Anugerah Inovasi Khas SCSICA 2022 merupakan antara anugerah diberikan dalam penganjuran Sarawak Civil Service Innovation Convention Awards (SCSICA) 2022.
Anugerah yang baru diperkenalkan pada tahun 2021 adalah bagi mengiktiraf secara formal usaha agensi dalam menyemarakkan budaya inovasi di kalangan warga serta memastikan kelestariannya melalui ekosistem inovasi di dalam organisasi.
Pada penganjuran SCSICA 2022 yang telah berlangsung dari 17 hingga 19 Oktober 2022, pemenangnya bagi Anugerah Khas SCSICA 2022 ialah Kumpulan Engkabang dari Majlis Daerah Maradong dan Julau menerusi projek bertajuk ‘Sawetro Alangan’.
Manakala bagi Anugerah Khas SCSICA 2021 dimenangi oleh Jabatan Hutan Sarawak sebagai mengiktiraf komitmen warga kerja jabatan berkenaan dalam menyahut cabaran membudayakan inovasi bermula pada 2019 dan 2020 sehingga melahirkan 12 buah kumpulan KIK setiap tahun yang bertanding di peringkat jabatan.
SCSICA 2022 mengetengahkan sebanyak 43 pembentangan projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) daripada jabatan dan agensi negeri dan persekutuan di seluruh Sarawak.
Daripada jumlah tersebut, 38 kumpulan telah mewakili jabatan dan agensi negeri dan lima (5) kumpulan mewakili jabatan dan agensi persekutuan.
Objektif SCSICA adalah bagi berkongsi idea dan cadangan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan sedia yang lebih inovatif dan cekap.
Info Tambahan
Tahun 2022, sebanyak 132 Projek/Produk Kumpulan KIK telah menyertai Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak, di mana jumlah tersebut adalah meningkat dengan Pelaksanaan Pendekatan Baharu Mini konvensyen ICC dianjurkan di peringkat Kementerian/Pejabat Residen dan Daerah/ Jabatan Premier Sarawak. Walaubagaimanapun, daripada jumlah tersebut, sebanyak 43 Projek/Produk Kumpulan KIK telah berjaya ke peringkat akhir Sarawak SCSICA.