXS dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).

Ia turut melibatkan penyertaan beberapa rakan pembekal teknologi tempatan serta antarabangsa seperti Huawei Technologies, Maxis Berhad, SACOFA Sdn Bhd dan VALSA Sdn Bhd.

Bagi program ‘Test Bed’ berkenaan, CENTEXS berfungsi sebagai sebuah kampus pintar dan pada masa yang sama, sebuah akademi digital akan diwujudkan bagi menyediakan kemudahan latihan yang kritikal terhadap pembangunan ekonomi digital.

Kampus pintar tersebut akan memberi fokus kepada pembangunan perkakasan dan perisian bagi tujuan Data Besar, Internet untuk Segalanya (IoT), Revolusi Perindustrian 4.0, Teknologi Blockchain serta Keselamatan Siber dan Pemasaran Digital.

Selain itu, CENTEX turut menyediakan sebuah makmal terbuka yang menawarkan platform inovatif untuk kegunaan penyelidik dan pihak swasta.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menyatakan bahawa buat masa ini, kerajaan Sarawak sedang memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perlaksanaan jaringan penghubungan jalan agar rangkaian penghubungan siber termasuk infrastruktur 5G dapat dilaksanakan selepas itu.

Sarawak terus memperhebatkan usaha mentransformasikan ekonomi negeri kepada ekonomi digital dengan memperluaskan rangkaian penghubungan siber yang berkelajuan tinggi

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Tapak CENTEXS-SDEC 5G Test Bed yang pertama di CENTEXS pada 14 Ogos yang lalu.

Menurut beliau, dalam usaha memperluaskan rangkaian penghubungan siber termasuk infrastruktur 5G di seluruh Sarawak, sudah tentulah ia melibatkan pembiayaan yang tinggi.

Oleh sebab itu, beliau telah berunding dengan Kerajaan Persekutuan berkenaan dengan pengutipan levi di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar mereka berkongsi levi dengan Kerajaan Sarawak.

Beliau memberitahu, untuk melaksanakan infrastruktur 5G tersebut, ia mungkin mengambil masa antara 5 hingga 10 tahun bergantung kepada kewangan yang ada dan diharap menjelang tahun 2030 Sarawak sudah memiliki infrastruktur 5G tersebut.

Namun, apa yang penting bagi beliau adalah mempersiapkan rakyat Sarawak agar mereka dapat menguasai peranti 5G kerana teknologi dan peranti yang datang dengan teknologi 5G akan membolehkan rakyat melakukan analitik data berkaitan sumber alam di negeri ini

Teknologi 5G menawarkan jaringan Internet berkelajuan tinggi membolehkan industri atau segmen lain di Sarawak beroperasi dengan lebih optimum

Untuk tujuan inilah CENTEXS telah berkolaborasi dengan syarikat Huawei Teknologi bagi melaksanakan beberapa program latihan dan juga mewujudkan makmal.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article